Monday, June 13, 2011
Kenali Pasangan Berdasarkan Bulan Islam...
Hijrah:
Dikatakan mempunyai pengaruh tersendiri terhadap perilaku,juga memiliki kepintaran dalam pelbagai perkara.
Rabiulawal:
Perwatakan baik.Mungkin dia orang yang berpengaruh.Dalam pekerjaan ramai yang suka.Namun sifat negatif ialah kurang sabar,hati keras dan mudah marah.
Muharram:
Bersifat pendiam,sihat fikiran.Mungkin akan menjadi lemah jika tidak mendapat pendidikan yang sempurna.Tetapi jika di didik dengan baik akan menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar,cerdas ada padanya.Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu dilindungi.
Safar:
Tabiat yang agak kurang baik.Tidak suka mengakui kesalahannya.Ibubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk,jika tidak susah kehidupannya di kemudian hari.Akan tetapi,jika dia melakukan sesuatu,selalunya akan mendatangkan hasil.
Rabiulakhir:
Hati tidak tetap.Fikiran dan kemahuan agak lemah.Agak kasar wataknya dan mudah mengangkat tangannya.Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Jamadil Awal:
Mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.Dia berani dan nekad,kadangkala melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.Walaupun begitu,keberanian dan tekadnya itu menunjukkan usahanya.
Rejab:
Semasa kecil,degil dan nakal.Oleh itu ibubapa nya perlu mendidik dan menerapkan nilai-nilai yang baik.Apabila sudah dewasa,dia suka bersikap merendahkan diridan bersikap tidak tahu menahu.Ini agak berlainan dengan sikap waktu kecil.Walaubagaimanapun kehidupannya selamat dan sentosa.
Ramadan:
Dia baik,pendiam dan suka merendah diri.ia tidak angkuh kepada teman yang dikenali.Tidak suka menonjol diri,kehidupannya selalu selamat.
Jamadil Akhir:
Watak berani dan menghormati oranglain,bijaksana.Apabila salah atau keliru,mudah mengakuinya.Tetapi apabila dia tahu dia benar,pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah.
Sya'ban:
Perwatakan baik.Hidupnya selamat dan rezeki tidak putus-putus.Semasa kecil,tidak mudah mengalah semasa bermain dengan teman-teman.Kelakuan baik,berbudi bahasa,semua orang sayang kepadanya.Semasa dewasa,dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Syawal:
Perwatakan keras,tidak suka dikalahkan.Hal ini membahayakan dirinya,oleh itu ibubapa perlu mendidikmnya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hati dan selalu ingin bergaduh terutamanya dalam mencari rezeki.
Zulkaedah:
Perwatakan pendiam,banyak perkara baik dirinya menjadi buruk.Dia banyak berfikir,kerana sifat ini,satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dlam kehidupannya.Tetapi oleh kerana banyak berfikir,perbuatannya,kadangkala jadi keliru.Dia seharusnya berfikir untuk mendapatkan hasil yang agak memuaskan.
Zulhijjah:
Dia sukar mengawal perasaannya,kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.Oleh itu dia tidak mendapat garis pemisah,sukar mempertimbangkan baik buruknya perbuatannya.Dia seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan...
No comments:
Post a Comment