Thursday, August 23, 2012
Wanita Dan Kanser Payudara....
Dah banyak info pasal kanser...tapi setakat mana kita sebagai wanita ambil berat pasal penakit-penyakit membunuh ni...takut laaa...pembunuh senyap,lagilah kalau kita tidak alert pasal penyakit-penyakit yang menyerang kaum wanita...nauzubillah..minta dijauhkan Ya Allah...sedikit info pasal ujian mamogram untuk mengesan kanser payudara....
Kanser Payudara...
Ujian Mamogram....
Kita perlulah membuat ujian mamogram untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.Mamogram dalam erti kata lain adalah x-ray payudara.Ujian saringan mamogram dapat mengurangkan kematian sebanyak 30% jika dijalankan dikalangan wanita berumur 50-69 tahun.Wanita yang berumur 40 tahun ke atas juga digalakkan untuk menjalani ujian mamogram ini.
Ujian ini berupaya mengesan tanda-tanda barah pada ketulan payudara.Ia juga dapat mengesan barah sebelum benjolan boleh dirasai dengan jari.
BAGAIMANA IA DIJALANKAN?WUJUDKAH RISIKO?
Biasanya dilakukan juru x-ray wanita.Dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.Kemudian sinar x akan diambil daripada pelbagai sudut berlainan.Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudar dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.
Sebaiknya semasa dilakukan ujian ini,elakkan memakai bedak,wangian,deodoran dan barang kemas.Usah bimbang pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana tahap radiasinya sangat rendah.
KOS?
Menurut Kementerian Wanita,Keluarga Dan Masyarakat telah meluluskan permohonan LPPKN untuk buat saringan ini.Bagi berumur 35-70 tahun dan pendapatan RM5ribu kebawah diberikan percuma.Bagi pendapatan RM5ribu ke atas akan diberikan subsidi RM50.
JIKA KEPUTUSAN NEGATIF?
Wanita berkenaan akan diminta datang semula ke klinik LPPKN untuk tujuan konsultasi bersama dengan doktor.Langkah susulan mengikut kategori akan diberikan.
Ingatlah kunci penemuan kanser payudara adalah pengesanan awal.Jadi,lakukanlah ujian mammogram ini dengan segera....
No comments:
Post a Comment