Thursday, October 4, 2012

Gejala Darah Tinggi..



Gejala Tekanan Darah Tinggi(tetapi tidaklah sama simptom dengan orang lain)Simptom ini adalah yang kerapkali  atau seringkali berlaku..
1.Bengkak pada pergelangan dan jari kaki
2.Mudah merasa penat dan tercungap-cungap
3.Mengalami pandangan yang kabur
4.Pendarahan hidung yang kerap berulang
5.Sakit kepala berterusan
6.Sering terasa mahu pitam
7.Mudah pening
8.Rasa lenguh pada bahagian tengkuk

Apa rawatannya?
Selain mengamalkan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor,individu berkenaan perlulah lebih berdisiplin dalam mengubah gaya hidup mereka
*Amalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan garam,lemak dan gula
*Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan
*Ambil bijirin
*Bersenam secara kerap tapi terkawal
*Berehat terutamanya bagi individu yang tertekan akibat kerja
*Menjalani pemeriksaan tekanan darah secara kerap terutamanya anda berusia 40 tahun ke atas dan pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi
*Ambil ubat seperti saranan doktor secara berdisiplin


No comments:

Post a Comment