Thursday, December 26, 2013

Upgrade Diri Di Penghujung Tahun 2013...

Saya just share ilmu dari Datuk Dr.Maznah Hamid di laman facebook beliau yang sungguuh bermanfaat untuk semua orang terutama diri sendiri....

Maklumlah sepanjang sesaat,seminit,sejam ,30 hari,12 bulan macam-macam benda berlaku dalam hidup seharian
 ada yang terkurang dan terlebih..so,hujung tahun tu renungan pencapaian samada semakin baik atau tidak,semakin meningkat kah tidak....

so just renungan dan muhasabah diri...insya allah...
 
‘UPGRADE’ NILAIAN DIRI MU

Bila dah penghujung tahun ni, mari sama-sama kita audit diri masing-masing. Sejauh mana pencapaian sahabat sepanjang tahun ini. Menurun..meningkat atau mendatar saja?

Setiap insan mempunyai nilaian diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-mana pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkan begitu menyakitkan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari oleh diri kita sendiri.

Bagaimana meningkatkan nilaian diri anda :

1.BINA KEYAKINAN DIRI .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ. Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya . Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

2.DAMPINGI ORANG LAIN.
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang. Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .


 3.BERTOLAK ANSUR DENGAN KESEMPURNAAN.
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin.

4.JAGA PERWATAKAN DIRI.
Perwatakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.DAPATKAN KEREHATAN.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan .

No comments:

Post a Comment