Saturday, November 24, 2007
Welcome & Happy Wedd To Irfin & Yanie
Yanie sah milik Irfin
KOTA KINABALU: Perkenalan secara kebetulan tiga tahun lalu, membawa pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti terbitan TV3 ‘Mentor’, Sitti Surianie Jul Karim atau Yanie, 22, ke jinjang pelamin.
Dengan sekali lafaz, Yanie sah menjadi isteri Irfin Abdul Manan, 27, yang bertugas sebagai Pegawai Jabatan Imigresen di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah, di sini.
Majlis pernikahan berlangsung di pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) di sini, semalam.
Upacara akad nikah disempurnakan Penolong Pengarah (Bahagian Perunding Keluarga) Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Imran Anggun, tepat jam 3.30 petang.
Yanie berwalikan bapanya, Jul Karim Maring, 46, dan disaksikan dua bapa saudara pengantin perempuan, Basirin Milin, 48, dan Zain Ali, 48.
Hadir sama, ibu Yanie, Seriah Osman, 40, dan ibu bapa Irfin, Abdul Manan Mohd Noor, 54, serta Manisah Abdullah, 49.
Majlis persandingan penyanyi popular dengan lagu Drama dan Saling Terpesona itu akan diadakan di Dewan Saadah Wisma Muis, Rabu ini, jam 8 malam.
Terdahulu, pasangan yang sedondon memakai persalinan ungu, tiba di pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah tepat jam 3 petang dengan diiringi kira-kira 20 ahli keluarga terdekat.
Yanie yang ditemui selepas majlis itu berkata, mereka mengambil masa setahun untuk mengenali hati budi sebelum menjalinkan percintaan dan selepas setahun bercinta, mereka memilih melangsungkan perkahwinan.
Katanya, tempoh tiga tahun sudah cukup untuk mereka saling mengenali dan menyerap tekanan yang boleh menghancurkan mahligai bahagia yang dibina dengan cinta sejati.
“Kami saling mengenali sebelum saya bergelar artis dan Irfin memahami kerjaya saya,” katanya.
Irfin berjanji akan setia bersama saya dalam suka atau duka dan saya pasti percaya janji itu akan ditepati hingga ke mati,” katanya.
Mengenai keistimewaan Irfin yang membuatkannya jatuh cinta, katanya selain bersifat penyayang, suaminya menghormati keluarganya dan memahami kerjayanya.
Irfin pula mengakui banyak cabaran yang bakal ditempuh mereka dan beliau sudah berjanji kepada Yanie tidak akan mengalah dengan apa juga rintangan yang melanda rumahtangga mereka.
Katanya, untuk memastikan sentiasa dekat dengan orang tersayang, beliau berhasrat untuk meminta pertukaran kerja ke Kuala Lumpur.
“Kami akan berbulan madu bila tiba masanya. Kami merancang empat hingga lima anak,” katanya dalam nada bergurau.
Petikan Dari : Harian Metro,24 Nov.2007
Sampaikan tahniah kpd Irfin & wife. Padanpun last year saya perasan macam nampak Irfin di Pejabat Imigresen tapi lupa tanya. Dia lah pulak tu ah.
ReplyDeleteok,nanti saya masukkan dlm blog gambar sanding
ReplyDelete