manggaonline

Thursday, September 22, 2011

Makanan Terbaik Di sisi Islam...

Amalan Rasulullah SAW... Jangan makan SUSU bersama DAGING Jangan makan DAGING bersam IKAN Jangan makan IKAN bersama SUSU Jangan makan AYAM bersama SUSU Jangan makan IKAN bersam TELUR Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD Jangan makan SUSU bersama CUKA Jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel.. Jangan makan buah-buahan selepas makan nasi sebaliknya makanlah buah-buahan terlebih dahulu kemudian diikuti nasi. Ambil masa lebih kurang 30 minit untuk tidur selepas makan tengahari Jangan sesekali abaikan makan malam.Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. INFO lagiiiiii... Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.Ini kerana akan cepat mendapat penyakit.Fakta ini dibuktikan dalam ilmuwan yang menemukan bahawa daging ayam mengandungi ION positif(+) sedangkan dalam ikan ion negatif(-).Jika dalam makanan kita,ayam dicampurkan ikan makan akan terjadi reaksi biokimia yang akan merosakkan usus kita.... Sekian...Kredit to dara.com September 2011....

Tuesday, September 20, 2011

Salam Aidilfitri....syawal dalam dua minggu terakhir..

Salam...lama tidak berblogging,bila nak update blog,masa tu la line tenet slow amat..lagi2 time raya,bz giler..huuhu..so just layan jer gambar-gambar koleksi saya nie..layannnnn..
gambar raya tahun lepas...hehee..

Sunday, August 21, 2011

Bayi Baru Lahir Ada Gigi....



NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

more info...@Kosmo Online

Saturday, August 20, 2011

Biksut Cornflakes......simple dan murah....



Bahan-bahan:
Cornflakes - ikut banyak / suka
Mentega (dalam 125gm)
gula perang
Golden syrup
Madu
Manik-manik hiasan
Coklat rice
Kismis

Cara-cara:
1.Campurkan mentega dan gula kemudian masak atas api perlahan hingga gula larut bersama mentega.
2.Masukkan cornflakes ke dalam adunan dan masukkan golden syrup.
3.Gaul rata,masukkan dalam acuan kertas.Tabur hiasan.
4.Bakar dalam 10-15 minit atau sampai kekuningan.

Biskut Almond London...Biskut Popular




Bahan-bahan:
630gm tepung gandum
90gm tepung jagung
540gm marjerin
360gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Badam - dibakar
Coklat masakan - dicairkan
Badam cincang

Cara Membuatnya:
1.Pukul marjerin,gula dan esen vanilla.
2.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta soda bikarbonat.
3.Uli menjadi doh yang lembut.
4.Salut badam dengan doh tepung dan bakar 180 darjah celcius dalam 15-20 minit.
5.Celup biskut dalam coklat masakan dan masukkan dalam kertas acuan.
6.Taburkan badam cincang sebagai hiasan.

Friday, August 19, 2011

Resepi Biskut Snow Almond...biskut popular





Bahan-bahan:
900gm tepung gandum
150gm tepung kastad
150gm susu tepung
120gm tepung jagung
780gm marjerin
450gm gula
3 sudu teh esen vanilla
Coklat masakan - dicairkan
Serbuk Roti

Cara Membuatnya:
1.Pukul marjerin,gula dan esen vanilla hingga lembut.
2.Masukkan serbuk badam dan kesemua bahan yang telah diayak.Uli sebati.
3.Canai dan terap dengan acuan segi empat sama.
4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius dan sejukkan.
5.Celup biskut dalam coklat masakan.
6.Salut dengan serbuk roti.

Friday, July 22, 2011

Minuman Malta Barbican Bukan Arak..

MALTA BARBICAN...


Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Friday, July 15, 2011

Resepi Puff...Inti Daging / Ayam...

Puff:
Roti Prata Jenama KAWAN (biasa guna jenis ini)

Biarkan dalam suhu bilik,supaya senang nak bentuk...

INTI DAGING REMPAH
1 biji kentang besar (dikupas dan didadu)
1 sudu besar mentega
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 cawan sayur campuran
200 gram daging cincang/ isi ayam (didadu)
3 sudu besar rempah kari daging
garam
lada hitam secukup rasa

Cara-cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau
3.Masukkan rempah kari daging.
4.Masukkan daging cincang dan gaul rata sehingga masak.
5.Masukkan kentang yang telah didadu bersama garam dan lada hitam secukup rasa.

Masak sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan sayur campur (jika suka).
Gaul hingga sebati dan sedia untuk digunakan.

1.Sediakan roti prata,potong dua atau tiga bahagian.
2.Masukkan inti.
3.Kelim atau tekan-tekan yang bahagian tepi dengan garfu.
4.Oleskan / sapu dengan telur kuning atas puff.
5.Bakar dalam oven (suhu 180 darjah) dalam 20 minit gitu..bergantung dengan oven memasing yerr...


Selamat mencuba..

Jangan beli, guna krim kulit "Sensual Whitening Cream" - BH - Berita Utama - Pusat Berita CARI

Jangan beli, guna krim kulit "Sensual Whitening Cream" - BH - Berita Utama - Pusat Berita CARI