Nuffnang

Friday, November 6, 2009

salammmmm....



hehehe...lamanya tidak menyapu rumah,dah lama terbiar....baru nak menyiang-yiang la ni..
Bukan apa disamping server yang kekadang ok kekadang tak ok,tu yang bikin malas nak update blog ni.Disamping tu badan pun malas n ikut mood jugak...Bulan ni busy jugak..last month baru siap bengkel transformasi perkhidmatan awam(RG)..this week daftar majalah2 lama,next week 10-11 kami linking majalah lama,pastu kursus handling difficult customer pada 12-13 next week..
ceta-ceta akan datang nanti lah saya ceta disini...
salam

Sunday, June 14, 2009

Pi Sandakan Part 2


ini adalah ahli-ahli persatuan boya...hehehe

asyreen dan azie duduk di perahu...ditaman buaya sandakan

Al-Kisah...18sx???

cerita pasangan suami isteri tua...

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana
besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut
usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,
"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu
mula mengantuk
semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh
bibirnya ke pipi si
isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan
bangun dari katil
tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,
"Nak gi amik gigi la ni!!!"


....ceta ni saya dapat dari forum keningau..hehehe,saja nak kongsi sama

Sunday, June 7, 2009

Jalan-Jalan Pi Sandakan

ni la gambar-gambar yang sempat diambil oeh mr.king time pi sandakan 18-20hb mei yg lalu...lambat post abis,bukan kamera gue jadi lambat la dapat dar tuan punyer,mr.king campur malas lagi..tambahlah berkarat..layannn








jangan diherankan..kaum suami tidak ikut sama..yg ni kaum ibu herte n anak erte yg pompuan jer yang dibawa bersama...hehehe...saja2 menyibuk ikut big bos pi meeting di ketua zon disandakan jadi menyampuklah ikut....

p/s:ada lagi,nantilah server lambat sangat ari ni....

Dengki.........

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Setelah bertemu raja, ia selalu berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Ada seseorang yang dengki melihat keakraban lelaki itu dengan raja. "Lelaki itu memiliki kedudukan yang dekat dengan raja, setiap hari ia bertemu raja," pikir si pendengki dengan perasaan kurang senang. Si pendengki kemudian menemui raja dan berkata, "Lelaki yang setiap
hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentang kamu. Ia juga berkata bahwa bau mulutmu busuk." Raja terdiam.

Sekeluarnya dari kerajaan, pendengki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki yang akrab dengan raja. Ketika si lelaki itu lewat dalam perjalanannya menemui raja. Ia menghadangnya, "Kemarilah, singgahlah ke rumahku."

Setelah temannya singgah ke rumahnya, si pendengki menawarkan bawang merah dan putih, dan memaksanya agar ia memakannya. Karena dipaksa, ia akhirnya mau juga memakannya untuk melegakan hati orang itu. Bau bawang merah dan putih itu tentu tidak mudah hilang.

Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu sebagaimana biasa mengunjungi raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, ia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya. "Rupanya benar perkataan orang itu, ia benar-benar menganggap mulutku bau," pikir raja. Sang raja kemudian memikirkan suatu rencana jahat. Lelaki itu kemudian duduk dan berkata sebagaimana biasa, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Setelah merasa waktu berkunjungnya sudah cukup, ia kemudian pamit kepada raja. Raja berkata, "Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan." Surat itu berisi, "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan kulitilah dia, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami."

Lelaki tadi keluar membawa surat raja. Di tengah jalan ia dihadang oleh si pendengki. "Apa yang kamu bawa?" tanyanya. "Surat raja untuk fulan. Surat ini beliau tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya beliau tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah.".
"Berikanlah surat itu kepadaku, aku ini sedang butuh uang," pintanya. Ia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Karena kasihan, surat itu kemudian ia serahkan kepada si pendengki. Si Pendengki menerimanya dengan senang hati.

Setelah sampai di tempat tujuan, ia menyerahkan surat itu kepada teman raja. "Masuklah ke sini, raja menyuruhku membunuhmu," kata teman raja. "Yang dimaksud bukan aku, coba tunggulah sebentar biar kujelaskan," katanya ketakutan. "Perintah raja tak bisa ditunda," kata teman raja. Ia lalu membunuh, menguliti dan mengisi tubuh si pendengki dengan jerami.

Keesokan harinya, lelaki itu datang sebagaimana biasa dan berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Raja heran melihatnya masih hidup. Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki.

"Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya, hanya saja kemarin ia mengundangku kerumahnya dan memaksaku makan bawang merah dan putih. Waktu aku menemuimu kututup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. Sekeluarnya dari sini, ia menemuiku dan menanyakan titipanmu," lelaki itu kemudian menceritakan semua yang terjadi.

Mendengar jalannya cerita, tahulah raja bahwa orang itu ternyata dengki kepada sahabatnya. "Benar ucapanmu, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."Kedengkian di hati orang itu telah membunuh dirinya sendiri. Dengki itu merusak amal Dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar.

(HR Ibnu Majah)
Kedengkian seseorang hanya akan berakibat buruk bagi orang itu sendiri.

Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan bin Abdurrahman Asseqaf, Tuhfatul
Asyraf, Kisah dan Hikmah

Saturday, May 23, 2009

My Nasi Ayam


......ni gambar copy jerr...mana sempat cari kamera lepas masak tadi...lain kali jer je..tapun..tapun..tapi gambar ni gambar nasi ayam tapau..kahahaha

hehehe..ingat Linda Onn jak ada nasi ayam?saya pun ada jugak..memang jadi menu favourite family,terutama alif peminat ayam,asal ja bagitau hari ni umi masak nasi ayam mesti dia happy punyooo...resepi nya simple ajer.

Nasi:
3 put ataupun ikut berapa yg mampu dihabiskan
butter (2 sudu makan)
sup ayam (ikut sukatan nasi)
(masak di rice cooker),mao wangi lagi tambahlah daun pandan

*sup ayam
air dimasak utk sup didihkan,masukkan ayam,keluarkan ayam bila ayam dah masak separuh.Air sup dicampurkan sekali dgn bwg merah,putih,halia,serai dan garam,aji...

ayam..
ayam yang dikeluarkan disiram air sejuk...toskan dan perap dgn sos tiram,madu,butter,sos lea n perrins...pastu dah sebati dlm 1/2 jam ikut pilihan samada mau dipanggang atau digoreng...(*tapi panggang lagi sedap dari goreng..tidaklah berlemak sangat)

Sos lada
cili merah 10/15 tangkai,tomato bulat,gula - di blender hingga hancur.
pastu,masak dlm periuk samapi likat n campurkan cuka makan n garam,gula , ikut suka..suka manis banyakkan gula....*api mesti kecil..

sos kicap
masukkan dalam kuali - air sup ayam tadi segelas,gula,kicap cair n minyak bijan,masak sampai mendidih n tuangkan air tepung jagung utk melikatkan sos....

k,selamat mencuba...

Tuesday, April 7, 2009

Mee Segera????Makan Segera....Hehehe

Hehehe...oleh kerana saya salah sorang pembeli mee segea,yg dimkn "time nak segera"hehe...time darurat la,jadi ni mcm kira pedoman utk diri sendiri dan kawan-kawan semua...layaaannnn

Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.

Begini cara terbaik:
(1) Rebus mi dalam air mendidih.
(2) Bila mi kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.

:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu ::

Thanks info from Norzailina blogspot

Wednesday, April 1, 2009

Kari Ayam Nasi Beriani

Bahan (untuk hidangan lima orang):

450 gram ayam (dipotong sederhana kecil)

1 mangkuk minyak masak

12 gram buah pelaga

10 gram bunga lawang

20 gram pes tomato

25 gram serbuk kari

20 gram serbuk rempah kari

15 gram serbuk cili

15 gram serbuk garam masala

100 gram bawang merah (dikisar)

100 gram bawang putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

2 batang serai (dititik)

15 gram badam (dibakar)

7 helai daun kari

5 tangkai cili kering (dikisar)

1 mangkuk air

Garam



Cara memasak:

1. Tumis bahan dikisar, daun kari, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.

2. Masukkan serbuk rempah di atas dan air, kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam bersama serai, pes tomato dan badam serta garam.

4. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Tips:
"Cara menyediakan masakan kari juga amat bergantung kepada rempah ratusnya. Kari ayam lebih enak dengan cara menumis rempah dan serbuk kari yang disediakan sendiri.

"Ketika menumis, kawal api dan tumis kira-kira lima minit menggunakan lebihan minyak menggoreng bawang sebelumnya.

"Susu cair yang digunakan juga harus dimasukkan dengan kawalan kerana jika terlebih, ia menyebabkan masakan terlalu berlemak dan menimbulkan rasa muak.

"Untuk itu, ketika merancang untuk memasak, ambil kira bilangan orang yang akan menikmati hidangan itu," katanya.

Bagi menghasilkan kepekatan kari, dia menyarankan penggunaan 100 gram gajus yang dikisar lalu dicampur ke dalam santan bersama rempah kari berkenaan.

Daun ketumbar turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan aroma nasi beriani dan kari ayam berkenaan.

Panduan Mempertingkatkan Potensi Anak

ANAK adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga.

Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.

Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

1.Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.

2.Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan

3. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.

4.Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.

5. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

6.Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

7.Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.

8.Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.

9.Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

10.Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.

11. Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.

12. Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.

13.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

14Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Sumber:Harian Metro

Tuesday, March 31, 2009

Penyakit Orang Yang Ada Keyakinan Diri

Kiriman email dari iMotivasi,untuk dikongsi bersama-sama

Usahlah berlagak seolah-olah tahu semua perkara. Kelak nanti orang akan perasan yang kita buat-buat tahu walhal kita sebenarnya tak tahu. Orang sekarang bijak-bijak belaka. Sebelum Anda terkena, baik sedar. Jika Anda tak tahu, lebih baik cakap tak tahu dari buat-buat tahu. Nanti bila dah terkena, malu!.

Silap kebanyakan orang yang konpiden adalah terlalu banyak bercakap. Kekadang orang lain sedang bercakap, dia tetiba mencelah pastu dia nak orang lain dengar cakap dia, pendapat dia, idea dia. Mana leh camtu. Kena respek orang juga, tak leh main hentam masuk begitu saja.

Penyakit orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan over-confident. Hati-hati. Anda dah tahu, dalam usaha mengejar kecemerlangan, kita kena konpiden, yakin boleh buat dan ada ‘feel’ yang Anda boleh buat. Tapi jangan sampai terlebih pulak, hinggakan Anda melakukan kesilapan hingga terlepas segala-galanya sebab dah terlalu yakin. Pasal apa leh silap?

Over konpidenlah tu.

Macam memandu jugak. Kekadang ada orang memandu laju, entah hape yang dikejornye. Statistik kemalangan terkini menujukan, pemandu yang kerap mengalami kemalangan adalah pemandu yang memandu dengan laju. Ni serupa dengan over konpiden la ni. Silap sikit, habis nyawa melayang.

Dalam hidup kita tidak boleh terlalu kelam kabut. Sesetengah situasi, memang kelam kabut itu perlu. Tapi sikap berkelam kabut jangan selalu dipakai untuk semua situasi dalam hidup kita sehari-hari. Kelak nanti merana sendiri. Memandu ke, berjalan ke, buat kerja ke, memasak ke, bercakap ke, tak yah kelam kabut. Biar tenang.

Fikiran Positif Kerjanya Membina

Kiriman Email iMotivasi untuk dikongsi bersama....

Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pagi tu kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua OK saja, hebat hasilnya.

Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi bila seseorang berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja hepi saja, turun gi kerja pun bersemangat, tetiba rasa seronok bekerja. Jika tiap hari leh camni, maka tak mustahil orang tu boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan kita ni adalah kurang menjaga fikiran positif yang dah terbina.. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita dikelilingi orang-orang yang berfikiran negatf lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan kita jugak. Kalo kita nak fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalo nak fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita kena kuat, tak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerja dia membina. Fikiran negatif keje dia memusnahkan.

Friday, March 27, 2009

A few tips from Dr Fatma Al Zahra...just to share...

From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class

How to use the Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water.
Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning
and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.
Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the
"langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.



All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.



Untuk yg berhajat:

(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan
penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang;
sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar
sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg
MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.


Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik.
InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.
Wallahualam.

Notes taken fm Ust! Fatma's last lecture session taken
by her closest friend, Ani:-



Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
&n! bsp; " Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup
muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38,
pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum.
(air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya
dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala.
Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

Thursday, March 26, 2009

Lagi email motivasi....untuk dikongsi bersama

Cara lain untuk Anda nak bersemangat ketika emosi negatif menyerang adalah merubah perhatian kepada sesuatu yang menyeronokkan. Ketika emosi negatif menyerang, ia menjadikan Anda marah, menahan geram, sakit hati atau melayan rasa tak puas hati. Maknanya, Anda sedang berada dalam kesakitan (pain). Bukan kesakitan cam luka tu, tapi Anda berhadapan dengan sesuatu yang Anda tak suka, yang membuat Anda jadi tertekan.

Kita tak boleh hapuskan kesakitan emosi, menghilangkan tekanan atau melupuskannya. Kita hanya boleh kurangkan. Untuk mengurangkan kesakitan (pain), ubah perhatian kepada keseronokan (pleasure). Keseronokan adalah bila Anda bertemu dengan apa yang Anda suka.

Untuk ada keseronokan, Anda kena membuat sesuatu yang menyeronokkan bagi Anda. Selain membuat, Anda juga boleh membaca, mendengar atau merasakan sesuatu yang menyeronokkan.

Merasakan sesuatu? Cemana tu? Gunakan imaginasi. Kira macam syok sendiri la ni. Syok sendiri tak salah, apatah lagi jika ia berguna untuk merubah kita jadi bermotivasi.

Ada orang, bila mengingat semula kenangan manis, emosinya berubah, pastu entah cemana dia jadi bersemangat tetiba. Ada orang, teringat awek dia, tetiba jadi girang semacam. Tadi murung, sekarang dah semangat nak buat kerja!.

Ada orang, nampak gambar idola-idola dia, serta merta timbul semangat membara. Ada orang,bila terasa macam tak bermaya, dia perhati sekeliling, kengkawan dia, meja kerja dia, suasana tempat dia berada. Tiba-tiba timbul inspirasi, kemudian entah cemana dia jadi bersemangat semula. Tadi asyik ngantuk, sekarang dah OK nak bekerja.

Contoh-contoh tadi Anda boleh aplikasikan pada diri Anda. Tujuannya untuk membuat Anda mengawal emosi, menghalang emosi dari mengawal Anda.

Bila Anda dah mahir mengawal emosi, tanpa Anda ketahui Anda dah boleh mengawal tahap arus minda, bahkan Anda boleh memperalatkan minda separa sedar untuk mencapai apa saja target yang Anda mahu, seperti mana Anda memperalatkan kaki untuk berjalan, tangan untuk makan dan mata untuk melihat.

Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi Anda untuk muncul jadi orang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negatif kerana ia meruntuhkan potensi Anda serta merta.

Email Motivasi....untuk dikongsi bersama

5 jenis orang yang patut dijauhi

Jenis orang ketiga yang patut Anda jauhi adalah orang yang asyik bertangguh. Bukan sekali dua dia bertangguh, tapi dah banyak kali, dari dulu sampai le sekarang. Mengapa Anda patut jauhi orang camni? Kesan yang paling kerap berlaku, Anda akan susah dek sikapnya itu. Kekadang, Anda juga akan turut disalahkan sama jika sesuatu hal berlaku, atau sesuatu masalah timbul secara tiba-tiba.

Bukan bermakna kena jauhi habis, tapi jarang-jarangkan diri dekat dengannya. Aura positif Anda akan diracuni oleh sinar aura sikap bertangguh yang terbit dari badannya. Anda akan terikut-ikut, melainkan Anda ada pendirian sendiri dan tetap berdisiplin dalam apa jua yang Anda sedang usahakan.

Jika dia tidak bertangguh dengan cara bijak tapi asyik bertangguh tanpa membuat apa-apa nota peringatan (reminder) Anda kena hati-hati. Dalam dunia bisnes, orang camni adalah bakteria yang mungkin boleh menjangkiti sesiapa saja kerana cakapannya boleh mempengaruhi orang lain. Usahawan yang suka bertangguh, akan mempengaruhi usahawan lain supaya bertangguh sepertinya.

Sama juga dalam dunia pekerjaan (di mana ramai orang bekerja suka bertangguh). Seorang pekerja yang suka bertangguh akan mempengaruhi orang lain supaya bertangguh sepertinya. Alasannya, awal lagi, tak penting atau kerja tu boleh buat di masa lain, relaks dulu sekarang ini. Orang yang suka bertangguh maknanya memandang sesuatu yang penting sebagai tak penting. Jika orang sebegini ada berhampiran dengan Anda, hati-hati.


Orang kedua yang patut Anda jauhi adalah orang yang lebih banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya, kemahirannya dan harta benda yang dimiliki olehnya. Dia selalu bercakap besar dengan nada angkuh tapi tak semua yang dia cakap itu betul. Lebih banyak dia bercakap tentang kelebihan-kelebihan dirinya, lebih banyak kekurangannya terserlah. Kenal pasti 3 petanda kekotoran hati.

Sesiapapun tak suka berada hampir dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan dirinya, kerana itu tanda orang tersebut tidak menghormati orang yang bercakap dengannya atau orang-orang yang duduk berhampiran dengannua. Keangkuhan yang dipamerkan olehnya memberi petanda dia tidak harus dihormati, kerana dia tidak menghormati orang lain bahkan suka merendah-rendahkan orang lain.

Anda perlu jauhi orang camni kerana motivasi Anda akan hilang. Anda jadi tak bersemangat dalam apa jua yang Anda usahakan. Sampai ke satu tahap, Anda akan hilang keyakinan diri kerana fikiran Anda hanya memfokus pada kelebihan-kelebihan yang Anda dengar dari mulutnya.

Kesan lain, ia membuat Anda berfikiran negatif sebab Anda akan rasa sakit hati tiap kali memikirkan orang tersebut. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Nak kekalkan fikiran positif, jarangkan diri bergaul dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya dengan nada angkuh atau menulis sesuatu dengan nada yang sama.

Jenis orang kelima yang patut Anda jauhi adalah orang yang suka bermuka-muka atau orang yang tidak ada pendirian. Anda boleh berada di sampingnya, tapi lama-kelamaan dia akan mempengaruhi Anda. Lantas, Anda turut jadi orang yang tidak ada pendirian, sekejap itu, sekejap ini. Sekejap begitu, sekejap begini. Anda jadi tak ketentuan.

Kesannya pada diri Anda, Anda tak akan tahu area mana satu yang Anda nak berjaya dalam hidup. Anda akan jadi bercelaru, hilang fokus dan hilang momentum. Orang yang suka bermuka-muka adalah orang yang tak ada fokus, susah nak buat keputusan. Sekejap dia cakap itu, sekejap lagi dia cakap ini.

Jenis orang sebegini ada di tempat kerja bahkan di kalangan rakan-rakan Anda. Bila bercakap, sekejap dia sokong itu, sekejap dia sokong ini. Kemudian, sekejap lagi dia lawan cakap itu, dia lawan cakap ini. Perbuatannya itu akan menjangkit pada tindakannya.

Misalnya, ambil contoh dia nak cemerlang dalam pekerjaan.Dia nak skor performance tinggi bulan ni. Belum lagi matlamat tu berjaya dicapai, dia dah ubah fokus. Dia nak bukak bisnes part time, nak jadi usahawan cemerlang. Dia nak skor pulak dalam bidang perniagaan. Kesannya, matlamat nak capai performance tinggi dalam kerja dah terbarai, tertinggal gitu saja tak tercapai langsung.

Anda patut jauhi orang yang tidak ada pendirian kerana cakapan, perbuatan dan fikirannya akan mempengaruhi Anda senyap-senyap. Anda tak akan sedar, sebab ia nampak biasa bagi Anda. Untuk mengelak dari orang sebegini, pilihlah untuk Anda ada pendirian sendiri, matlamat sendiri. Elak untuk tidak terlalu terpangaruh dengan cakapan orang, kerana Anda akan terdirog untuk melupakan matlamat yang dah diset oleh Anda.

Anda berjaya, kurang berjaya atau tidak berjaya, semuanya bergantung pada keputusan Anda, tindakan Anda. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak, ikut pendirian

Thursday, March 19, 2009

Koleksi Petua Untuk Langsing,Kurus...entah apa-apalah....

Hehehe...ini untuk di share bersama-sama...terutama yang empunya blog ini..hehehe,yg semenjak dua menjak ni semakin naik badan,harap-harap dapat la dimanfaatkan....

MENGEMPISKAN PERUT


Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....

Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar
3. Sebiji limau nipis
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

Langkah-langkah untuk langsing tanpa ubat-ubatan...

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.





Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Pisang.....Banana....Pisang....Banana

Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi
untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum
air masak sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan yang dapat
dijimatkan

Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.
Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60 tahun
= RM 4320.00 saja

Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x 8
Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 ..
cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan
kesihatan kita.

Going Bananas
Bananas… This is very interesting.
After Reading THIS, you’ll NEVER look at a banana in the same way
again -

Bananas. Containing three natural sugars - sucrose, fructose and
glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and
substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a
strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one
fruit with the world’s leading athletes.

But energy isn’t the only way a banana can help us keep fit. It can
also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and
conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people
suffering from depression, many felt much better after eating a
banana.
This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that
the body converts into serotonin, known to make you relax, improve
your mood and generally make you feel happier.

PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains
regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia :
High in iron, bananas can stimulate the production of haemoglobin in
the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in
salt, making it the perfect to beat blood pressure.

So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the
banana industry to make official claims for the fruit’s ability to
reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at aTwickenham (Middlesex) school were helped through
their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and
lunch in a bid to boost their brain power.

Research has shown that the potassium-packed fruit can assist
learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal
bowel action, helping to overcome the problem without resorting to
laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana
milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and,
with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels,
while the milk soothes and
re-hydrates your system.

Heartburn:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer
from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up
and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected
area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly
successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and at work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at
work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps.
Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese
were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded
that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our
blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two
hours to keep levels steady.

Ulcers:
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders
because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit
that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also
neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining
of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see bananas as a “cooling” fruit that can lower
both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In
Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their
baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder
(SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the
natural mood enhancer tryptophan.

Smoking:
Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12
they contain, as well as the potassium and magnesium found in them,
help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,
sends oxygen to the brain and regulates your body’s water balance.
When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our
potassium levels. These can be rebalanced with the help of a
high-potassium banana snack.

Strokes:
According to research in “The New England Journal of Medicine “eating
bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by
strokes by as much as 40%!”

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off
a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with
the
yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or
surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you
compare it to an apple, it has four times the protein, twice the
carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A
and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich
in potassium and is one of the best value foods around.

So maybe its time to change that well-known phrase so that we say,
“A banana a day keeps the doctor away!”

PASS THIS ON TO ALL OF YOUR ON-LINE FRIENDS and FAMILY

p/s : Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time

Tuesday, March 17, 2009

Berapa size cup breast anda????..........

Saja-saja...iklan utk smua


Agak-agak berapakah size cup breast bagi kebanyakan wanita di Malaysia?

Petikan dari cari.com......(utk renungan bersama....)

PETUA NENEK & KATA IBU (ADA RAHSIA TERSEMBUNYI-untuk para isteri)





Subject: PETUA NENEK & KATA IBU (ADA RAHSIA TERSEMBUNYI)

nasihat untuk diri anda dan juga saya sendiri.. sekadar memanjangkan. ..

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah
one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan
sebaliknya.. .. bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena
rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah,
dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita
punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila
kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih
yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama
kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya
dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta
sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali
dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan
sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan
serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap
keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita
masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau
selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun
kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak
dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun
sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu
membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan
datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih
teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan
dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah
mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun
anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada
akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada
sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun
memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu
sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan
membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok
baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita
pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di
belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu
beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan
tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu
dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni
bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes
nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian
dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan /
kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kansudah dipesan org
tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua
lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan
merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam
diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah
pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai
roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko
air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau
sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh
diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia
rasa.... apalah mana ade logik, tapi cubakita lihat org tua dulu2 kat
mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kantak pakai pula kan, tapi
kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari
penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm
dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan
terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai
disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga
sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan
kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan
raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org
tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat
diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih
bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia
sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya
oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh
(walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun,
saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain
menguruskannya' ???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu
ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya
sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!.
Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu,
'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara
suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara
keduanya agar kekal sampai bila2.

~ cahayamataku~

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri.
Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak
akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih
erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu.
Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah.

Friday, March 6, 2009


SAUSAGE ROLLED BREAD

Ingredients:
1 sausage, boiled a bit
1 cheese slice
1 bread slice
1 egg
bread crumbs

Instructions:
1. Flatten bread using rolling pin.
2. Put cheese slice and sausage on the bread and roll.
3. Deep in beaten egg and roll onto bread crumbs.
4. Deep fry over medium heat. Fry until golden brown.
5. Serve with tomato slices, carrots, salads, mayoneise or chilie sauce.


note:
ni resepi sausage kegemaran my son,alif mifzal al-ilman...mesti ada sausage....jadi nak cuba buat untuk dia nanti...harap-harap dia suka lerrrr

CHICKEN TERIYAKI
Sumber asal : Japanesefood.com

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

note:

Sebenarnya resepi ni saya ambil dari rinnchan.fotopages lepas namap chef di tiffinbiru buat untuk nasi ayamnya...so saya ambil buat resepi koleksi...ada masa bolehlah buat,senang ajer cara2nya tu...mesti bebudak suka makan

Friday, February 20, 2009

Amalan Sunat Dihari Jumaat

Hari Jumaat adalah istimewa sehingga ia dinobatkan sebagai penghulu segala hari dalam seminggu.Justeru,kita wajar meraikan kehadiran hari Jumaat pada setiap minggu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti pesanan Rasulullah s.a.w.


1. Mandi

Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa,mandi ialah suatu rutin hidup.Namun,mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w selaras dengan sabda baginda yang bermaksud,

"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).



2. Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.

Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru,kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih.Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya."



3. Memotong kuku

Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama.Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.



4. Membaca Surah al-Kahfi

Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)

Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud,

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `AtiQ." (Riwayat Al-BaihaQi)



5. Memperbanyak doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita,di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita.Sehubungan itu,kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini.Antaranya dengan cara berdoa.

Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa.Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah sabda baginda yang bermaksud,

"Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat." (Riwayat Muslim).



6. Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sabda baginda yang bermaksud,

"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."

Dipetik dari Hanieliza.blogspot.......

Untuk Info Bersama-sama yang muslim.....

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak
Assalamualaikum
Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian

Petikan dari blog Chef Farid(http://cheffarid.blogspot.com/

Wednesday, February 18, 2009

Kita mau berjaya secara shortcut atau full version???

Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak.

Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!

Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal.

Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal.

Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!

Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada.

Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.

Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.

Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!

petikan email dari imotivasi hari ini...

Wednesday, February 11, 2009

What ur name means.....check it out!!

Instructions : What you do is find out what each letter of your name means.

Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE) &(Is'nt it GREAT !!)

If you have double or triple letters, just count the meaning once.
For Example : MARK

M - Success comes easily to you.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
R - You are a social butterfly.
K - You like to try new things.


A = You can be very quiet when you have something on your mind.
B = You are always cautious when it comes to meeting newpeople.
C = You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.
D = You have trouble trusting people.
E =You are a very exciting person.
F = Everyone loves you.
G = You have excellent ways of viewing people.
H =You are not judgmental.
I =You are always smiling and making others smile.
J =Jealously
K =You like to try new things.
L = Love is something you deeply believe in.
M = Success comes easily to you.
N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.
P =You are very friendly and understanding.
Q = You are a hypocrite.
R =You are a social butterfly.
S = You are very broad-minded.
T = You have an attitude, a big one.
U = You feel like you have to equal up to people's standards.
V = You have a very good physique and looks.
W = You like your privacy.
X = You never let people tell you what to do.
Y = You cause a lot of trouble.
Z = You're always fighting with someone.

CHECK YOUR NAME MEANING AND YOU WILL FIND THAT THIS IS TRUE.............

Jadikan Anak Sebagai Winner

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Kelebihan Surah Al-Kausar

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sedutan ceramah Dtk Dr.Mashitah Ibrahim...........untuk iktibar bersama...insya allah

Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah. Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu di panggilnya "Khanaz....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa. Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan. Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..." .. "Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir... "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,...Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!" Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam. "Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anaknya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa. "Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz. Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam. "Apa harus kita laku kan?" tanya Hawa. "Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.

Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa. "Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ?Khanaz !!! Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH. Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta. Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam.. Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.
Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Thursday, January 22, 2009

Pose Istimewa (Kumpulan Nasyid PWK 2009)











hari ni kawan-kawan di ofis,mencuba tudung ekin yang 'fofular'skrg ni...hehe..yg bestnya yg memakai tudung ekin ni (kecuali yg hijau-linah bertdg, dn sy bertdg)tidak bertudung dan bukan beragama islam (kecuali nariley,yg berbaju merah,tdg hitam putih beragama islm)...saja nak test,macmaner muka kalau pki tudung...gempar gamat ofis seketika ...siap ambil gambar lagi kami semua..

Wednesday, January 21, 2009

Asyreen Maisara 3rd Birthday.....










Birthday Baby Asyreen pada 14hb Januari 2009 baru-baru ni..asyreen excited sangat mo beli kek kegemarannya yg ada aising tu...tengoklah aksi-aksi gembira masa mo tiup lilin...happy sekali