Nuffnang

Friday, July 22, 2011

Minuman Malta Barbican Bukan Arak..

MALTA BARBICAN...


Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Friday, July 15, 2011

Resepi Puff...Inti Daging / Ayam...

Puff:
Roti Prata Jenama KAWAN (biasa guna jenis ini)

Biarkan dalam suhu bilik,supaya senang nak bentuk...

INTI DAGING REMPAH
1 biji kentang besar (dikupas dan didadu)
1 sudu besar mentega
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 cawan sayur campuran
200 gram daging cincang/ isi ayam (didadu)
3 sudu besar rempah kari daging
garam
lada hitam secukup rasa

Cara-cara:

1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Masukkan bawang dan goreng sehingga naik bau
3.Masukkan rempah kari daging.
4.Masukkan daging cincang dan gaul rata sehingga masak.
5.Masukkan kentang yang telah didadu bersama garam dan lada hitam secukup rasa.

Masak sehingga kentang empuk dan akhir sekali masukkan sayur campur (jika suka).
Gaul hingga sebati dan sedia untuk digunakan.

1.Sediakan roti prata,potong dua atau tiga bahagian.
2.Masukkan inti.
3.Kelim atau tekan-tekan yang bahagian tepi dengan garfu.
4.Oleskan / sapu dengan telur kuning atas puff.
5.Bakar dalam oven (suhu 180 darjah) dalam 20 minit gitu..bergantung dengan oven memasing yerr...


Selamat mencuba..

Jangan beli, guna krim kulit "Sensual Whitening Cream" - BH - Berita Utama - Pusat Berita CARI

Jangan beli, guna krim kulit "Sensual Whitening Cream" - BH - Berita Utama - Pusat Berita CARI

Friday, July 8, 2011

Resepi Thai Glass Noddle




Bahan-bahan:

200gm thai glass noddle - direbus
1 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
1 batang serai
1 biji cili padi
50ml sos cili thai
5gm gula
2gm garam
1 biji lemon

Cara:

1.Masukkan semua bahan dalam satu bekas
2.Gaul semua bahan sebati
3.Perahkan jus lemon sebelum dihidang.
4.Siap untuk dimakan...

Picture:thanks and kredit to google....

RESEPI ROTI (BASIC)....



Ini resepi asas buat bread (Roti)secara basic....

Bahan-bahannya:
* 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
* 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
* 1 sk rata garam
* 2 sb susu tepung (opt)
* 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
* 1 biji telur
* 250 ml air
* 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Cara-caranya:
1.Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
2.Perap selama 45 min / berganda saiznya.



3.Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.
4.Timbang 50g setiap satu.
5.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll(Ikut suka mau perasa apa yerr)
4.Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
5.Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.