Nuffnang

Saturday, April 30, 2011

GreenAppleKu: MURAH REZEKI DENGAN BERDOA BUAT AYAH DAN IBU.

GreenAppleKu: MURAH REZEKI DENGAN BERDOA BUAT AYAH DAN IBU.: "“Setiap hari sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka b..."

Friday, April 29, 2011

Siaran Lengkap Perkahwinan Diraja

! Entertainment membawa penontonnya ke London pada hari ini, untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi majlis perkahwinan abad ini antara Putera William dan Kate Middleton.

Pada ketika kerabat diraja dan pemimpin dunia berhimpun di kota terkemuka itu untuk menyaksikan sejarah yang bakal tercipta, E! akan menyiarkan program perkahwinan itu sepanjang hari bermula jam 4 petang ini, secara eksklusif di Astro Saluran 712.
Liputan lengkap perkahwinan oleh E! bersambung pula keesokannya pada jam 7.50 malam dengan tayangan program Will and Kate: Road to the Alter, yang diacarakan Ryan Seacrest. Ia akan mengimbas semula acara terbabit daripada ketibaan tetamu terkenal hinggalah ke cerita mengenai perancangan seterusnya pasangan berkenaan.
Sejurus kemudian rancangan istimewa selama sejam, Fashion Police: Royal Wedding akan menemui penonton pada jam 8.40 malam. Ia dikendalikan oleh pengacara Joan Rivers, Kelly Osbourne, Giuliana Rancic dan George Kotsiopoulos. Mereka pastinya bercerita mengenai pilihan gaun pengantin Kate serta impak perkahwinan itu ke atas dunia fesyen.

Giuliana akan membuat liputan dari London bersama-sama personaliti televisyen United Kingdom, Dermot O'Leary, untuk membawakan berita terkini, cerita lebih terperinci dan kisah eksklusif menerusi program Live From the Royal Wedding.

Menyertai mereka ialah pakar diraja, Angela Rippon; penganalisis fesyen, Louise Roe dan Robbie Laughlin; serta pengacara E!, Catt Sadler, yang membuat lintas langsung dari Westminster Abbey.

Manakala pengacara Jason Kennedy pula akan membuat liputan daripada hab media stesen televisyen ini mengenai ulasan orang ramai di laman Facebook dan Twitter, serta menyaksikan bagaimana peminat golongan diraja di seluruh dunia meraikan hari bersejarah itu.
E! Online dan E! Mobile juga menyediakan liputan mengenai perkahwinan dua selebriti terbabit menerusi E! Online, dengan menyediakan berita terkini, peraduan atas talian Best Princess Ever, galeri foto lengkap, video berkaitan perkahwinan dan beberapa lagi bahan interaktif sebelum dan selepas acara berlangsung.

Kredit To:Berita Harian

Thursday, April 28, 2011

Ibu Oh Ibu...

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.

petikan dari cari.com.my.....

Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!

Ni info yang berguna untuk kita semua...

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika..

Wallahualam...


Kredit:-cari.com.my

Wednesday, April 27, 2011

BERITA HARIAN METRO...Dukung Isteri Tak Bernyawa...

Gempar se Malaysia dengar berita pasal ni tadi pagi...ni beritanya dari Harian Metro Online...

Dukung isteri tak bernyawa
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma.

Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri.


Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah.

“Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri.


“Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut,” katanya.

Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup klinik berkenaan untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit,” katanya

Perubatan Tradisional Dari Sudut Kajian Sains...

Petua-petua lama amalan nenek moyang ada yang dapat memulihkan sakit seperti demam.batuk,sakit perut dan sebagainya,malah ada yang serasi dengan badan manusia berbanding dengan bahan kimia atau dadah..Akan tetapi yang mana satu...

1.Halia
Petua Lama:Bagus Untuk Melegakan perut
Kajian Sains:Juga mampu menghilangkan rasa loya

2.Epal
Petua Lama:Makan sebiji epal sehari menjauhkan anda dari doktor
Kajian Sains:Pendapat ini dianggap keterlaluan,apa pun kulit epal adalah sumber terbaik guercetin,sejenis antioksidan dan didapati mampu menurunkan tahap tekanan darah,lelah,alahan dan serangan jantung.

3.Madu
Petua Lama:Mempercepatkan penyembuhan luka
Kajian Sains:Ya,luka kebakaran bertahap ringan sehingga sederhana (tetapi bukan jenis luka lain)pulih lebih cepat sekiranya anda menyapu madu di atas kulit terbakar tersebut.Mungkin kerana madu mencipta keadaan antibakteria yang lembap sambil membantu merangsang pembentukan tisu baru.

4.Tidur Dalam Bilik Berhawa Dingin
Petua Lama:Akan menyebabkan anda selsema
Kajian Sains:Ada kemungkinan pendapat ini betul.Penghawa dingin akan mengeringkan pelindung mucus sepanjang laluan nasal,yang memudahkan virus menjangkiti anda.Virus juga berkembang lebih pantas dalam hidung yang sejuk.

5.Makan Coklat
Petua Lama:Akan menyebabkan jerawat
Kajian Sains:Kemungkinan.Coklat mungkin merangsang pertumbuhan jerawat tetapi penyebab utama mungkin gula,susu dan pengisian berkrim.Bukan koko

Sumber:Majalah WANITA,Julai 2010.
Untuk Rujukan Bersama....

Monday, April 25, 2011

Chocolate Cake....pasti nak lagi...




Buat kek coklat untuk kazen sebelah hubby yang birthday,mula-mula minta kek butter cheese,memandangkan tiada stok cheese di supermarket keningau,maka saya pun bagi choice kek coklat...alhamdulillah sedap banget...yang ni kek kedua,bake dua kali..untuk makan-makan dirumah,dah d request oleh Asyreen buat untuk dia jugak sebab nampak saya buat kek coklat untuk kazen sebelah hubby...

My Sardine Puff...Yummy...



Inilah juadah minum petang...resepi yang paling mudah dibuat...dalam sejam agaknya boleh lah siap...saya guna roti prata jenama Kawan utk pastri dan inti sardine,saya gorenng campur dengan bawang besar...tapi jangan terlalu banyak minyak untuk menumis dan kuah sardin tu,dikurangkan,campur gula dan garam skit utk perasa...
Lepas tu tunggu sejuk,saya buat ala-ala karipap,sapu kunig telur atas puff,bakar di oven dalam 20 minit gitu...atau hingga masak,bergantung dengan oven memasing yerr....selamat mencuba..heheee

Thursday, April 21, 2011

Kebaikan SERAI....

Serai adalah ramuan masakan di negara asia terutamanya..Bukan sahaja sebagai ramuan masakan tetapi juga digunakan dalam perubatan tradisional.Ekstrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.Minyak aromaterapi serai dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit,pewangi,sedatif dan tonik...

Antara khasiat-khasiat dan lkelebihan serai ialah..

Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi.Ia mampu mengurangkan dan melegakan sakit otot,sendi,sakit gigi dan sakit kepala.

Bahan anti kemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan,semangat,kekuatan mental dan melawan kemurungan.

Ia juga mampu mengurangkan angin dalam usus bahkan menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.

Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati,pankreas,buah pinggang,pundi kencing dan saluran pencernaan.

Ia mampu mengurangkan asid urik,kolesterol,lemak berlebihan dan toksik lain dalam tubuh.Penggunaannua juga mampu merangsang pencernaan,pengedaran dan susu ibu.

Satu kajian mendapati dalam setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena,sejenis antioksidan yang dipercayai oleh para saintis mampu mencegah kanser.

Minyak serai juga berpotensi sebagai ubat sapu bagi menentang keratomycocis iaitu sejenis inflamasi kornea yang berkaitan dengan penglihatan kabur dan rasa panas.

more info:Mingguan Wanita,Disember 2010...

Wednesday, April 20, 2011

My Puding Roti..my versi..





Ni la puding roti versi tidak perlu dibakar,lepas dan dun dan..masuk esbok,maka jadilah selepas keras...macam buat agar-agar atau puding gitu....heheee

kalau nak resepi..bagitau yerr....

Tuesday, April 19, 2011

Resepi Red Velvet..Versi Kedua....Thanks cikmin...

Resepi Red Velvet Cake
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – cikmin guna tepung kek
1 tsp baking powder – tak guna
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua – sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu cair dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka
tsp baking soda
Topping – Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone – cikmin tak dapat stok ni kat bakery sini
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

**Untuk cara-cara buat kek ni boleh lah korang terjah ke blog irma,
thanks cikmin sebab bagi resepi nie....

Read more: http://cikmin.com/2011/01/red-velvet/#ixzz1JycxGXct


Read more: http://cikmin.com/2011/01/red-velvet/#ixzz1JycU0TQu

Resepi Red Velvet (Kek Baldu).........

Bahan-bahan ( 9 inci / 23 cm )

2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
1 SK garam
2 SB sebuk koko
1/2 cwn mentega
1 1/2 cwn gula
2 biji telur
1 SK esen vanila
1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit)
2 SB pewarna merah (resepi asal)
1 SK cuka
1 SK baking powder

BAHAN TOPPING
250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.

Cara-cara

Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).

Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
Masukkan pewarna merah.

Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking powder(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.

CREAM CHEESE TOPPING
pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.

Resepi Cotton Soft Japanese Cheese Cake.....sedapnyerrr...

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Resepi Pisang Goreng Cheese...

BAHAN-BAHAN UNTUK PISANG GORENG

1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa)

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

1 biji telur

1 sudu butter

Secubit garam

Perwarna kuning atau serbuk kunyit

Minyak masak secukupnya untuk mengoreng



BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

Keju Cheddar (diparut)

1 sudu kecil susu pekat manis

1 sudu kecil butter



CARA PENYEDIAAN

1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan 1 sudu butter di dalam bancuhan tepung serta sedikit garam.

2. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan(deep fry).

3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Monday, April 18, 2011

Resepi Cotton Cheese Cake...thanks fb frenz yg tak lokek dgn resepi nie...

Bahan2:
250gm cream cheese
50gm butter
100ml fresh milk(saya guna susu tepung + 100 ml air)
140gm castor sugar

60gm superfine flour
20gm corn flour
6 egg yolk
1 tbsp lemon juice

6 egg white
1/4 tsp cream of tartar

Direction,
1-In a pot,combine cream cheese,butter,fresh milk and sugar,melt these ingredient through double boiler until smooth.set aside to cool it off.
2-Add in superfine flour and corn flour.beat until smooth.Add in eggs yolks and lemon juice.beat again.
3-whisk the egg white with cream of tartar until look like meringue or form..
4- combine the cream cheese mixture and egg white (no.3) together..beat again until smooth..
5-grease and flour a round mould.pour in the mixture into the mould.
6-using steam bake method..put the mould in preheat oven..

**160 degree celsius for 1 hour and 10 minutes..(saya bakar 1 jam 1/2)

Saturday, April 16, 2011

PANDAN...petua tradisional untuk menghalau lipas...dan utk kecantikan...

Pandan merupakan sejenis tanaman yang tumbuh di kawasan tropika di asia.Baunya yang harum dan unik biasanya digunakan dalam masakan dan petua tradisional,pewangi dalam rumah contohnya...selain untuk menghalau lipas...

Daun pandan boleh juga digunakan dalam merawat kesihatan,kerana ia mempunyai anti karsinogenik,antiseptik dan antibakteria.Juga boleh menyembuhkan pelbagai luka,kusta dan penyakit cacar.

Daun pandan juga berguna untuk pelega kesakitan dan digunakan unuk menyembuhkan sakit dada,sakit kepala,arthitis,sakit telinga dan sebagainya.Jika daun pandan dikunyah,dikatakan mampu menghilangkan sakit gusi...

Daun pandan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan kejang dalam perut dan penyembuuh kepada wanita yang lemah selepas melahirkan bayi...

Jika dicampurkan dengan herba lain,juga dapat menghilangkan kelemumur dan menghitamkan rambut.

Menghitamkan rambut:Potong daun pandan,rebus dalam air,hingga air berwarna hijau.Embunkan semalaman,keesokannya masukkan tiga biji buah mengkudu dalam air daun pandan.Sapukan ke rambut selama 10-15 minit dalam 3 kali seminggu...

Rambut berkelemumur:ambil 7 helai daun pandan dan giling menjadi halus,campur dengan 1 atau 2 cawan air.Sapu di kepala selama 10-15 minit.Biarkan seketika dan basuh rambut.

Walaupun begitu terdapat pelbagai khasiat daun pandan,anda perlulah berjumpa pengamal perubatan tradisional atau pengamal herba untuk lebih kepastian dan mengelakkan keudaratan di masa akan datang...

Friday, April 15, 2011

Mahalnya Ikan Patin Di Pahang....

Baru-baru ni keluar berita pasal makan ikan patin di sebuah restoran dalam daerah Pahang dikenakan caj rm......huhhhh..boleh tahan jugak harganya...ni sekerat beritanya,terima kasih cari.com.my atas infonya...

TEMERLOH 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan,beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.

Thursday, April 14, 2011

Resepi Lamb Chop (Grill)....favourite punyaaa...

Bahan-bahan:

Daging kambing (yang khas utk buat lamb chop)*ada jual di cold storage...
Sos Lea & Perrins
Sos Tiram
Sos Lada Hitam
Kicap
Air limau / lemon - ikut banyak (agak2 la yerr...dlm sebiji dah cukup)
Gula
Bawang putih - guna banyak skit yerr...ditumbuk halus

1.cuci daging kambing dan perap dengan bahan-bahan di atas.
2.Perap dalam semalaman / sehari,simpan d peti sejuk...
3.Panggang dalam kuali atau oven...


siap...sedap..selamat mencuba kepada yang bertanya....

Apa anda rasa jika anak anda diperlaku sedemikian rupa...

Tuesday, April 12, 2011

Butter Cheese Cake...my versi..hehee

Kek ni dah selalu buat..alhamdulillah menjadi favourite my family..


Bahan-bahan:

3 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder n bikarbonat
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/4 gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur

Cara:
1.Panaskan oven..
2.Dalam mixer,masukkan minyak jagung,gula,putar mixer kelajuan sederhana.
3.Masukkan telur,satu persatu..putar hingga kembang..
4.Masukkan tepung,selangseli dengan susu segar / susu cair..
5.Putar lagi hingga kembang dan sebati...
6.Masukkan ke loyang,bakar dalam 45 minit..Suhu bergantung dengan oven memasing yerr...

Tunggu kek sejuk..baru letak butter cream / butter cheese cream,terpulang pada minat masing-masing...

Frosting cheese:

1.Cheese cheedar - 150 gm (diparut atas kek yg diletakkan cream dulu)

Butter Cream:

1.Butter - 200 gm
2.Gula kastor - ikut suka (suka manis lebihkan gula...)

-dimasukkan dalam mixer,pukul hingga ringan dan putih,barulah sapu atas kek..

Kek..Japanese Soufle Cheese Cake...emmm sedapnyerr...

Kek ni buat semalam..hehee..alhamdulillah menjadi jugak...
ni resepinyer...
Bahan-bahan:
# 250g krim keju (suhu bilik)
# 50ml susu segar
# 4 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
# 100g gula kastor
# 30g tepung jagung
# 2 sudu besar jus lemon(*tak pakai pun...ok jugak..)
# 1/2 sudu kecil cream of tartar

Cara-cara nak buat:
# Panaskan ketuhar pada 175C. Griskan loyang 18cm dengan kertas minyak.
# Pukul krim keju di dalam mangkuk. Masukkan susu dan terus memukul dengan kelajuan sederhana.
# Masukan 50g gula, kuning telur, tepung jagung, jus lemon dan cream of tartar. Kacau sebati.
# Pukul putih telur hingga kembang dan ringan. Masukkan baki 50g gula, sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga kembang.
# Kaup balikkan separuh adunan putih telur ke dalam bancuhan krim keju. Kaup balikkan baki putih telur ke dalam adunan.
# Bakar dengan kaedah Bain Marie selama 45 minit.

*lebih sedap simpan dalam esbok..supaya rasa lebih umpphh...

# Bila dah masak,tutup api oven,biarkan di dalam tin pembakar hingga sejuk. Bila dah betul2 sejuk, bolehlah keluarkan dan hias dgn lemon cheese frosting.
# *** Utk lemon cheese frosting, pukul semua bahan dengan mixer hingga gebu dan hiaskan atas kek.

Bahan buat lemon cheese frosting:

# 125g krim keju
# 30g gula kastor
# 50g fresh cream
# 2 sudu besar jus lemon

selamat mencuba....sedapppp...

Dakwaan Telur Ayam Tiruan ...sebenarnya telur ayam asli...

Mula-mula cerita pasal telur ayam tiruan beberapa hari lepas..sekarang ini telah disahkan bahawa telur ayam yang dikatakan tiruan tu sebenarnya adalah asli tetapi aspek fizikal dan tidak sesuai dijual kepada orang awam...begitulah ceritanya...huhhh..lega rasanya..
Akan tetapi kalau di daerah Keningau ini,masih lagi lah boleh dipercaya telur-telur ayam dan ayam-ayamnya,maklumlahh masih lagi sahih dan dipercayai sumber keluarannya..heheheee....

Monday, April 11, 2011

Hari Ini Isnin....11 April 2011..

Hari ini Isnin....ready siapkan anak ke sekolah,masak pagi dan pergi kerja lepas menghantar anak ke tadika SCA (sabah chinese Association)...
selalunya hari isnin,jadual agak padat dan kadangkala kelamkabut sikit terutama anak-anak yg pergi sekolah,mungkin sebab cuti 2 hari hujung minggu...
Cuti 2 hari di rumah saja..sambil2 buat cupcake dan puding roti...hehee..nanti cerita pasal resepi...hari ni tidak dapat upload gambar la pulok..huhu...

Monday, April 4, 2011

Anak-anak ku....permata hati....




Sejak dua tiga hari ini,ketiga anak-anak batuk dan selsema..semalam pun tak cukup tidur sebab my little girl pulak demam,mungkin rasa tidak selesa,susah sangat mau tidur,berjaga lah kami berdua,berganti-ganti mendodoi si kecil...aduhai..cepat la sembuh anak-anakku...

April 2011...

Selamat bertemu dan bersembang di rumah ku ini..lamaaa sangat-sangat tidak mengepost ceta-ceta terbaru..mungkin disebabkan ada facebook,jadi terabailah seketika..hehehee
Cerita hari ini,takdalah yang heboh-heboh..baru tadi kami di opis ada perasmian Braille untuk Keningau..harap-harap orang Keningau adalah datang terutama untuk golongan-golongan yang memerlukan Braille..bagus sangat-sangat...