Nuffnang

Monday, December 30, 2013

Doa Keluarga Bahagia



Amalkan setiap hari selepas solat...insya allah..


semoga kita mendapat manfaatnya...:)

Pesanan Dato' Dr. Hj.Fadzilah Kamsah pasanglah niat sebelum bekerja setiap hari

Just perkongsian ilmu dengan apa yang disampaikan dengan Dato' Dr.Hj.Fadzilah Kamsah yang baik kita amalkan sebelum melangkah keluar rumah...kan...selalu tu memang pasang niat nak bekerja sebagai ibadah dan sumber mencari rezeki.....bila ada selitan dan bagaimana untuk kita meraih pahala sepanjang seharian bekerja maka haruslah kita take note kannnn....insya allah...yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jahat tu dari manusia itu sendiri.....Just muhasabah diri sendiri dan audit mana-mana yang kurang kann..ada hari ni dan esok lagi kita berada dalam tahun 2013 ni....check it out......:)

Ni la saya ambil dari fb Dato' Dr.Hj Fadzilah Kamsah....

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Allah berikan ganjaran kpd setiap amalan kita berdasarkan kpd niat kita. Menurut guru saya, org yg tak pasang niat bila pergi kerja, akhir bulan akan dpt gaji & akhir thn mungkin dpt bonus. Tapi mrk tak dpt pahala! 

Justeru, pastikan kita pasang niat2 yg murni bila nak pergi kerja. 

Sbg perkongsian, antara niat saya bila nak pergi kerja setiap hari: 

1. Nak cari rezki yg halal, 
2. Nak cari ilmu yg berguna utk di fahami, di hayati, di amalkan, di sampaikan & mendoakan guru2 kita, 
3. Nak kongsi ilmu dgn semua yg mahukan ilmu,
 4. Nak senyum kpd semua org yg di temui,
 5. Nak beri salam kpd semua org yg di temui, 
6. Nak buang dosa dgn kerja kuat. Bila penat waktu ptg, maka kepenatan kita akan hapuskan semua dosa kecil (maksud Hadis), 
7. Nak Allah sembuhkan penyakit-- bila dosa terampun, maka Allah akan sembuhkan penyakit!
 8. Nak cari kawan baru, 
9. Nak jumpa kawan lama, 
10. Nak rangsang orang lain berubah, 
11. Nak jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. 

Bila kita pasang berberapa niat yg murni, Allah akan berikan pahala atas setiap niat, berikan ilham utk jayakan niat & beri kekuatan & semangat. Moga kita sentiasa pasang niat murni setiap kali nak pergi kerja & Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Kalau sesiapa yang belum add / like fanpage Dato Dr.Hj.Fadzilah Kamsah...boleh baca update status beliau disini yerr....
Klik Sini untuk Pautan Di atas 

Thursday, December 26, 2013

Upgrade Diri Di Penghujung Tahun 2013...

Saya just share ilmu dari Datuk Dr.Maznah Hamid di laman facebook beliau yang sungguuh bermanfaat untuk semua orang terutama diri sendiri....

Maklumlah sepanjang sesaat,seminit,sejam ,30 hari,12 bulan macam-macam benda berlaku dalam hidup seharian
 ada yang terkurang dan terlebih..so,hujung tahun tu renungan pencapaian samada semakin baik atau tidak,semakin meningkat kah tidak....

so just renungan dan muhasabah diri...insya allah...
 
‘UPGRADE’ NILAIAN DIRI MU

Bila dah penghujung tahun ni, mari sama-sama kita audit diri masing-masing. Sejauh mana pencapaian sahabat sepanjang tahun ini. Menurun..meningkat atau mendatar saja?

Setiap insan mempunyai nilaian diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-mana pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkan begitu menyakitkan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari oleh diri kita sendiri.

Bagaimana meningkatkan nilaian diri anda :

1.BINA KEYAKINAN DIRI .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ. Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya . Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

2.DAMPINGI ORANG LAIN.
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang. Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .


 3.BERTOLAK ANSUR DENGAN KESEMPURNAAN.
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin.

4.JAGA PERWATAKAN DIRI.
Perwatakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.DAPATKAN KEREHATAN.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan .

Tuesday, December 24, 2013

Bread Pizza.....

1 slice bread pizza
yang ni fav my kids...
dah tu paling senang dibuat....
asalkan ada sosej,daging ayamkah,daging kisar sama cheese dan butter
masukkan dalam oven,bakar dalam 8 minit gitu...
p/s ikut oven memasing yerr..nanti ada yang hangus...:p


Kasi potong kecil-kecil supaya anak kecilku senang mamam..kikikii


Yang ni request my hubby...bread chicken pie...hmmm sedappppp
saya buat ni dua lapis jer...
kalau sampai 4 lapis pon sedap...
bagagian init tu kasik lebih dan  lembabkan lagi dengan susu,
so bila time bakar tu tidaklah terlalu kering...
dan kali ni saya tambah tabur dengan parmesan cheese supaya 
rasa  cheese tu lagi umpphhh.....heheee


ho..ho..ho....sedap hingga menjilat jari kaki....
hahaaaaa....


Layan jerla gambar-gambar tu...cara masak dan bahan pun dah saya share sesama..mana la tau nak buat jugakkan
Kids sekarang ni menu makanan dorang kenalah kreatif...asyik memanjang makan nasi kadang tu boring jugak...kalau tidak makan nasi..bagilah makan gantian yang berkhasiat contohnya macam diatas...Mak budakpon malas jugak selalu makan nasi...hahaaaa....
Kalau menu-menu western ada yang simple dan cepat disediakan dan menarik minat makan anak-anak..kita kenalah cuba...gitewww...
chow dulu yaaa....babaiii

Friday, December 13, 2013

My Kids Dinner...Omellette Cheese Sausage

nyum..nyumm
just 1 slice...heheeee

 
sedang menikmati...sedap Adra?
sodappppp.....


Anak-anak ni mamam time dorang berbeza dengan orang dewasa dan apa makanan yang dimakan juga agak cerewet berbanding kita...so...kita ikutkan aje la,yang penting kita rajin menyediakan dan anak-anak happy makan kan???

Love you my kids..muahhhhh

Tuesday, December 10, 2013

Resepi Udang Butter Mayonis


mentang-mentanglah udang tu kegemaran sefamily dan masi ada stok udang..
sebelum rasanya 'tawar' lama sangat dalam fridge,jadilah hidangan untuk tengahari kemarin...
(kemarin daku cuti,anak kecil demam....huhuu)
mudah saja resepinya nie....yg penting bahan-bahan masakan mesti ada.....hehee
Bahan:
Udang
bawang merah,putih,halia dan serai-tumbuk
mix vege
mayonis -dua sudu makan
butter-satu sudu makan
susu cair-setengah cawan
kicap cair -2 sudu makan
Cara Masak:
1.Panaskan butter + minyak makan sikit
2.Tumis bawang,halia dan serai....
3.Masukkan udang.Gaul sebati
4.Masukkan mayonis,susu cair,kicap cair,bahan perasa dan mix vege.
5.Gaul hingga masak dan kuah menjadi pekat.
6.Siapppppp!!!!!!

Sunday, December 8, 2013

Just Simple Dinner..Udang Sambal,Sup Tauhu N Sayur Campur

udang sambal,sayur campur n sup tauhu
simple plus terjun....
pasal terlampau lapar tahap gaban....
gara-gara ndak mau makan tengahari....
sekali melantak nahhhh....
Udang galah tu jarang-jarang ada berjual di Keningau..sekali pi Hiap Lee,nampak jak terus beli..tapi punyalah mahal..hambik ko 5 ekor jak dah RM30...huhuuu

Udang Sambal...

Sup Tauhu...

Sayur Campur...


Selalu dinner time sebelum solat magrib...jadi lepas solat anak-anak bebas dah buat aktiviti masing-masing
Kalau lambat makan malam...akhirnya lambat la dorang tidur.
Dr.Fadzillah Kamsah ada jugak bagi tips bagi ibubapa,yang waktu makan malam anak-anak diawallkan sebelum maghrib jadi proses pencernaan,waktu tidur dan belajar lebih teratur sikit...
cuma budak-budakkan...jadi time puluk 8 gitu mesti cari makan lagi macam bread atau biskut like supper...kadang tu buat minum panas lagi...makanlah selagi boleh makan,sapa lagi mau makan kan...kalau time demam gitu semua makanan ndak boleh masuk tiada selera....heheheee

Friday, December 6, 2013

Ada Petua Jimatkan Elektrik 2014?Ada....just sharing

Just Sharing...nanti kata i curik2 ajer orang punya...hahaaaa....tapi bagus untuk kita kennn dah tarif letrik dinaikkan jadi haruslah kita ni berjimat cermat penggunaan letrik..dah barang-barang mahal...bawa RM50 macam RM10...mana tahannnnn...#mengomeldah#huhuuu
saya dapat ni dari fb Ensaiklopedia Petua  Melayu Lama ePetua

A. PETI SEJUK

1. Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.

2. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.

3. Jangan selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

4. Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun.

5. Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.

6. Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan.

7. Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.

8. Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.

9. Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

B. PENDINGIN HAWA

1. Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas.

2. Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ÂșC.


 3. Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari.

4. Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.

5. Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

C. MESIN BASUH

1. Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya anda membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

2. Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian.

D. KOMPUTER

1. Gunakan komputer riba atau komputer yang mempunyai skrin leper.
2. Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

E. SETERIKA

1. Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
2. Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh
digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.


 F. PENCAHAYAAN

1. Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
2. Bertukar kepada lampu jenis fluorosen untuk pencahayaan dalaman.
3. Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang.
4. Gunakan cat warna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

Thursday, December 5, 2013

4 Disember..LOVE..alhamdulillahhhhh

14 tahun mengharungi bersama mengharungi bersama kehidupan dengan rasa cinta dan kasih bersama insan tersayang dikurniakan 3 cahaya mata sebagai penyeri hidup kami....
syukur alhamdulillah kepadaMu ya Allah atas segala rahmat dan kurniaMu untuk kami sekeluarga dalam mengharungi kehidupan didunia ini........


syukran jazillan.....



Roses Pink...wanginyaaaa


Heheee...sebenarnya ni bunga kedua dirembat tadi...
saja bagi new entry supaya tidak bergaduh...
wakakaaaaa....
lain tajuk..
lain colour
yang ni jenis wangiiiiii
macam wangian perfume roses tu...
next warna yang ada tanya dengan penjual tu ada kuning dan purple...
haihhh... ni kali la...kena tunggu dia bawa ke tamu laini
hubby bilang beli bunga rose  yang wangi-wangi jak bah...
amboiiii....
kalo boleh beli semua roses tu berjenis-jenis jadi koleksi
sabarrr...kalau ada 12 warna...
semualah ku beli....
#semangat tu bah,malarrrr#



cantikkan bloooommm.....kedebummm




tuu..ada satu lagi belum keluar bunganya...

lalalaaaaaaa....
senang hatiku melihatnya ...
menjadi koleksi daku...
:)

My new roses...baby rose white

close up sikit....santik owwhhh...


hmmmmm.....belum ada dalam koleksi ni warna..



ini lah hasil rembatan di tamu hari ni...kuikui....
ingatkan tidak dapat ke tamu khamis,sebab hujan lebat awal pagi tadi
jadi rasa malas mau berjalan..mesti becak dan berlopak...huhuuu
tapi hubby bawa juga pi tengok-tengok...
sekali
nah..hambik ko....tutup mata jak la...
#belijangantakbeli#
#kalolapartengokjakbunga#
heheeeeee

Sunday, December 1, 2013

Spagetti Carbonara N Udang Tempura.....

Spagetti Carbonara N Udang Tempura
ala-ala resepi italian ....
tapi kami sekeluarga lebih menyukai resepi daku ini berbanding di sonoo...
kerana lebih ummphhh dan lazat berbanding disonoo rasanya ada kurenggg lerr...
saya cuma lebihkan carbonara biar pekat,daging cincang dan butter (ganti olive oil..xda stok)
......



..........



.................




..........................


tengoklah anak-anakpon gumbira dengan menu terlebihlah sudah....



                    Jommm mamammm....bismillahh               

Saturday, November 30, 2013

Tips Dan Perkara Disunatkan Ketika Bermusafir....

Yang terbaik sebelum kita melakukan perjalanan jauh atau bermusafir atau melancong di dalam Islam kita disunatkan mengikut syariat....

Yang inipun saya copy paste dari fb....

"Baru saya tahu!
 Kita mungkin sering melancong di tempat2 menarik
 tetapi tahukah kita perkara-perkara yang disunatkan ketika bermusafir?
 Antaranya ialah:
1-Memulakan perjalanan pada hari Khamis
2-Memulakan perjalanan pada waktu malam.
3-Tidak bermusafir bersendirian
4-Mengucap selamat tinggal kepada ahli keluarga
5-Berdoa ketika bermusafir.
6-Segera pulang apabila urusan telah selesai.
(Sebenarnya banyak lagi kupasan menarik dan khusus tentang Melancong dalam Islam dalam Majalah alUstaz isu 20 iaitu "Stail Melancong Bersyariat")"


Just sharing sebanyak mana ilmu untuk manfaat bersama...aminnn

Berubahlah.....


Yang ni saya copy paste dari fb Ibu bapa cemerlang....ayatnya pendek sahaja..tapi cukup berkesan dan mantap....insya allah sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri...
Kalau ada orang bertanya, 
"Macam mana nak ubah diri kita?"

Jawapannya mudah sahaja. 
"Ubahlah cara kita memandang segala sesuatu, 
 usaha untuk bersihkan hati 
dan
 pemikiran kita
 dan
 baiki keyakinan kita kepada Pencipta segala sesuatu. 
Kerana kekotoran yang kita selalu nampak pada orang lain adalah sebenarnya kekotoran yang melekat pada diri kita sendiri."

Dunia tidak perlu berubah, 
yang perlu berubah ialah cara kita memandang dunia. 
Renung-renung kanlah, muga dapat memahaminya.

~ Ibubapa Cemerlang

Friday, November 29, 2013

Salam Jumaat...with my new roses....


Tuuu diaaaaa....hasil pancingan ditamu kemarin....cantikkannnnnn...bunga ros ni sekali bloommmmm wau,sungguh menyenangkan hati,riang gumbira melihatnya.....pssssttt..hanya yang 'gila' bunga-bunga sahaja tau bagaimana perasaan itew...hahaaaa





Koleksi ni saya belum ada...sekali time ke tamu khamis tadi tengok-tengok bunga terus nampak bunga ni...apa lagi gatal hati membeli bunga ni....
Petang ni mau beli tanah hitam lagi,pastu mau kasi pindah dipasu besar...heheeeee


Selamat Menjamu Mata......

Wednesday, November 27, 2013

Jaga tepi kain dan suka aibkan orang...oh dunia akhir zaman


Betul jugakkan...entah apalah manusia sekeliling yang nampak tentang diri kita....
konon mereka ini adalah manusia yang cukup sempurna untuk mengaudit diri orang lain....
padahal audit diri sendiri pun tidak pernah lunas..amacam tuh???
Dok sibuk mengata hal orang..sikit-sikit mesti ada ayat pro keluar macam ni contohnya...
                                                     'ehhhh si A tu kan...'
tidakpun gini..
                           'si A bahhhhh potpetpotpet...eiii kamurang tidak tau kah'
                            (propanya.....tukang sebar paling in a.k.a radio berjalan)

ataupun gini....
                                             'kamu bulum tau lagi si A tu....'
                                            (propanya...menjadi PEMBACA BERITA TV3 atau CNN paling latest punya berita..wahahaaaaa)

atau gini lagi....
                                          'ish kalau si A yang buat kerja ni...mesti begini tidak sempurna..malas sia...'
                                       (propa jugakkan ni manusia yang bercakap...konon dia paling pandai buat kerja   la     kunun dan paling berkualiti..ptttttttttt)

Bikin heran bin ajaib jugak...berpuluh tahun sikap / tabiat tidak pandai berubah.........

Jomlahhhhhhh....
Kita sesama mengaudit diri memasing...terutama diri sendiri...sudahkah kita menjadi insan yang paling hebat untuk mencari redha Allah SWT......
Silap-silap diri kita sendiri lagi banyak kurangnya dari orang yang kita potpetpotpet sampai terlilit lidah....


Dalam firasat saya dorang ni kan lebih suka tengok orang lain jatuh...sebab dorang jelesssssssss.....
Memangpun........
Tidakkah mereka takut dengan balasan Allah SWT?
Kalau memfitnah,doa orang yang difitnah tu makbul disisiNya...jadi hati-hati yaaaa....
Tidak pa laaa kan..kita doakan sahaja..semoga Allah membuka pintu hati mereka-mereka ini agar hati tu lebih bersih,positif,semoga bertaubat dengan Allah SWT.....semoga mereka diberi balasan,musibah dan petunjuk dariNya...


p/s:ubah-ubahlah sikap macik pacik oiiiii...umur dah tua......takut tak sempat la pulok.....kamurang tidak merasa bahagia tu dunia dan akhirat...percayalah janji Allah yang Maha Besar....muhasabah diri sendiri jugak....

Tuesday, November 26, 2013

Hujung Tahun Musim Kenduri Kahwin....



Boleh baca kah tidak apa yang Dr.Asri cakap tu?Heheheee...kesian jugak bakal pengantin kan banyak sangat kena 'SAKAT' time nikah...peluh-peluh jantan abis berkeluaran....belum lagi tangan ketar-ketar macam kena penyakit parkinson...nasiblah zaman tu dah daku n hubby dah lalui...





Saya suka dengan ulama ni....my fav ulama..sebab pandangan dan ilmu yang ada dapat kita terima dan cukup untuk umat Islam mengikuti amalan..bak kata Islam Itu Indah atau Islam Itu Mudah....

Jadi janganlah kita menyempitkan pemikiran dan luaskan pandangan tentang Islam..

Keran kita mengetahui bahawa Islam tidak pernah menyusahkan umat manusia.Carilah ilmu insya Allah kita merasakan kemanisan iman dalam Islam....aminnnn

psstt...yang berkahwin tu jangan susah hati ya..anggap sahaja cobaannnnn...heheeee

Saturday, November 23, 2013

Mee Goreng Ayam Special n Bread Beef Pie...saturday special

Hari sabtu banyak masa untuk bermalas-malas dirumah.....masakpun terus special untuk family sebab ni jak masa yang tidak rushing mau kerja..kecuali on duty time weekend masak tu awal sikit macam time hari biasa......


so,hari ni masak special sikit untuk breakfast plus makan tengahari...boleh gitu?heheeee....dorang okay jak,jadi time makan dilewatkan dekat tengahari gituuuu.....(sukahati maknya jak buat rules gitu.....mau relax-relax saja bahh dihujung minggu)
heheee

                                           Baked Beef Pie....request my hubby..our fav

                                           
                                          Mee Goreng Ayam Special....anak-anak fav

Selamat hujung minggu semua....

Tuesday, November 19, 2013

Yummy......Mee Basah Ayam.....

yummyyy..mee basah ayam is my fav..hubby n anak-anakpon suka....

Bahan:
Mee kuning ikut(byk ikut suka),
isi ayam potong-potong (atau tukar daging / seafood),
sayur sawi,
telur sebiji,
tepung jagung,dan serbuk perasa.

Hiasan:Bawang Goreng


Cara masak:

Mee
1.Panaskan minyak,goreng bwg putih,biar wangi dan masukkan mee.Goreng kering .
2.Pindahkan ke pinggan mee  yg digoreng tadi tu.Ketepikan.

Kuah Mee
1.Masukkan air dikuali
2.Masukkan ayam/daging/seafood / apa sahaja kesukaan (ari ni ayam jer)
3.Masukkan sayur-sayuran (sayur sawi,kobis,lobak) *sukahatilah ikut kreativiti/kesukaan memasing
4.Dah mendidih,masukkan bahan perasa,pati ayam,
5.Masukkan telur (pukul sedikit).Kacau cepat2....masukkan tepung jagung utk pekatkan kuah mee.
6.Curah atas mee tadi...siap.taburlah bawang goreng dan lada.....sedap owww...

Sunday, November 17, 2013

DOA APABILA DIZALIMI....






Just sharing.....tau-taulah sekarang dunia akhir zaman...sedapppppp jerr orang-orang yang pendengki,orang segala penyakit hati mau mengenakan kita....so kita sebagai orang yang tidak bersalah banyak-banyak berdoa kepada Allah...orang-orang begitu tidak akan pergi jauhponnn....biar sahaja Allah memberi peringatan kepada mereka samada bagi musibah dan balasan atas perbuatan mereka...kita sebgai hamba Allah hanya berdoa kepadaNya....kerana Allah sebaik penolong untuk kita hambaNya.....serta doa orang dizalimi tiada hijabnya disisi Allah.....aminnn...masya Allah besarnya kuasa Allah menandingi kuasa manusia.....



p/s;dapat ni dr fb jer...

ADuhai......Forever Alone ...N...Nobody Cares



Sajer jer  mau tayang gambar ni...sebab bila tengok dfb punya la lawak siot....bayangkanlah ingatkan adalah 'tukang suap'...rupa-rupanya gitu jadinya...hahaaaaaaa

Jadi jangan suspen dengan tajuk entry ari ni....sajerrr jerrr buat kongsi ketawa dengan uols.....




                                                                       >1


                                                                       >2


                                                                       >3



Tadaaaaaaaaaa.....hekheleeeee.....





sakit perut tawa awal pagi.......


pssssttt...jangan ditiru gaya keseorangan begitu......


Kredit To:fb OhMedia



Saturday, November 16, 2013

Panduan Untuk Diri......

Alangkah elok jika jika dapat mencontohi sfat Rasulullah SAW  yang luhur pekertinya......

dan sentiasalah mengaudit diri sendiri sebelum mengaudit diri orang lain...masya Allah....banyaknya aib diri sendiri dan kekurangan akan tetapi nak sibuk pulak dengan kekurangan diri orang lain....MUHASABAH DIRI....

semoga diri ini dan keluargaku dlindungi Allah S.W.T dan dijauhkan dari fitnah,dijauhkan dari tipudaya manusia dan godaan syaitan....aminnnnn ya Rabb...


Thursday, November 14, 2013

Copy paste from fb....

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".
by fb:Saiful Nang
 

Wednesday, November 13, 2013

Hadiah Untuk Kawan....sedihnyaaaaaa

yang ini hadiah kami satu seksyen...
kami discuss mau bagi hadiah apa utk kawan kami yg akan meninggalkan kami dr opis sebab dah mau pencen....sodihnyaaaaa....
oleh kerana dia ni sukaxpinggan mangkuk...so kami hadiahkan pinggan vantage sebagai hadiah kenangan dr kami...semoga bila time makan tu ingat-ingatlah kami mau minta belanja makan....muahahahaaaa.....kin panassssss
miss you n luv u my fren.....we will miss u.......sad..huhuuuuu

Resepi Sup Ketam Untuk Demam Denggi

Bahan:
2ekor ketam
2 biji buah pelaga,kayu manis pjg jari kelingking,bunga lawang sekuntum
Bawang putih-5 biji
Halia sebesar ibu jari diketuk
serbuk lada hitam atau lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Bawang goreng,daun sup n bwg

Cara:
1.Panaskan minyak,tumis bwg,rempah sampai naik bau.
2.Masukkan bawang putih,halia dan biarkan seketika.
3.Masukkanair,serbuk lada,garam.Biar mendidih.
4.Masukkanketam.Biar 5-10 minit.Biar air ketam sebati kuah.
5.Matikan api.masukkan bawang goreng,daun sup dan bawang yg diracik.


kredit n via:ensaiklopedia petua melayu lama(fb).......

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia Part 1(emas)


"TIADA DAYA UNTUK MENGHINDAR DARI KEDERHAKAAN DAN TIADA KEKUATAN UNTUK MELAKUKAN KETAATAN,KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH"

Just sharing with my fav book....tajuknya tuuuuu yg diatas..ambil gambar lagi.....heheeeee

1.Emas Pertama;Wanita Yang Melawan Penindasan

'Apa yang berlalu biarlah berlalu;
cita-cita adalah harapan yang belum pasti;
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani

Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.Jadi,renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini(Aisyah Radhiyallahu'anha)sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukminin.Kenapa Allah menadikannya model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?

Notes:
Disana ada suatu tempat di barisan
terdepan,tetapi menuntut anda untuk
menambah peningkatan dan kesempurnaan
dalam setiap hal yang anda amalkan.

2.Emas Kedua:Anda Mempunyai Segudang Nikmat

'SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN'

Kelembutan Allah betatapun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata terpejam
'....saudariku,sesungguhnya kesulitan itu pasti ada kemudahan,setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti akan ada siang.Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlaku,pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap,segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah....

Notes:Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati

3.Emas Ketiga:Cukuplah kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah

'ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI MEMBERIKAN KEMUDAHAN'

Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu,dimanakah Allah dan takdirNya?

Sabda Nabi Muhammad :
'Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya,mengerjakan solat lima waktunya,memelihara kehormatannya,nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya.(Hadith riwayat Ahmad)

Notes:Bukan Emas Pertama yang mempercantikkan anda,melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda


psttt:untuk rujukan saya....insya allah juga utk anda....syukran alhamdulillahhh



Tuesday, November 12, 2013

Nutrisi Dalam Cendawan

Rupa-rupanya cendawan ni banyak sangat khasiat dan kadar antioksidannya cukup tinggi .....saya dapat info ni dari majalah RAPI,15 Oktober 2013....so,saya nak simpan info ni dan kongsi dengan anda semua....

ni cendawan tiram.....selalu beli ni buat sup cendawan..makan panas-panas sedapppppp.....ndak pun tumis jak sama sayur-sayuran style campak-campak pon sodappp.....hahaaaa



Cendawan ni rupanya bukan sekadar sayuran biasa sahaja tetapi banyak nutrisi yang terkandung dalamnya seperti niacin,riboflavin,folat,fosfor,zat besi,panthothenic acid,zink,potassium,magnesium,vitamin B6 dan sebagainya.Beberapa nutrisi yang terdapat dalam cendawan dan baik untuk kesihatan.

Cendawan Juga ANTI KANSER....
Pengambilan cendawan dapat menurunkan sel kanser dan disarankan pengambilannya bagi penghidap ketumbuhan payudara dan prostat.

Kandungan ANTIOKSIDAN
Kandungan antioksidan yang cukup tinggi dapat memperbaiki sistem imunisasi badan,mencegah migrain,membantu meningkatkan metabolisme badan dan sebagainya.





tapiiiii...kalau mau yang sgera punya beli jak la yang macam di atas tu....tinggal letak air dan telur jerrr....hahaaaa


p/s:pas ni rajin-rajinla makan cendawan..jangan takut 'sakit lutut'..(konon bikin gout)..sama badan cepat masuk angin kalau makan time sejuk....heheeee



Saturday, November 9, 2013

Resepi Bread Beef Pie....breakfast pagi sabtu

Morninggggggggggg my kitchennnn......hehuuuu....rasanya boleh tahan macam makan lasagna daging tu...x caya cubala resepi ni....yummmy....alolooooo

Bahan:Bread,cheddar cheese,daging kisar,bawang besar potong dadu,bahan perasa..psssssstt..sy guna pati ayam ajerr,susu krim atau susu cair utk pemekat beef pie anda,ubi kentang potong dadu....
Caranya:Msk minyak atau butter,gorenglah bawang besar yg didadu,masukkan perasa,daging kisar,dan kentang dadu..gaul biar mesra....masukkan susu...dah pekat,tutup api.....sediakan bekas atau loyang atau  apa aje tmpt yg thn panas dlm oven,masukkan bread sekeping,basahkan sikit dengan susu....masukkan inti daging,pastu tutup dengan cheese cheddar...tutup dengan bread lg,basahkan bread dgn susu agar tidak kering sangat....pastu masukkan di oven....bakar dlm 15 minit gitu...



emmmm...dapnya....tapi saya dgn mr.hubby jak makan...anak-anak tidak suka makan....heheeeee

Minum Petang....Kuih Cimpiang.....

Jangan tengok pada luarannya...tapi bila di ngap...waduhhhh ada fight dengan yang makcik berjualan wahahaaaa.....

Resepinya ini....

Bahan:Yis(peket kecil),butter / mentega (3 sudu makan),shortening(2sudu makan),gula(1 sudu makan),air suam (agak2 jer dalam setengah cawan) - benda2 ni semua masukkan dalam bowl n tunggu la dalam 5-8 minit sampai yis tu kembang......

Dah kembang masukkan telur sebiji.....garam secubit.....dan tepung gandum(dalam 2 cawan gitu)kacau sebati...pastu masukkan lagi tepung(agak-agak la),gaul....pastu tu uli dgn tangan sampai tak melekat ertinya dah boleh buat doh....

Pastu jgn lupa letaK inti (inti saya beli ready made jer).....INTI KACANG HITAM ...

Dah tu goreng dalam minyak terendam(saya tunggu doh kembang,isi inti,penyek pakai tangan sampai nipis..supaya inti rata..baru digoreng)....

Cuba la...sedap buat minum petang atau pagi.....Mudahkan resepinya....heheheeee

psttttt:Doh ni boleh jugak buat donat,roti gulung sosej(goreng).....dan satu lagi org Sabah bilang...kuih lingkaran atau kuih racun nyamuk....nanti kalau saya buat saya tempek gambar...hahaaaa

Thursday, November 7, 2013

My baby rose......


suka sangat dengan baby rose ni memang jenis berbunga sepanjang masa kot.....nanti mau beli untuk menambah koleksi bunga rose....heheeeee



Wednesday, November 6, 2013

My Roses.....rose batik



Kek Pengantin Ada Cicak....yawwwwww

Kredit To Sinarharian.com.my

Baca berita ni dapat dari Sinar Harian.....yakssss rasa mau muntah bila makan kek perasa cicak....hahaaaaa..


TIKAM BATU - Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.

Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.

Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.

“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.

“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.

Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.

“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.

“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.

Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
 Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.

Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.

“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.

“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.

Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.

“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya.


Credits: sinarharian.com.my

Monday, November 4, 2013

Kelebihan Surah Taha

                     semoga bermanfaat untuk kita semua.....sharing is caring....syukran

Kelebihan Ayat 128,129 Surah at-Taubah



Dapat ni dari facebook.....sama-sama kita mendapat ilmu dan semoga bermanfaat.....