Nuffnang

Saturday, April 16, 2011

PANDAN...petua tradisional untuk menghalau lipas...dan utk kecantikan...

Pandan merupakan sejenis tanaman yang tumbuh di kawasan tropika di asia.Baunya yang harum dan unik biasanya digunakan dalam masakan dan petua tradisional,pewangi dalam rumah contohnya...selain untuk menghalau lipas...

Daun pandan boleh juga digunakan dalam merawat kesihatan,kerana ia mempunyai anti karsinogenik,antiseptik dan antibakteria.Juga boleh menyembuhkan pelbagai luka,kusta dan penyakit cacar.

Daun pandan juga berguna untuk pelega kesakitan dan digunakan unuk menyembuhkan sakit dada,sakit kepala,arthitis,sakit telinga dan sebagainya.Jika daun pandan dikunyah,dikatakan mampu menghilangkan sakit gusi...

Daun pandan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan kejang dalam perut dan penyembuuh kepada wanita yang lemah selepas melahirkan bayi...

Jika dicampurkan dengan herba lain,juga dapat menghilangkan kelemumur dan menghitamkan rambut.

Menghitamkan rambut:Potong daun pandan,rebus dalam air,hingga air berwarna hijau.Embunkan semalaman,keesokannya masukkan tiga biji buah mengkudu dalam air daun pandan.Sapukan ke rambut selama 10-15 minit dalam 3 kali seminggu...

Rambut berkelemumur:ambil 7 helai daun pandan dan giling menjadi halus,campur dengan 1 atau 2 cawan air.Sapu di kepala selama 10-15 minit.Biarkan seketika dan basuh rambut.

Walaupun begitu terdapat pelbagai khasiat daun pandan,anda perlulah berjumpa pengamal perubatan tradisional atau pengamal herba untuk lebih kepastian dan mengelakkan keudaratan di masa akan datang...

2 comments:

ZAMRE AB WAHAB said...

maklumat sgt berguna.. terima kasih
- Zamre Ab. Wahab

Mass said...

ok..sama-sama...