Nuffnang

Thursday, April 21, 2011

Kebaikan SERAI....

Serai adalah ramuan masakan di negara asia terutamanya..Bukan sahaja sebagai ramuan masakan tetapi juga digunakan dalam perubatan tradisional.Ekstrak minyak daripada serai mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.Minyak aromaterapi serai dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit,pewangi,sedatif dan tonik...

Antara khasiat-khasiat dan lkelebihan serai ialah..

Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit dan inflamasi.Ia mampu mengurangkan dan melegakan sakit otot,sendi,sakit gigi dan sakit kepala.

Bahan anti kemurungan dalam minyak serai boleh merangsang keyakinan,semangat,kekuatan mental dan melawan kemurungan.

Ia juga mampu mengurangkan angin dalam usus bahkan menghentikan pembentukan angin dengan lebih lanjut.

Serai juga dikatakan herba pencuci yang mampu membantu menyahtoksik hati,pankreas,buah pinggang,pundi kencing dan saluran pencernaan.

Ia mampu mengurangkan asid urik,kolesterol,lemak berlebihan dan toksik lain dalam tubuh.Penggunaannua juga mampu merangsang pencernaan,pengedaran dan susu ibu.

Satu kajian mendapati dalam setiap 100gm serai yang direbus mengandungi beta karotena,sejenis antioksidan yang dipercayai oleh para saintis mampu mencegah kanser.

Minyak serai juga berpotensi sebagai ubat sapu bagi menentang keratomycocis iaitu sejenis inflamasi kornea yang berkaitan dengan penglihatan kabur dan rasa panas.

more info:Mingguan Wanita,Disember 2010...

No comments: