Copy paste from fb....
PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.
 
 Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang 
cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran 
akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit 
mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya 
pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri. 
 
 
Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang
 cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut. 
 
 Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak 
masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga 
membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain. 
 
 
Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal 
kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi 
nombor satu?
 
 Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari 
peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk 
ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama? 
 
 
Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. 
Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika
 kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta 
peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak 
mereka". 
 
 Jika di negara maju seperti Finland (sistem 
pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan
 dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan 
kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja. 
 
 Apabila tiada 
peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat 
marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian 
untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan
 untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem 
KOMPETITIF. 
 
 Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang 
tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat 
juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara 
ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. 
Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk 
pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI 
MENGHAFAL TEKS. 
 
 Hari ini, jika anak anda pulang dengan 
sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan 
peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah 
 
 "It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell". 
 
by fb:Saiful Nang
 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment