Nuffnang

Monday, June 13, 2011

Resepi Chicken Nugget..




Homemade Nugget Taufu Resepi II
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)
400gram daging ayam kisar ( ros guna jenama ramli)
250gram taufu lembut
1/2 biji telur
sedikit garam
200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)

*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.


4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

thanks for the resepi dan gambar tu i pinjam jerr dari google..thankssss..

No comments: