Nuffnang

Tuesday, April 15, 2008

10 Jenis Makanan Anti Kolesterol

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

02. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL
Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga
matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
7R DL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya;bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang
sesuai

No comments: