Nuffnang

Saturday, March 29, 2008

3 Anak Dara

Aminah, Sarimah dan Juliana merupakan 3 anak dara kesayangan Pak Abu.
Mereka bertiga jarang keluar secara berasingan dari keluarga.Mungkin memasing
dah meningkat "remaja-remaji' maka Pak Abu memberi kebenaran untuk mereka
bertiga untuk keluar menonton wayang Star Wars yang tengah hangat gilerr
ditayangkan tambahan dgn publisiti yang meluas!!!!Satu aje amanat Pak Abu kepada 3 anak daranya itu.


Pak Abu : "JANGAN KAMU LAYAN DAN JAWAB JIKA DITEGUR LELAKI"


Dan amanat itu nampaknya dipegang teguh oleh ketiga-tiga anak dara
ini.Sehinggalah tamat wayang dan mereka mula landing kat bus stop nak balik umah dah!!!!


Tetiba muncul seorang jejaka yang macho handsome gillerrr!!!Namun amanat
Pak Abu membataskan niat mereka utk megurat jejaka idaman Malaya itu.

Jejaka tu lak tak sombong.Dia buat macam-macam agar 3 gadis tu respons namun hampa!!!Memacam dia cuba.Tak der jugerk!At last dia dapat satu
akal!!!Jeng- jeng!!!


Ketika itu jugerk melintas seekor ANJING liar berhampiran Bus Stop tu....


Jejaka : Eh! Apalah 'KAMBING' ni; tak der tuan ker..sampai dalam KL
sesat!!!Haprak punyer Tuan!!!!(merungut, keras,serius, marah).


Aminah : Ammelah senara ni....inhu mhungan ngambing la...inhu ANNYING!!!!( Apalah saudara ni, itu bukan kambing la..
Itu ANJING!!!)


Sarimah : Ammelah ngammu nhis...mhamha thak magi nyangap lha!!!
(Apalah Kamu ni...Bapa tak kasi cakap la!!!)


Juliana : Nhathip mhaik angu thak nyangap !!!!
(Nasib baik aku tak cakap!!!!)


Jejaka : (Dalam hati : 3 dara SENGAU rupanya!!!).

You And Your Boss

1. When you take a long time, you're slow.
When your boss takes a long time, he's thorough.
2. When you don't do it, you're lazy.
When your boss doesn't do it, he's too busy.
3. When you make a mistake, you're an idiot.
When your boss makes a mistake, he's only human.
4. When doing something without being told, you're overstepping your authority.
When your boss does the same thing, that's initiative.
5. When you take a stand, you're being **g-headed.
When your boss does it, he's being firm.
6. When you overlooked a rule of ettiquette, you're being rude.
When your boss skips a few rules, he's being original.

7. When you please your boss, you're arse-creeping.
When your boss pleases his boss, he's being co-operative.
8. When you're out of the office, you're wandering around.
When your boss is out of the office, he's on business.
9. When you're on a day off sick, you're always sick.

When your boss has a day off sick, he must be very ill.
10 When you apply for leave, you must be going for an interview.
When your boss applies for leave, it's because he's overworked.

Pose Baby Asyreen Maisara





Thursday, March 27, 2008

Tanjung Aru Beach...

Lepas balik dari zoo sabtu lepas,petang tu nampak pula cahaya matahari petang yang cantik dipantai sepanjang perjalanan pulang ke kk,alif paling excited mau turun ke pantai,jadi kami ke pantai tanjung aru....
punya happy sakan mereka,main air,alif buat istana pasir yang tidak berapa jadi..asyreen seronok sekali main air dan ombak,sampai kan tidak mau pulang
so,next time we came again...insya allahhh

















Membawa Anak-Anak Ke Lok Kawi Wildlife Park

Time ni la anak-anakku bergembira ria,sebab dah tertunai janji mau bawa melawat ke zoo lok kawi,time cuti sekolah tu tidak jadi bawa ke sini.....walaupun time hujan dan time kami ke sana tu masih ada kesan-kesan hujan..tapi my kids very happy...




















Saturday, March 15, 2008

Koleksi Lawak Sengal

Lawak 1:Kaunselor Yang Baik

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…



“… Saya adalah penjaga gol!”



Lawak 2: Sakai Kuala Lumpur

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

” Pak, itu amenda pak?”
Bapak menjawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si Bedah kepada Bedah…

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

Lawak 3: Rolls Royce

Setelah menyimpan wang selama 20 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli keta idamannya…Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak $10 lagik..

“Tunggu Jap,” kata Zariff kepada jurujual

Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia… Tiba2 dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper…

“Encik! Tolong pinjamkan saya $10. Saya nak beli keta Rolls Royce,”kata Zariff kat mamat tu.

Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik… dia pun kata…..

“Nah! Amik $20 ni. Belikan saya satu!” kata mamat tu selamba…….


Lawak 4: Minyak Wangi Tumpah


Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .

Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.

Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

“Aduh cik..ngapa tempat ni basah ya”…

Jawab gadis tersebut “Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada”.

Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab..”Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya.”….. ~kantoi~

"Bunga-Bunga Cinta.....Kundasang Ranau