Nuffnang

Tuesday, March 31, 2009

Penyakit Orang Yang Ada Keyakinan Diri

Kiriman email dari iMotivasi,untuk dikongsi bersama-sama

Usahlah berlagak seolah-olah tahu semua perkara. Kelak nanti orang akan perasan yang kita buat-buat tahu walhal kita sebenarnya tak tahu. Orang sekarang bijak-bijak belaka. Sebelum Anda terkena, baik sedar. Jika Anda tak tahu, lebih baik cakap tak tahu dari buat-buat tahu. Nanti bila dah terkena, malu!.

Silap kebanyakan orang yang konpiden adalah terlalu banyak bercakap. Kekadang orang lain sedang bercakap, dia tetiba mencelah pastu dia nak orang lain dengar cakap dia, pendapat dia, idea dia. Mana leh camtu. Kena respek orang juga, tak leh main hentam masuk begitu saja.

Penyakit orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan over-confident. Hati-hati. Anda dah tahu, dalam usaha mengejar kecemerlangan, kita kena konpiden, yakin boleh buat dan ada ‘feel’ yang Anda boleh buat. Tapi jangan sampai terlebih pulak, hinggakan Anda melakukan kesilapan hingga terlepas segala-galanya sebab dah terlalu yakin. Pasal apa leh silap?

Over konpidenlah tu.

Macam memandu jugak. Kekadang ada orang memandu laju, entah hape yang dikejornye. Statistik kemalangan terkini menujukan, pemandu yang kerap mengalami kemalangan adalah pemandu yang memandu dengan laju. Ni serupa dengan over konpiden la ni. Silap sikit, habis nyawa melayang.

Dalam hidup kita tidak boleh terlalu kelam kabut. Sesetengah situasi, memang kelam kabut itu perlu. Tapi sikap berkelam kabut jangan selalu dipakai untuk semua situasi dalam hidup kita sehari-hari. Kelak nanti merana sendiri. Memandu ke, berjalan ke, buat kerja ke, memasak ke, bercakap ke, tak yah kelam kabut. Biar tenang.

Fikiran Positif Kerjanya Membina

Kiriman Email iMotivasi untuk dikongsi bersama....

Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pagi tu kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua OK saja, hebat hasilnya.

Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi bila seseorang berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja hepi saja, turun gi kerja pun bersemangat, tetiba rasa seronok bekerja. Jika tiap hari leh camni, maka tak mustahil orang tu boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan kita ni adalah kurang menjaga fikiran positif yang dah terbina.. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita dikelilingi orang-orang yang berfikiran negatf lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan kita jugak. Kalo kita nak fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalo nak fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita kena kuat, tak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerja dia membina. Fikiran negatif keje dia memusnahkan.

Friday, March 27, 2009

A few tips from Dr Fatma Al Zahra...just to share...

From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class

How to use the Surah Al Fatihah

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water.
Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning
and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.
Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door)
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the
"langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.



All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.



Untuk yg berhajat:

(percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan
penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang;
sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar
sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg
MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.


Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik.
InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.
Wallahualam.

Notes taken fm Ust! Fatma's last lecture session taken
by her closest friend, Ani:-



Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
&n! bsp; " Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup
muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38,
pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum.
(air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya
dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala.
Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

Thursday, March 26, 2009

Lagi email motivasi....untuk dikongsi bersama

Cara lain untuk Anda nak bersemangat ketika emosi negatif menyerang adalah merubah perhatian kepada sesuatu yang menyeronokkan. Ketika emosi negatif menyerang, ia menjadikan Anda marah, menahan geram, sakit hati atau melayan rasa tak puas hati. Maknanya, Anda sedang berada dalam kesakitan (pain). Bukan kesakitan cam luka tu, tapi Anda berhadapan dengan sesuatu yang Anda tak suka, yang membuat Anda jadi tertekan.

Kita tak boleh hapuskan kesakitan emosi, menghilangkan tekanan atau melupuskannya. Kita hanya boleh kurangkan. Untuk mengurangkan kesakitan (pain), ubah perhatian kepada keseronokan (pleasure). Keseronokan adalah bila Anda bertemu dengan apa yang Anda suka.

Untuk ada keseronokan, Anda kena membuat sesuatu yang menyeronokkan bagi Anda. Selain membuat, Anda juga boleh membaca, mendengar atau merasakan sesuatu yang menyeronokkan.

Merasakan sesuatu? Cemana tu? Gunakan imaginasi. Kira macam syok sendiri la ni. Syok sendiri tak salah, apatah lagi jika ia berguna untuk merubah kita jadi bermotivasi.

Ada orang, bila mengingat semula kenangan manis, emosinya berubah, pastu entah cemana dia jadi bersemangat tetiba. Ada orang, teringat awek dia, tetiba jadi girang semacam. Tadi murung, sekarang dah semangat nak buat kerja!.

Ada orang, nampak gambar idola-idola dia, serta merta timbul semangat membara. Ada orang,bila terasa macam tak bermaya, dia perhati sekeliling, kengkawan dia, meja kerja dia, suasana tempat dia berada. Tiba-tiba timbul inspirasi, kemudian entah cemana dia jadi bersemangat semula. Tadi asyik ngantuk, sekarang dah OK nak bekerja.

Contoh-contoh tadi Anda boleh aplikasikan pada diri Anda. Tujuannya untuk membuat Anda mengawal emosi, menghalang emosi dari mengawal Anda.

Bila Anda dah mahir mengawal emosi, tanpa Anda ketahui Anda dah boleh mengawal tahap arus minda, bahkan Anda boleh memperalatkan minda separa sedar untuk mencapai apa saja target yang Anda mahu, seperti mana Anda memperalatkan kaki untuk berjalan, tangan untuk makan dan mata untuk melihat.

Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi Anda untuk muncul jadi orang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negatif kerana ia meruntuhkan potensi Anda serta merta.

Email Motivasi....untuk dikongsi bersama

5 jenis orang yang patut dijauhi

Jenis orang ketiga yang patut Anda jauhi adalah orang yang asyik bertangguh. Bukan sekali dua dia bertangguh, tapi dah banyak kali, dari dulu sampai le sekarang. Mengapa Anda patut jauhi orang camni? Kesan yang paling kerap berlaku, Anda akan susah dek sikapnya itu. Kekadang, Anda juga akan turut disalahkan sama jika sesuatu hal berlaku, atau sesuatu masalah timbul secara tiba-tiba.

Bukan bermakna kena jauhi habis, tapi jarang-jarangkan diri dekat dengannya. Aura positif Anda akan diracuni oleh sinar aura sikap bertangguh yang terbit dari badannya. Anda akan terikut-ikut, melainkan Anda ada pendirian sendiri dan tetap berdisiplin dalam apa jua yang Anda sedang usahakan.

Jika dia tidak bertangguh dengan cara bijak tapi asyik bertangguh tanpa membuat apa-apa nota peringatan (reminder) Anda kena hati-hati. Dalam dunia bisnes, orang camni adalah bakteria yang mungkin boleh menjangkiti sesiapa saja kerana cakapannya boleh mempengaruhi orang lain. Usahawan yang suka bertangguh, akan mempengaruhi usahawan lain supaya bertangguh sepertinya.

Sama juga dalam dunia pekerjaan (di mana ramai orang bekerja suka bertangguh). Seorang pekerja yang suka bertangguh akan mempengaruhi orang lain supaya bertangguh sepertinya. Alasannya, awal lagi, tak penting atau kerja tu boleh buat di masa lain, relaks dulu sekarang ini. Orang yang suka bertangguh maknanya memandang sesuatu yang penting sebagai tak penting. Jika orang sebegini ada berhampiran dengan Anda, hati-hati.


Orang kedua yang patut Anda jauhi adalah orang yang lebih banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya, kemahirannya dan harta benda yang dimiliki olehnya. Dia selalu bercakap besar dengan nada angkuh tapi tak semua yang dia cakap itu betul. Lebih banyak dia bercakap tentang kelebihan-kelebihan dirinya, lebih banyak kekurangannya terserlah. Kenal pasti 3 petanda kekotoran hati.

Sesiapapun tak suka berada hampir dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan dirinya, kerana itu tanda orang tersebut tidak menghormati orang yang bercakap dengannya atau orang-orang yang duduk berhampiran dengannua. Keangkuhan yang dipamerkan olehnya memberi petanda dia tidak harus dihormati, kerana dia tidak menghormati orang lain bahkan suka merendah-rendahkan orang lain.

Anda perlu jauhi orang camni kerana motivasi Anda akan hilang. Anda jadi tak bersemangat dalam apa jua yang Anda usahakan. Sampai ke satu tahap, Anda akan hilang keyakinan diri kerana fikiran Anda hanya memfokus pada kelebihan-kelebihan yang Anda dengar dari mulutnya.

Kesan lain, ia membuat Anda berfikiran negatif sebab Anda akan rasa sakit hati tiap kali memikirkan orang tersebut. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Nak kekalkan fikiran positif, jarangkan diri bergaul dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya dengan nada angkuh atau menulis sesuatu dengan nada yang sama.

Jenis orang kelima yang patut Anda jauhi adalah orang yang suka bermuka-muka atau orang yang tidak ada pendirian. Anda boleh berada di sampingnya, tapi lama-kelamaan dia akan mempengaruhi Anda. Lantas, Anda turut jadi orang yang tidak ada pendirian, sekejap itu, sekejap ini. Sekejap begitu, sekejap begini. Anda jadi tak ketentuan.

Kesannya pada diri Anda, Anda tak akan tahu area mana satu yang Anda nak berjaya dalam hidup. Anda akan jadi bercelaru, hilang fokus dan hilang momentum. Orang yang suka bermuka-muka adalah orang yang tak ada fokus, susah nak buat keputusan. Sekejap dia cakap itu, sekejap lagi dia cakap ini.

Jenis orang sebegini ada di tempat kerja bahkan di kalangan rakan-rakan Anda. Bila bercakap, sekejap dia sokong itu, sekejap dia sokong ini. Kemudian, sekejap lagi dia lawan cakap itu, dia lawan cakap ini. Perbuatannya itu akan menjangkit pada tindakannya.

Misalnya, ambil contoh dia nak cemerlang dalam pekerjaan.Dia nak skor performance tinggi bulan ni. Belum lagi matlamat tu berjaya dicapai, dia dah ubah fokus. Dia nak bukak bisnes part time, nak jadi usahawan cemerlang. Dia nak skor pulak dalam bidang perniagaan. Kesannya, matlamat nak capai performance tinggi dalam kerja dah terbarai, tertinggal gitu saja tak tercapai langsung.

Anda patut jauhi orang yang tidak ada pendirian kerana cakapan, perbuatan dan fikirannya akan mempengaruhi Anda senyap-senyap. Anda tak akan sedar, sebab ia nampak biasa bagi Anda. Untuk mengelak dari orang sebegini, pilihlah untuk Anda ada pendirian sendiri, matlamat sendiri. Elak untuk tidak terlalu terpangaruh dengan cakapan orang, kerana Anda akan terdirog untuk melupakan matlamat yang dah diset oleh Anda.

Anda berjaya, kurang berjaya atau tidak berjaya, semuanya bergantung pada keputusan Anda, tindakan Anda. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak, ikut pendirian

Thursday, March 19, 2009

Koleksi Petua Untuk Langsing,Kurus...entah apa-apalah....

Hehehe...ini untuk di share bersama-sama...terutama yang empunya blog ini..hehehe,yg semenjak dua menjak ni semakin naik badan,harap-harap dapat la dimanfaatkan....

MENGEMPISKAN PERUT


Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba....

Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar
3. Sebiji limau nipis
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

Langkah-langkah untuk langsing tanpa ubat-ubatan...

JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.





Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Pisang.....Banana....Pisang....Banana

Kaum wanita DINASIHATI memakan sebiji pisang sehari di awal pagi
untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum
air masak sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan yang dapat
dijimatkan

Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.
Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60 tahun
= RM 4320.00 saja

Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x 8
Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 ..
cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan
kesihatan kita.

Going Bananas
Bananas… This is very interesting.
After Reading THIS, you’ll NEVER look at a banana in the same way
again -

Bananas. Containing three natural sugars - sucrose, fructose and
glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and
substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a
strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one
fruit with the world’s leading athletes.

But energy isn’t the only way a banana can help us keep fit. It can
also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and
conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people
suffering from depression, many felt much better after eating a
banana.
This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that
the body converts into serotonin, known to make you relax, improve
your mood and generally make you feel happier.

PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains
regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia :
High in iron, bananas can stimulate the production of haemoglobin in
the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in
salt, making it the perfect to beat blood pressure.

So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the
banana industry to make official claims for the fruit’s ability to
reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at aTwickenham (Middlesex) school were helped through
their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and
lunch in a bid to boost their brain power.

Research has shown that the potassium-packed fruit can assist
learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal
bowel action, helping to overcome the problem without resorting to
laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana
milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and,
with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels,
while the milk soothes and
re-hydrates your system.

Heartburn:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer
from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up
and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected
area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly
successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and at work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at
work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps.
Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese
were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded
that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our
blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two
hours to keep levels steady.

Ulcers:
The banana is used as the dietary food against intestinal disorders
because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit
that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also
neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining
of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see bananas as a “cooling” fruit that can lower
both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In
Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their
baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder
(SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the
natural mood enhancer tryptophan.

Smoking:
Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12
they contain, as well as the potassium and magnesium found in them,
help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,
sends oxygen to the brain and regulates your body’s water balance.
When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our
potassium levels. These can be rebalanced with the help of a
high-potassium banana snack.

Strokes:
According to research in “The New England Journal of Medicine “eating
bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by
strokes by as much as 40%!”

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off
a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with
the
yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or
surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you
compare it to an apple, it has four times the protein, twice the
carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A
and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich
in potassium and is one of the best value foods around.

So maybe its time to change that well-known phrase so that we say,
“A banana a day keeps the doctor away!”

PASS THIS ON TO ALL OF YOUR ON-LINE FRIENDS and FAMILY

p/s : Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time

Tuesday, March 17, 2009

Berapa size cup breast anda????..........

Saja-saja...iklan utk smua


Agak-agak berapakah size cup breast bagi kebanyakan wanita di Malaysia?

Petikan dari cari.com......(utk renungan bersama....)

PETUA NENEK & KATA IBU (ADA RAHSIA TERSEMBUNYI-untuk para isteri)





Subject: PETUA NENEK & KATA IBU (ADA RAHSIA TERSEMBUNYI)

nasihat untuk diri anda dan juga saya sendiri.. sekadar memanjangkan. ..

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah
one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan
sebaliknya.. .. bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena
rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah,
dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,
ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita
punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila
kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih
yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama
kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya
dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta
sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali
dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!.. . itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan
sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan
serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap
keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita
masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau
selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun
kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak
dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun
sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu
membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan
datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih
teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan
dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah
mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun
anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada
akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada
sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun
memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu
sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan
membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok
baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita
pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di
belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu
beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan
tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu
dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni
bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes
nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian
dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan /
kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kansudah dipesan org
tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua
lututnya... (syahwatnya) . Insya Allah, suami sentiasa sayang dan
merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam
diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah
pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai
roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko
air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau
sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh
diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia
rasa.... apalah mana ade logik, tapi cubakita lihat org tua dulu2 kat
mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kantak pakai pula kan, tapi
kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari
penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm
dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan
terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai
disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga
sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan
kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan
raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org
tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat
diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih
bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia
sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya
oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh
(walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun,
saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain
menguruskannya' ???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu
ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya
sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang).
Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya! !!.
Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu,
'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara
suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara
keduanya agar kekal sampai bila2.

~ cahayamataku~

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri.
Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak
akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih
erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu.
Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah.

Friday, March 6, 2009


SAUSAGE ROLLED BREAD

Ingredients:
1 sausage, boiled a bit
1 cheese slice
1 bread slice
1 egg
bread crumbs

Instructions:
1. Flatten bread using rolling pin.
2. Put cheese slice and sausage on the bread and roll.
3. Deep in beaten egg and roll onto bread crumbs.
4. Deep fry over medium heat. Fry until golden brown.
5. Serve with tomato slices, carrots, salads, mayoneise or chilie sauce.


note:
ni resepi sausage kegemaran my son,alif mifzal al-ilman...mesti ada sausage....jadi nak cuba buat untuk dia nanti...harap-harap dia suka lerrrr

CHICKEN TERIYAKI
Sumber asal : Japanesefood.com

Bahan-bahan:
5 potong dada ayam atau peha ayam
3 tbsp madu
4 tbsp kicap manis
1 tbsp sugar
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 tsp garam halus

Cara-cara :
1. Gaul semua bahan dan perap lebihkurang sejam di dalam petisejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

note:

Sebenarnya resepi ni saya ambil dari rinnchan.fotopages lepas namap chef di tiffinbiru buat untuk nasi ayamnya...so saya ambil buat resepi koleksi...ada masa bolehlah buat,senang ajer cara2nya tu...mesti bebudak suka makan