Nuffnang

Tuesday, April 7, 2009

Mee Segera????Makan Segera....Hehehe

Hehehe...oleh kerana saya salah sorang pembeli mee segea,yg dimkn "time nak segera"hehe...time darurat la,jadi ni mcm kira pedoman utk diri sendiri dan kawan-kawan semua...layaaannnn

Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan. Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.

Begini cara terbaik:
(1) Rebus mi dalam air mendidih.
(2) Bila mi kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.
(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
(4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.

:: Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu ::

Thanks info from Norzailina blogspot

Wednesday, April 1, 2009

Kari Ayam Nasi Beriani

Bahan (untuk hidangan lima orang):

450 gram ayam (dipotong sederhana kecil)

1 mangkuk minyak masak

12 gram buah pelaga

10 gram bunga lawang

20 gram pes tomato

25 gram serbuk kari

20 gram serbuk rempah kari

15 gram serbuk cili

15 gram serbuk garam masala

100 gram bawang merah (dikisar)

100 gram bawang putih (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

2 batang serai (dititik)

15 gram badam (dibakar)

7 helai daun kari

5 tangkai cili kering (dikisar)

1 mangkuk air

Garam



Cara memasak:

1. Tumis bahan dikisar, daun kari, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.

2. Masukkan serbuk rempah di atas dan air, kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam bersama serai, pes tomato dan badam serta garam.

4. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Tips:
"Cara menyediakan masakan kari juga amat bergantung kepada rempah ratusnya. Kari ayam lebih enak dengan cara menumis rempah dan serbuk kari yang disediakan sendiri.

"Ketika menumis, kawal api dan tumis kira-kira lima minit menggunakan lebihan minyak menggoreng bawang sebelumnya.

"Susu cair yang digunakan juga harus dimasukkan dengan kawalan kerana jika terlebih, ia menyebabkan masakan terlalu berlemak dan menimbulkan rasa muak.

"Untuk itu, ketika merancang untuk memasak, ambil kira bilangan orang yang akan menikmati hidangan itu," katanya.

Bagi menghasilkan kepekatan kari, dia menyarankan penggunaan 100 gram gajus yang dikisar lalu dicampur ke dalam santan bersama rempah kari berkenaan.

Daun ketumbar turut memainkan peranan penting dalam membangkitkan aroma nasi beriani dan kari ayam berkenaan.

Panduan Mempertingkatkan Potensi Anak

ANAK adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga.

Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.

Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

1.Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.

2.Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan

3. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.

4.Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.

5. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

6.Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

7.Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.

8.Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.

9.Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

10.Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.

11. Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.

12. Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.

13.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

14Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Sumber:Harian Metro