Nuffnang

Saturday, September 15, 2012

Prince William And His Wife,Kate...welcome to Sabah...


Prince William and his wife,Kate,the Duke and Duchess Of Cambridge walk through the rainforest in Danum Valley Reseach Centre in Danum Valley,Sabah,Malaysia,saturday September 15 2012




Kredit To:Vincent Thin & NST Online

Friday, September 14, 2012

Jesselton @ Kota Kinabalu Sabah Dulu-Dulu

Thanks and kredit this picture to Chin Min Teck(North Borneo Historical  Society)....really touch my heart when i see old picture / historical pic....

today,the cinema building still around there...:)

Cucur Udang

Bahan-bahan:
10 ekor udang
1 biji bawang besar
100gm kobis - hiris halus
100gm daun bawang - hiris halus
100gm lobak merah -hiris halus
3 sudu bawang merah dan putih yang dikisar
300gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu mentega
2 gelas air
Garam secukup rasa

Cara:
1.Masukkan mentega,tepung gandum,telur dan bawang yang dikisarGaul hingga sebati.
2.Masukkan semua bahan yang lain
3.Panaskan minyak,masukkan adunan dalam acuan (dalam sudu memasak yg bulat / cekung sikit..pn boleh)
4.Goreng hingga masak dan sedia dihidangkan






Kredit:Google...pinjam pic cucur udang yer....


1.

Sambal Belacan Lebih Enak





Dapatkan cili merah,cili hijau,cili padi,bawang putih dan tomato.Goreng terlebih dahulu sebelum kisar atau ditumbuk bersama belacan.Perah limau untuk mendapatkanrasa yang lebih enak.

Daun Sup Tahan Lama

ini la rupa daun sup atau celery leaf......



Untuk mengekalkan kesegaran daun sup,cuci daun sup terlebih dahulu sehingga bersih.Potong dan kemudian simpan di dalam bekas yang bertutup rapat.Masukkan ke dalam peti ais.Dengan cara ini,ia akan bertahan lebih kurang seminggu dan lambat layu

Monday, September 10, 2012

Doa Mendapatkan Barang Yang Hilang

saya dapat ni dari facebook,Ustazah Nor Bahyah Mohammad...just sharing,if ada sapa-sapa yang kehilangan barang tu bolehlah dijadikan amalan...insya allah....

Doaku Hari Ini......


Program Berjalan 10000 Langkah....

wooowwwww...tahniah daerah keningau khabarnya mendapat tempat kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 1827 orang peserta mengikuti program ini.....Congratsss Keningau...


Friday, September 7, 2012

Flower?I love flower.....

english garden...so sweet....

gabungan pink purple n krim...cantik sangat...

wowwww....lawanya bunga ros ni....
nanti kita sambung lagi...buat tatapan dan cuci mata untuk peminat bunga-bungaan dan english garden....stay tuned...


Wednesday, September 5, 2012

Biskut Coklat Cheese Brownie

Bahan-bahan:
Adunan Brownie

1/2 cawan butter,suhu bilik
1 cawan gula
2 biji telur
5/8 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
50 gm coklat masakan,dicairkan dan disejukkan
1/2 cawan kacang pecan,dihancurkan sedikit
secubit garam

Adunan cheese:
1/4 cawan butter,lembut pada suhu bilik
200 gm cream cheese natural
1/4 cawan gula
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur

Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 175celcius.Sediakan loyang bersaiz 8' dengan melengser sedikit butter pada permukaan dan alas dengan kertas pembakar.

2.Sediakan adunan brownie.Pukul butter dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga kembang lebih kurang tiga minit.Masukkan satu persatu telur dan pukul lagi.Tambah tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan secubit garam.Pukul sebati dalam seminit.

3.Coklat masakan dicairkan dan disejukkan.Tambah kacang pecan dalam coklat tadi dan masukkan dalam adunan tadi.Gaul sebati.Ketepikan sebentar.

4.Sediakan pula cheese.Pukul butter dan cream cheese bersama dalam mangkuk hingga kembang.Tambahkan gula,tepung gandum dan telur,pukul lagi hingga sebati.

5.Tuang adunan brownie dalam loyang dan ratakan permukaannya.Masukkan adunan cheese di atas lapisan brownie tadi dan ratakan.Untuk mendapatkan corak marble,gunakan lidi dan buat pusingan beberapa kali di bahagian adunan cheese dan adunan brownie.

6.Bakar 45 minit

7.Untuk mengelakkan brownie menjadi terlalu perang tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil selama 20-25  minit pertama.Sejukkan brownie sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.

pssttt.....gambarnya belum ada yerr...nanti di upload kemudian..heheeee....ambik lah dulu resepinya ni...

5 Aset Menghalang Strees....

1.Keluarga yang harmoni
2.Kerjaya dan kewangan yang stabil
3.Hobi,aktiviti,rekreasi,sukan dan aktiviti yang memberikan kesihatan fizikal dan keseronokan.
4.Rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan sosial dan moral
5.Amalan kerohanian yang memberikan ketenangan.


Kredit to Wanita,Julai 2012...

10 Tips Mudah Mengatasi Stres





1.Memahami bahawa cara wanita dan lelaki berhadapan dengan stres adalah berbeza
2.Buang hal-hal yang tidak berkaitan
3.Ubah perspektif dan cara berfikir dengan lebih positif
4.Buat perkara yang dapat melegakan stres dengan kadar segera
5.Mengamalkan rutin harian yang mampu melegakan stres.
6.Berdepan dengan tekanan secara langsung dan elakkan memendam perasaan.
7.Meningkatkan daya tahan melawan stres
8.Elakkan daripada mengambil alkohol dan kurangkan merokok.
9.Ubah cara berinteraksi dengan faktor sekeliling.
10.Belajar untuk lebih tenang menangani stres.

kredit untuk majalah WANITA,Julai 2012....

Monday, September 3, 2012

Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2012

julung kalinya open house ni dibuat di Keningau Sabah...so raya sakan laxorang Keningau kannn....tapi hanya ni jer gambar yang dapat i kongsikan...ehsan dari myfren..heheeeethanks uncle lulu....semua yg dalam gambar tu adalah rakan-rakan sekerja yang bertugas pada hari tersebut...seronokkkk sekali taw..pengalaman yang menguji tahap sabar jugaklah...pabila time nak agihkan makanan utk tetamu malam tu....heheeee

DOA HILANGKAN STREES DAN TEKANAN

i dapat  i dari facebook...lupa pulak dari fb fren mana...so ...sesuai dengan zaman sekarang yg orang yg strees dan tekanan dalam kehidupan seharian,jom kita amalkan doa ini...insya allah...aminn

10 Surah Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara


Sunday, September 2, 2012

Thanks My Love.....

tengkiu my all love...love u with all my heart...

Syukurlah dengan nikmat Allah....

Hidup di dunia ini manusia tidak akan bebas dari setiap ujian dari Allah,samada kita sedar ataupun tidak.Ujian-ujian yang diberikan samada dalam sedar atau tidak bergantung atas kehendakNya.Secara logiknya,tanpa semua nikmat dan musibah,tidak ada manusia yang bersabar,insaf dan menolong antara satu sama lain.Antara bentuk ujian yang Allah beri kepada kita ialah.....
1.Menerima hadiah tanpa meminta
Rasullullah SAW bersabda:Jika sesuatu(harta,wang,hadiah) diberikan kepadamu,yang mana kamu tidak berkehendak atau memintanya maka terimalah.Jika tidak,pedulikan ia.(Sahih Bukhari)
2.Hidangan Makanan
Jika mendapat undangan dari saudara sesama islam maka jangan diragui faktor halal atau haram hidangan tersebut.Semua ini bertujuan untuk tidak menyinggung perasaan tuan rumah
3.Mimpi baik
Jika kita mendapat mimpi yang baik,sebaik sahaja sedar dari mimpi anda perlulah sujud syukur kepada Allah sebagai tanda mensyukuri nikmat Nya...