Nuffnang

Wednesday, January 22, 2014

Mencari Keredhaan Allah Setiap Hari Kata Dr.Hj.Tengku Asmadi....


Salam Pagi Rabu....

Hari-hari hujan....cuaca pun sejukkkk jak...lembap,kalau fikir-fikir siok jugak sambung tidur tunggu sampai matahari naik(p/s kalau bujanglahhhhhh)...tapi bagi yang berkeluarga...hari-hari dah rutin dan masa sudah set dari buka mata jak..timetable tu dah bersusun..kihkihkihhh....gitula tanggungjawabkannnn..

Bila bukak fb tadi pagi..terselit la post status dari Dr.Hj.Tengku Asmadi tentang berpagi-pagi....
mudah-mudahan niat awal bangun pagi me hari-hari mendapat keredhaan dariNya..insya Allah...aminnnnn

So,me sharing the status post....untuk renungan bersama...

Orang yang berpagi-pagi keluar rumah dengan niat mencari redha Allah itu murah rezeki.

Syarat, CARI REDHA ALLAH.

Jadi, kena fikir:

Kalau curi tulang,
Kalau buang masa,
Kalau banyak sembang,
Kalau masuk ofis lambat,
Kalau duduk kantin lama,
Kalau harta pejabat macam harta sendiri,
Kalau guna telefon pejabat untuk urusan peribadi,
Kalau kerja tidak mencapai kualiti,
Dan bermacam kagi kalau ...

ADAKAH ALLAH REDHA?

Dr. Hj. Tengku Asmadi
www.facebook.com/drasmadi
www.tengkuasmadi.com

Tuesday, January 21, 2014

Kelebihan Dan Khasiat Kangkung....

Salam Pagi Selasa....

Sekarang ni famous sangat cerita pasal sayur kangkung...asyik-asyik buka sana-sini blog cerita politik,facebook..mana-mana la mesti cerita-cerita ada terselit pasal kangkung...penangan cerita orang politik...

Apalahhhh salahnya kangkung ni...jangan salah sebut atau tulis 'kangkang' dah la kan.....

Sebenarnya..sayur kangkung ni sedap kalau masak ngam resepinya...contohnya kangkung goreng belacan...kangkung tumis tiram....sedappppppp dan menjadi faveorite my family....dap taw...

Bila buka facebook...ada pulak khasiat dan rahsia makan kangkung ni..walaupun tidak jugak bagus sangat makan time-time hujan ni....sejukkkk...heheeee

Me dapat ni dari fb Ensaiklopedia Petua Melayu Lama...try buka disini...e-petua


1. Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Masukkan sayur kangkung ke dalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu.

2. Penawar batuk. Rebus airnya kemudian minum.

3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala..
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4. Rawatan kencing manis. Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.

5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.

6. Rawatan buasir. Rebus akarnya dan amalkan selalu.


Okaylahh..just kongsi ilmu saja...See Uols

Wednesday, January 15, 2014

Tip & Pesanan Dato' Dr.Hj.Fadzillah Kamsah-Untuk Suami

Saya saja share ni dapat dari fb...just sharing ilmu...untuk panduan kita dan para-para somi kita tu...hikhik.:)
ni linknya....Disini
PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja. 
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. 
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. 
10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
 11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
 12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. 
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. 
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali 
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, January 14, 2014

Birthday Girl......

Alhamdulillahhhh...syukur pada Allah yang memberikan segala rahmatNya kepada kami sekeluarga...my birthday girl dah 8tahun hari ni...macam baru jerr..macam sekejap jer....huhuuu....
umi dan dadi doakan semoga Asyreen Maisara menjadi anak yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat,menjadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan keluarga dan agama...aminnnnn ya rab...





Sunday, January 12, 2014

Tuesday, January 7, 2014

BuBuR AyaM WitH SeRunDinG



alhamdulillahhhhh kenyang dan sedap....
ececehhh...puji  masakan sendir la pulak...
tapi serius memang sedap...
anak-anak memang suka breakfast bubur ayam...dorang minta taruh kicap sekali .....
saya kadangkala gitu jugak....
selalu la jugak buat bubur ayam..sebab mudah n cepat dibuat.....heheee...
tu jer laaa...
babaiii...

Tiramisu Kek lagiiiii.....

  
Lagiiiiiiiii......
heheeee....iya lah tuuuu....
macam sedap jerr..macam nak jer.....
Haaaaa...tu yang buat siri ulangan lagi...
sedappp bahhhh

Yang pasti,me mesti buat dalam cawan dan bekas gitu
supaya senang...dan 'cop' itu saya punya itu ko punya...
wakakaaaaa.....
Jadiiiii...sepa kuat makan  alias godoot duluan abis...
sapa yang on diet (kununnnn la kan) atau slowly jak time makan boleh ulang berapa kali yang dimau..hahaaaaa..ada-ada saja bah....aduiii

comot pulak kan ditepi gelas tu..kali ni me guna gelas tupperware jak...seba 'tahan dibuang-buang' tidak pandai pecah punya...sebabnya gelas kaca time me buat kek tiramisu tu...masa hubby cuci gelas..terpecah la pulok....huhuuu

Okey...Just layan gambar di atas tu la saja ya..
Babaiiii

Monday, January 6, 2014

Kek Keladi Cheese


Lamanya tidak membuat kek keladi cheese..
Buka peti ais..check dulu apa bahan yang ada dan cukup buat kek ni...
okay,ada cream cheese,susu manis,paste keladi...
Stok tepung pun ada....
Saya tidak guna butter buat kek ni..saya guna minyak sayuran...
Resepi kek ni sama dengan resepi kek span cheese..
sila google jer dalam blog ini...yang ni saya cuma tambah paste keladi...
rasanya sungguh sedap,lemak-lemak gitu...
caranya..bila time semua bahan-bahan diadun dan sebati paling last sekali baru letak paste keladi....biar sebati,baru masukkan dalam loyang dan boleh dibakar...
Just simple kan...yang penting dalam masakan ni kita just kreatif untuk mengolah supaya menarik dan sedap...family suka its enough for me....
so,
cuci-cuci mata jak lah ya tengok kek ni...
kalau minat buat la..heheeee



Sunday, January 5, 2014

Breakfast dengan Kek Tiramisu....

Sedapnya kek tiramisu ni...sejuk dari peti ais lagi yummy.....masuk mulut..trus lupa daratan jap.....wahahaaaa....
selagi tidak membuat kek tiramisu ni selagi tu la terbayang dikepala otak...tutup mata ituuu jak dalam fikiran...macam orang mengidam la pulok...heheeee
Hubby dan anak-anak suka sekali makan kek tiramisu ni....lemak-lemak berkrim kan..macam kek..macam aiskrim....heheee..walllaaaaaa

heheee...yang dua ni untuk me n hubby...

haaaa...
yang 3 tempat kecil tu untuk anak-anak
Jadi teda gaduh-gaduh sapa dapat dan tidak..cukup kah tidak...
Senang jer buat tiramisu ni..
yang penting ada 
kek coklat atau apa saja kek jenis lain,whipping cream,air nescafe,
cream cheese dan air nescafe...

Cara buat:
1.Putar whipping cream + cream cheese sampai sebati dan 'peak' dengan whisk / mixer
(cream tu tidak jatuh...eiii kalo tidak tau jugak sila la google sendiri)
2.kek coklat tu potong ikut kesesuaian loyang /mangkuk / gelas macam saya buat tu
3.Potongan kek tadi dicelup (jgn smpi hancur..asal ada jak / jangan rendam tau)
4.Pastu masukkan dalam bekas untuk kek tiramisu ni...
5.Masukkan cream tadi,lapis lagi dengan kek pastu cream..gitu la sampai berapa lapis yang korang nak lapis...
6.Paling atas sekali tu ayak dengan serbuk koko....
7.Sejukkan dalam peti ais

Makan sejuk-sejuk...sedapppp....

p/s;kek tu kalau malas buat kek..beli saja yang ada di kedai / bakery supaya cepat siap...
Heheheee...siokkan...jap saja membuat...