Nuffnang

Sunday, August 21, 2011

Bayi Baru Lahir Ada Gigi....



NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

more info...@Kosmo Online

Saturday, August 20, 2011

Biksut Cornflakes......simple dan murah....



Bahan-bahan:
Cornflakes - ikut banyak / suka
Mentega (dalam 125gm)
gula perang
Golden syrup
Madu
Manik-manik hiasan
Coklat rice
Kismis

Cara-cara:
1.Campurkan mentega dan gula kemudian masak atas api perlahan hingga gula larut bersama mentega.
2.Masukkan cornflakes ke dalam adunan dan masukkan golden syrup.
3.Gaul rata,masukkan dalam acuan kertas.Tabur hiasan.
4.Bakar dalam 10-15 minit atau sampai kekuningan.

Biskut Almond London...Biskut Popular




Bahan-bahan:
630gm tepung gandum
90gm tepung jagung
540gm marjerin
360gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Badam - dibakar
Coklat masakan - dicairkan
Badam cincang

Cara Membuatnya:
1.Pukul marjerin,gula dan esen vanilla.
2.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta soda bikarbonat.
3.Uli menjadi doh yang lembut.
4.Salut badam dengan doh tepung dan bakar 180 darjah celcius dalam 15-20 minit.
5.Celup biskut dalam coklat masakan dan masukkan dalam kertas acuan.
6.Taburkan badam cincang sebagai hiasan.

Friday, August 19, 2011

Resepi Biskut Snow Almond...biskut popular





Bahan-bahan:
900gm tepung gandum
150gm tepung kastad
150gm susu tepung
120gm tepung jagung
780gm marjerin
450gm gula
3 sudu teh esen vanilla
Coklat masakan - dicairkan
Serbuk Roti

Cara Membuatnya:
1.Pukul marjerin,gula dan esen vanilla hingga lembut.
2.Masukkan serbuk badam dan kesemua bahan yang telah diayak.Uli sebati.
3.Canai dan terap dengan acuan segi empat sama.
4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius dan sejukkan.
5.Celup biskut dalam coklat masakan.
6.Salut dengan serbuk roti.