Nuffnang

Thursday, February 13, 2014

Salam Khamis...Petua Melayan Isteri.....

Beberapa hari ni asyik hujannnn jerr kan..macam siok mau titun layan mata..masuk dalam selimut...kikikiii....
itu dalam kayalan semata jer...baru mau titun..ada budak kecik buat perintah minta buat susu...hahaaa

Sambil buka facebook,me dapat ni dari page koleksiayatcinta...haaa hambek..buat bacaan mata..syook jugak..cuba kamu lagi yang baca...terutama para-para isteri...tangkap syahdu kahhh...nak muntah ijou...wakakaaaa...bagi me,okaylah...alhamdulillah sepanjang perkahwinan beberapa point dibawah selalu dibuat...yang tang nyanyi tu jerr me rasa belum buat..nak buat takkk?????muntah ijou lagi la karang...:p

Haaaa...layanzzzz...babai


PETUA MELAYAN ISTERI

Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang