Nuffnang

Thursday, October 4, 2012

Wanita...Jagalah Miss V anda.....

Sebagai seorang wannita penjagaan yang betul pada miss v perlulah dipraktikkan sejak dari awal lagi...
Bermula dari penjagaan kebersihan bahagianmiss v supaya risiko jangkitan penyakit kelamin disebabkan jangkitan kulat,kuman,bakteria terutamanya yang sudah berkahwin.Aktiviti seks bersama pasangan memerlukan penjagaan tahap maksimum.Selain itu,penyakit kelamin seperti aids,hepatitis B,kutu ari-ari...

Panduan penjagaan yang betul seperti ini...

*Tukar panty setiap hari,sebaiknya pakai panty liner supaya keputihan tidak melekat di panty anda.
*Selepas buang air besar atau kecil,perlulah dicuci dengan air
*Elakkan menyapu sabun di bahagian sulit yang mana menyebabkan iritasi dan kekeringan
*Elak berkongsi seluar dalam
*Tukarlah selalu pad / tuala wanita
*sebelum dan selepas hubungan seks digalakkan membersihkan bahagian sulit dengan air bersih
*Elakkan suka memasukkan jari atau pancutan faraj dengan tujuan untuk membersihkan,kerana akan terdedah dengan bakteria
*Sabun / pembersih miss v dipasaran perlu diperhatikan bahannya,untuk mengelakkan miss v anda mendapat kesan sampingan
*Perlu membezakan keputihan biasa / berpenyakit.
*Kebersihan pencukur perlu diberi perhatian kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang suka bercukur.

Gejala Darah Tinggi..



Gejala Tekanan Darah Tinggi(tetapi tidaklah sama simptom dengan orang lain)Simptom ini adalah yang kerapkali  atau seringkali berlaku..
1.Bengkak pada pergelangan dan jari kaki
2.Mudah merasa penat dan tercungap-cungap
3.Mengalami pandangan yang kabur
4.Pendarahan hidung yang kerap berulang
5.Sakit kepala berterusan
6.Sering terasa mahu pitam
7.Mudah pening
8.Rasa lenguh pada bahagian tengkuk

Apa rawatannya?
Selain mengamalkan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor,individu berkenaan perlulah lebih berdisiplin dalam mengubah gaya hidup mereka
*Amalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan garam,lemak dan gula
*Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan
*Ambil bijirin
*Bersenam secara kerap tapi terkawal
*Berehat terutamanya bagi individu yang tertekan akibat kerja
*Menjalani pemeriksaan tekanan darah secara kerap terutamanya anda berusia 40 tahun ke atas dan pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi
*Ambil ubat seperti saranan doktor secara berdisiplin