Nuffnang

Thursday, October 4, 2012

Wanita...Jagalah Miss V anda.....

Sebagai seorang wannita penjagaan yang betul pada miss v perlulah dipraktikkan sejak dari awal lagi...
Bermula dari penjagaan kebersihan bahagianmiss v supaya risiko jangkitan penyakit kelamin disebabkan jangkitan kulat,kuman,bakteria terutamanya yang sudah berkahwin.Aktiviti seks bersama pasangan memerlukan penjagaan tahap maksimum.Selain itu,penyakit kelamin seperti aids,hepatitis B,kutu ari-ari...

Panduan penjagaan yang betul seperti ini...

*Tukar panty setiap hari,sebaiknya pakai panty liner supaya keputihan tidak melekat di panty anda.
*Selepas buang air besar atau kecil,perlulah dicuci dengan air
*Elakkan menyapu sabun di bahagian sulit yang mana menyebabkan iritasi dan kekeringan
*Elak berkongsi seluar dalam
*Tukarlah selalu pad / tuala wanita
*sebelum dan selepas hubungan seks digalakkan membersihkan bahagian sulit dengan air bersih
*Elakkan suka memasukkan jari atau pancutan faraj dengan tujuan untuk membersihkan,kerana akan terdedah dengan bakteria
*Sabun / pembersih miss v dipasaran perlu diperhatikan bahannya,untuk mengelakkan miss v anda mendapat kesan sampingan
*Perlu membezakan keputihan biasa / berpenyakit.
*Kebersihan pencukur perlu diberi perhatian kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang suka bercukur.

Gejala Darah Tinggi..



Gejala Tekanan Darah Tinggi(tetapi tidaklah sama simptom dengan orang lain)Simptom ini adalah yang kerapkali  atau seringkali berlaku..
1.Bengkak pada pergelangan dan jari kaki
2.Mudah merasa penat dan tercungap-cungap
3.Mengalami pandangan yang kabur
4.Pendarahan hidung yang kerap berulang
5.Sakit kepala berterusan
6.Sering terasa mahu pitam
7.Mudah pening
8.Rasa lenguh pada bahagian tengkuk

Apa rawatannya?
Selain mengamalkan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor,individu berkenaan perlulah lebih berdisiplin dalam mengubah gaya hidup mereka
*Amalkan diet seimbang dan kurangkan pengambilan garam,lemak dan gula
*Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan
*Ambil bijirin
*Bersenam secara kerap tapi terkawal
*Berehat terutamanya bagi individu yang tertekan akibat kerja
*Menjalani pemeriksaan tekanan darah secara kerap terutamanya anda berusia 40 tahun ke atas dan pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi
*Ambil ubat seperti saranan doktor secara berdisiplin


Saturday, September 15, 2012

Prince William And His Wife,Kate...welcome to Sabah...


Prince William and his wife,Kate,the Duke and Duchess Of Cambridge walk through the rainforest in Danum Valley Reseach Centre in Danum Valley,Sabah,Malaysia,saturday September 15 2012




Kredit To:Vincent Thin & NST Online

Friday, September 14, 2012

Jesselton @ Kota Kinabalu Sabah Dulu-Dulu

Thanks and kredit this picture to Chin Min Teck(North Borneo Historical  Society)....really touch my heart when i see old picture / historical pic....

today,the cinema building still around there...:)

Cucur Udang

Bahan-bahan:
10 ekor udang
1 biji bawang besar
100gm kobis - hiris halus
100gm daun bawang - hiris halus
100gm lobak merah -hiris halus
3 sudu bawang merah dan putih yang dikisar
300gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu mentega
2 gelas air
Garam secukup rasa

Cara:
1.Masukkan mentega,tepung gandum,telur dan bawang yang dikisarGaul hingga sebati.
2.Masukkan semua bahan yang lain
3.Panaskan minyak,masukkan adunan dalam acuan (dalam sudu memasak yg bulat / cekung sikit..pn boleh)
4.Goreng hingga masak dan sedia dihidangkan






Kredit:Google...pinjam pic cucur udang yer....


1.

Sambal Belacan Lebih Enak





Dapatkan cili merah,cili hijau,cili padi,bawang putih dan tomato.Goreng terlebih dahulu sebelum kisar atau ditumbuk bersama belacan.Perah limau untuk mendapatkanrasa yang lebih enak.

Daun Sup Tahan Lama

ini la rupa daun sup atau celery leaf......



Untuk mengekalkan kesegaran daun sup,cuci daun sup terlebih dahulu sehingga bersih.Potong dan kemudian simpan di dalam bekas yang bertutup rapat.Masukkan ke dalam peti ais.Dengan cara ini,ia akan bertahan lebih kurang seminggu dan lambat layu

Monday, September 10, 2012

Doa Mendapatkan Barang Yang Hilang

saya dapat ni dari facebook,Ustazah Nor Bahyah Mohammad...just sharing,if ada sapa-sapa yang kehilangan barang tu bolehlah dijadikan amalan...insya allah....

Doaku Hari Ini......


Program Berjalan 10000 Langkah....

wooowwwww...tahniah daerah keningau khabarnya mendapat tempat kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 1827 orang peserta mengikuti program ini.....Congratsss Keningau...


Friday, September 7, 2012

Flower?I love flower.....

english garden...so sweet....

gabungan pink purple n krim...cantik sangat...

wowwww....lawanya bunga ros ni....
nanti kita sambung lagi...buat tatapan dan cuci mata untuk peminat bunga-bungaan dan english garden....stay tuned...


Wednesday, September 5, 2012

Biskut Coklat Cheese Brownie

Bahan-bahan:
Adunan Brownie

1/2 cawan butter,suhu bilik
1 cawan gula
2 biji telur
5/8 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
50 gm coklat masakan,dicairkan dan disejukkan
1/2 cawan kacang pecan,dihancurkan sedikit
secubit garam

Adunan cheese:
1/4 cawan butter,lembut pada suhu bilik
200 gm cream cheese natural
1/4 cawan gula
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur

Cara:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 175celcius.Sediakan loyang bersaiz 8' dengan melengser sedikit butter pada permukaan dan alas dengan kertas pembakar.

2.Sediakan adunan brownie.Pukul butter dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga kembang lebih kurang tiga minit.Masukkan satu persatu telur dan pukul lagi.Tambah tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan secubit garam.Pukul sebati dalam seminit.

3.Coklat masakan dicairkan dan disejukkan.Tambah kacang pecan dalam coklat tadi dan masukkan dalam adunan tadi.Gaul sebati.Ketepikan sebentar.

4.Sediakan pula cheese.Pukul butter dan cream cheese bersama dalam mangkuk hingga kembang.Tambahkan gula,tepung gandum dan telur,pukul lagi hingga sebati.

5.Tuang adunan brownie dalam loyang dan ratakan permukaannya.Masukkan adunan cheese di atas lapisan brownie tadi dan ratakan.Untuk mendapatkan corak marble,gunakan lidi dan buat pusingan beberapa kali di bahagian adunan cheese dan adunan brownie.

6.Bakar 45 minit

7.Untuk mengelakkan brownie menjadi terlalu perang tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil selama 20-25  minit pertama.Sejukkan brownie sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.

pssttt.....gambarnya belum ada yerr...nanti di upload kemudian..heheeee....ambik lah dulu resepinya ni...

5 Aset Menghalang Strees....

1.Keluarga yang harmoni
2.Kerjaya dan kewangan yang stabil
3.Hobi,aktiviti,rekreasi,sukan dan aktiviti yang memberikan kesihatan fizikal dan keseronokan.
4.Rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan sosial dan moral
5.Amalan kerohanian yang memberikan ketenangan.


Kredit to Wanita,Julai 2012...

10 Tips Mudah Mengatasi Stres





1.Memahami bahawa cara wanita dan lelaki berhadapan dengan stres adalah berbeza
2.Buang hal-hal yang tidak berkaitan
3.Ubah perspektif dan cara berfikir dengan lebih positif
4.Buat perkara yang dapat melegakan stres dengan kadar segera
5.Mengamalkan rutin harian yang mampu melegakan stres.
6.Berdepan dengan tekanan secara langsung dan elakkan memendam perasaan.
7.Meningkatkan daya tahan melawan stres
8.Elakkan daripada mengambil alkohol dan kurangkan merokok.
9.Ubah cara berinteraksi dengan faktor sekeliling.
10.Belajar untuk lebih tenang menangani stres.

kredit untuk majalah WANITA,Julai 2012....

Monday, September 3, 2012

Rumah Terbuka Tadau Kaamatan 2012

julung kalinya open house ni dibuat di Keningau Sabah...so raya sakan laxorang Keningau kannn....tapi hanya ni jer gambar yang dapat i kongsikan...ehsan dari myfren..heheeeethanks uncle lulu....semua yg dalam gambar tu adalah rakan-rakan sekerja yang bertugas pada hari tersebut...seronokkkk sekali taw..pengalaman yang menguji tahap sabar jugaklah...pabila time nak agihkan makanan utk tetamu malam tu....heheeee

DOA HILANGKAN STREES DAN TEKANAN

i dapat  i dari facebook...lupa pulak dari fb fren mana...so ...sesuai dengan zaman sekarang yg orang yg strees dan tekanan dalam kehidupan seharian,jom kita amalkan doa ini...insya allah...aminn

10 Surah Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara


Sunday, September 2, 2012

Thanks My Love.....

tengkiu my all love...love u with all my heart...

Syukurlah dengan nikmat Allah....

Hidup di dunia ini manusia tidak akan bebas dari setiap ujian dari Allah,samada kita sedar ataupun tidak.Ujian-ujian yang diberikan samada dalam sedar atau tidak bergantung atas kehendakNya.Secara logiknya,tanpa semua nikmat dan musibah,tidak ada manusia yang bersabar,insaf dan menolong antara satu sama lain.Antara bentuk ujian yang Allah beri kepada kita ialah.....
1.Menerima hadiah tanpa meminta
Rasullullah SAW bersabda:Jika sesuatu(harta,wang,hadiah) diberikan kepadamu,yang mana kamu tidak berkehendak atau memintanya maka terimalah.Jika tidak,pedulikan ia.(Sahih Bukhari)
2.Hidangan Makanan
Jika mendapat undangan dari saudara sesama islam maka jangan diragui faktor halal atau haram hidangan tersebut.Semua ini bertujuan untuk tidak menyinggung perasaan tuan rumah
3.Mimpi baik
Jika kita mendapat mimpi yang baik,sebaik sahaja sedar dari mimpi anda perlulah sujud syukur kepada Allah sebagai tanda mensyukuri nikmat Nya...

Tuesday, August 28, 2012

Minyak Zaitun Kurangkan Kolesterol Dalam Darah

Masyarakat Mediterranean contohnya menggunakan minyak zaitun  sebagai salah satu bahan penting di dalam diet mereka.Diet  mereka ini dikenali sebagai diet Mediterranean.
Diet ini kaya dengan bahan-bahan makanan sihat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,biji-bijian dan lemak (sekitar 40% dari jumlah kalori menyeluruh).Salah satu sumber lemak tersebut adalah dari minyak zaitun.
Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan pola diet ini berisiko lebih rendah untuk mengalami penyakit jantung berbanding yang mengikut pola barat.
Di dalam sebuah penyelidikan,di dapati orang dewasa yang mengambil sekitar dua sudu makan olive oil sehari selama seminggu,memiliki kadar kolesterol yang lebih rendah serta kadar antioksidan yang lebih tinggi di dalam darah.
Malah juga membantu menghalang penyakit jantung koroner,meminimumkan risiko kanser disebabkan kandungan antioksidan yang tinggu di dalamnya,khususnya vitamin E dan juga membantu penyerapan kalsium di dalam tulang sehingga membantu mencegah osteoporosis.Juga jika minyak ini digunakan mengantikan mentega,anda boleh mengurangkan 52 kalori.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun utama yang boleh anda gunakan:
1.Extra Virgin Olive Oil
Mempunyai kadar asid yang paling rendah dan mempunyai rasa dan aroma yang paling baik.Selain itu,minyak ini juga bekerja paling baik dalam menurunkan kadar kolesterol dan paling kaya antioksidan.
2.Olive Oil
Merupakan campuran minyak zaitun yang disulingkan dengan kandungan extra virgin olive oil
3.Light Olive Oil
Minyak ini sudah disuling dan mengandungi kalori yang sama dengan dua jenis yang tadi.

Doa Memohon Perlindungan....


Tanda-Tanda Kecil Kiamat Telah Lengkap


Ayat Murah Rezeki Dan Cepat Kaya....


Sunday, August 26, 2012

Bawang Goreng Lebih Ranggup & Enak

I dapat ni info dari majalah Mingguan Wanita keluaran Jan-Feb  2011 last year...kekadang tu kita suka buat bawang goreng sendiri dari yang beli dikedai,lebih dijamin kebersihan dalam pennyediaan dan kita pun tahu takat mana,banyak mana nak simpan buat stok untuk dapur kita sendiri....so ni cara-caranya....

1.Kupas kulit bawang dan cuci bersih.Hiris bawang dengan saiz sederhana.

2.Masukkan tepung ke dalam bekas,tambahkan garam sedikit.

3.Campurkan air sedikit dan bancuh sehingga menjadi adunan sederhana pekat.

4.Ambil bawang tadi menggunakan penyepit aau garfu dan goreng di dalam minyak yang panas.Pastikan api tidak terlalu besar.

5.Goreng sehingga baang kelihatan kekuning-kuningan.Angkat dan tos minyak.

Tips:
1.Untuk menghasilkan bawang goreg ygang besar,pilihlah bawang kecil yang bersaiz sederhana.
2.Pastikan baang dihiris tidak terlalu tebal atau nipis.
3.Ketika membancuh tepung,pastikan adunan tidak terlalu cair.Biarkan sederhana pekat agar bawang goreng kekal rangup.
4.Bagi menambah kerangupan bawang goreng,boleh cuba tambahkan tepung rangup,lebih kurang satu sudu kecil.
5.Bawang goreng tidak tahan lama jika dibiarkan terdedah pada udara panas terlalu lama.Simpan di dala bekas berpenutup rapat dan simpan di tempat kering.


DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika badan dihinggapi kurap,ubatinya dengan mengambil beberapa helai daun peria.Cuci bersih.Kemudian,ramas-ramas daun itu dan digosokkan pada bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu.Lakukannya berulang-ulangkali.Pastikan kurap di tubuh anda sembuh sepenuhnya.

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI KESULITAN


11 Tanda Orang Bahagia

i dapat ni dari facebook.....just sharing with uols...
Sememangnya kita memerlukan kebahagian dalam melayari kehidupan di dunia dan juga yang pasti d akhirat kelak...mudah-mudahan kita dapat mencakupi 11 tanda yang di atas,insya allah...aminn

Mata Hati...

MATA HATI...

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang haqiqi

Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikkannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah..

YA ALLAH..SUCIKAN HATIKU..BERSIHKAN JIWAKU..CUKUPLAH HATI INI HANYA UNTUKMU..KERNA HANYA ENGKAU YANG MAHA TAHU AKAN HATIKU..

Penyabar Dan Sabar...

Teman-teman...renung-renungkanlah....
semoga ku lebih sabar...sabar dan sabarrr...insya allah ya Allah....Kau berikanlah petunjuk dalam setiap langkahku..aminnnn

Friday, August 24, 2012

My Dotter,Asyreen Maisara,Versi dua wajah....senyum dan merajuk.... heheheeee.... Gaya merajuk....
Yang ni time cool....
DOA KELUARGA BAHAGIA....
DOA UNTUK ANAK CERDIK DAN PANDAI
Ya Allah Ya Salam Ketika Engkau menebar keselamatan pada hari ini maka dahulukanlah untuk anak-anakku... Ya Rahman Ya Rahim Jadikanlah ia dalam golongan orang yang selalu menerima rahmat kasihsayangMu Ya Rozaaq Ya Basith Luaskan rezeki dan barakah untuknya Ya Barii Mudahkanlah hidupnya,sembuhkanlah segala penyakit dalam jasad dan rohnya Ya Quddus Jauhkan ia dari segala penyakit hati Ya Roffi Muiakan dan tinggikan darjatnya Ya Syakur Jadikanlah ia ahli yang bersyukur... aminnnn ya rabbal al-aminnnnn....doa untuk anak-anakku..Alif Mifzal Al-Ilman,Asyreen Maisara dan Adra Myasara....love uols..muahhhhhhh
DOA PEMBUKA 12 PINTU KEBAIKAN
aminnnnnnnn.....ya rabbal alaminnn.....
Sabar Dan Senyum...... Tersenyumlah jikalau dirimu di uji Tersenyumlah jikalau dirimu dilukai Tersenyumlah jikalau dirimu dilupai Tersenyumlah jikalau dirimu disakiti Tersenyumlah jikalau dirimu ditindasi Tersenyumlah jikalau dirimu dibebani Tersenyumlah jikalau dirimu dikhianati Hanya Sabar dan syukur mencipta senyuman Yaa Allah Berilah Aku kekuatan mengdahapinya jadikanlah senyumanku menjadi penawar duka

Thursday, August 23, 2012

Family Is Very Important....It's true....
Ohhhhh my.....
Every song that I sing for you, says what my heart wants to, I wonder if you can hear it say, that I will never let you go away, because your love is all I have got, you are inside my every thought, and No matter what you say or do, I will always find a way back to you..!!
Biskut Oatmeal Crunchy Cookies (Famous Amous)
ni la biskut yg i buat..dapat dalam dua kontena tupperware....heheeee Resepi ni i dapat dari blog Resepi Citarasawan Tapi i taip jer la yer resepi biskut nie...kalau anak-anak kecil macam ana-anak saya memang suka sebab menepati citarasa kanak-kanak....like chipsmore.... Ni resepinyer... Bahan-bahan: A:200gm mentega,220gm gula pasir,200gm gula perang,2 biji telur,1 sudu kecil vanila B:250gm tepung red rose,1 sudu kecil soda bikarbonat,1 sudu kecil serbuk penaik dan garam halus C:200gm oatmeal dan chocalate chips,100gm coklat masakan yang dicincang halus,100gm almond nibs dibakar dan 50gm walnut -bakar Cara: 1.Pukul bahan A:Mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan esen vanila.Gaul rata. 2.Bahan B:Diayak dan disatukan dengan bahan C.Gaul rata. 3.Gaul dengan bahan A hingga jadi doh. 4.Sudukan dalam loyang pembakar yang digris terlebih dahulu. Bakar 160 darjah celcius selama 15 minit atau hingga masak. *Bergantung gak dengan oven memasing .Biskut ni agak manis,so,pandai2lah kurangkan gula... Selamat Mencuba.....
Wanita Dan Kanser Payudara.... Dah banyak info pasal kanser...tapi setakat mana kita sebagai wanita ambil berat pasal penakit-penyakit membunuh ni...takut laaa...pembunuh senyap,lagilah kalau kita tidak alert pasal penyakit-penyakit yang menyerang kaum wanita...nauzubillah..minta dijauhkan Ya Allah...sedikit info pasal ujian mamogram untuk mengesan kanser payudara.... Kanser Payudara... Ujian Mamogram.... Kita perlulah membuat ujian mamogram untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.Mamogram dalam erti kata lain adalah x-ray payudara.Ujian saringan mamogram dapat mengurangkan kematian sebanyak 30% jika dijalankan dikalangan wanita berumur 50-69 tahun.Wanita yang berumur 40 tahun ke atas juga digalakkan untuk menjalani ujian mamogram ini. Ujian ini berupaya mengesan tanda-tanda barah pada ketulan payudara.Ia juga dapat mengesan barah sebelum benjolan boleh dirasai dengan jari. BAGAIMANA IA DIJALANKAN?WUJUDKAH RISIKO? Biasanya dilakukan juru x-ray wanita.Dilakukan dengan menekan payudara di antara dua kepingan logam.Kemudian sinar x akan diambil daripada pelbagai sudut berlainan.Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudar dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi. Sebaiknya semasa dilakukan ujian ini,elakkan memakai bedak,wangian,deodoran dan barang kemas.Usah bimbang pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana tahap radiasinya sangat rendah. KOS? Menurut Kementerian Wanita,Keluarga Dan Masyarakat telah meluluskan permohonan LPPKN untuk buat saringan ini.Bagi berumur 35-70 tahun dan pendapatan RM5ribu kebawah diberikan percuma.Bagi pendapatan RM5ribu ke atas akan diberikan subsidi RM50. JIKA KEPUTUSAN NEGATIF? Wanita berkenaan akan diminta datang semula ke klinik LPPKN untuk tujuan konsultasi bersama dengan doktor.Langkah susulan mengikut kategori akan diberikan. Ingatlah kunci penemuan kanser payudara adalah pengesanan awal.Jadi,lakukanlah ujian mammogram ini dengan segera....
Koleksi Kereta Yang Diminati Masa Ini..... 1.Nissan Grand X-Gear
2.Ford....Ford Fiesta n Ford ranger yang baru tu....