Kredit To Sinarharian.com.my
Baca berita ni dapat dari Sinar Harian.....yakssss rasa mau muntah bila makan kek perasa cicak....hahaaaaa..
TIKAM BATU - Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan
majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati
kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis
dimakan mengandungi seekor cicak.
Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua
tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang
sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.
Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja
sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai
majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.
“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil
menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain
kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek
berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.
“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing
keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,”
katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.
Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia
bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada
bersebelahan.
“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.
“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya
seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.
Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia
tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa
paling banyak makan kek berkenaan.
Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi
cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk
memaklumkan perkara itu.
“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat
keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan
dakwaan berkenaan.
“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca
kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau
salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.
“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun
kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia
untuk itu,” katanya.
Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih
berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya
menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang
produk.
“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi
penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan
pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
Credits: sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment