Nuffnang

Showing posts with label Sembang-sembang.... Show all posts
Showing posts with label Sembang-sembang.... Show all posts

Thursday, May 8, 2014

KAWAN...SAHABAT...

Salam Khamis uolls.....

Lama tidak buat entri..bukan apa bz memanjang la pulok...hehewww...

Entri hari ni membebel sikit pasal kawan...al-maklum la sekarangkan banyak jenis kawan..ada yang baik..baik luar baik dalam,baik luar busuk hati,talam dua muka la...suka cedok sana sini ceta bergosip segala...semualah....heheee..

 Betul kannn....
alangkahhh pura-pura konon jadi baik..
huuuuuuhhhhh...
dasar kawannnn
nak penampooo dash!dash!

 syukur alhamdulillah....
tu haaa..seronok dua ronok memburukkan orang di ddonia..
hambek ko di akhirat kelak

 babai kawan....:)
ko dengki sebenarnya kannnnn...

alhamdulillah..syukran padaNya...sebenarnya Allah Maha Penyayang untuk kita..
muhasabah untuk diri sendiri
dan
bersabar atas segala 
ujian dariNya...

salammm

Sunday, April 20, 2014

Buku N Drama Projek Memikat Suami

Salam Ahad......salam berhujung minggu...

Apahal la pulok tetiba minat tengok drama bersiri..hahaaa..sesaja jerr....sebenarnya dah lama nak ceta pasal ni terperam dalam draf tapi line tenet slowly molly plus buzy kerja..tambahlah terperam...

Ceta ni dah lama baru jer habis tayangan di astro 104 first week april kut,dah lupa,tapi ada ulang2 tayang di astro kalau tidak silap....cerita komedi romantik...bolehlah gelak2 release rension skit...heheee....dan lagi hero dan heroin nya memang couple yang ngam utk drama ni...tambahhhhhhlah melekat tengok drama ni...
Drama ni di adaptasi dari buku novel tajuk yang sama tulisan Hanina...baru jak habis baca,saja nak tengok sama macam d lakonkan atau ikut cerita dalam buku....



                                                      ni haahh bukunya...tapi tidaklah 100% seperti dalam drama...


okay bai...

Friday, December 6, 2013

Ada Petua Jimatkan Elektrik 2014?Ada....just sharing

Just Sharing...nanti kata i curik2 ajer orang punya...hahaaaa....tapi bagus untuk kita kennn dah tarif letrik dinaikkan jadi haruslah kita ni berjimat cermat penggunaan letrik..dah barang-barang mahal...bawa RM50 macam RM10...mana tahannnnn...#mengomeldah#huhuuu
saya dapat ni dari fb Ensaiklopedia Petua  Melayu Lama ePetua

A. PETI SEJUK

1. Simpan stok barang dalam peti sejuk sehingga 2/3 penuh. Jangan melebihi had muatan yang dibenarkan.

2. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.

3. Jangan selalu membuka pintu peti sejuk kerana 30 peratus udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

4. Jika perlu, elok anda menukarkan peti sejuk jenis model lama atau sudah menjangkau usia lebih daripada 10 tahun.

5. Periksa jalur magnet pada pintu peti sejuk. Letakkan duit kertas RM1 dan tutup pintu sejuk. Jika duit kertas tersebut boleh ditarik keluar, maka jalur magnet tersebut perlu ditukar.

6. Jika ketebalan fros dalam peti sejuk sebanyak 6mm, eloklah anda lakukan penyahbekuan.

7. Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.

8. Letakkan peti sejuk jauh daripada bahan atau tempat yang panas. Letakkan pada jarak 15cm daripada dinding untuk mewujudkan aliran pengudaraan yang baik.

9. Jika anda akan bercuti panjang di tempat lain, kosongkan peti sejuk, tutup suis dan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

B. PENDINGIN HAWA

1. Kurangkan bil elektrik pendingin hawa yang tinggi dengan menggunakan kipas.

2. Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23-26ÂșC.


 3. Letakkan pelindung pada pendingin hawa kerana ia akan menjimatkan 10 peratus bekalan elektrik berbanding dengan pendingin hawa yang terdedah kepada cahaya matahari.

4. Tetapkan kipas pada pendingin udara anda kepada “ON” daripada menggunakan “AUTO” kerana aliran pengudaraan yang stabil akan membantu menstabilkan suhu bilik dan menjimatkan tenaga.

5. Beli pendingin hawa yang sesuai saiznya kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

C. MESIN BASUH

1. Jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan supaya anda membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

2. Isi penuh mesin basuh dengan pakaian bagi setiap cucian.

D. KOMPUTER

1. Gunakan komputer riba atau komputer yang mempunyai skrin leper.
2. Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

E. SETERIKA

1. Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
2. Tinggalkan pakaian yang mudah untuk digosok akhir sekali kerana pakaian ini boleh
digosok dengan menggunakan haba yang sedia ada apabila suis seterika telah dimatikan.


 F. PENCAHAYAAN

1. Matikan suis lampu dan kipas jika tiada sesiapa di dalam bilik.
2. Bertukar kepada lampu jenis fluorosen untuk pencahayaan dalaman.
3. Gunakan tenaga matahari untuk pencahayaan pada waktu siang.
4. Gunakan cat warna cerah untuk bilik kerana ia membalikkan cahaya dengan baik.

Saturday, November 30, 2013

Tips Dan Perkara Disunatkan Ketika Bermusafir....

Yang terbaik sebelum kita melakukan perjalanan jauh atau bermusafir atau melancong di dalam Islam kita disunatkan mengikut syariat....

Yang inipun saya copy paste dari fb....

"Baru saya tahu!
 Kita mungkin sering melancong di tempat2 menarik
 tetapi tahukah kita perkara-perkara yang disunatkan ketika bermusafir?
 Antaranya ialah:
1-Memulakan perjalanan pada hari Khamis
2-Memulakan perjalanan pada waktu malam.
3-Tidak bermusafir bersendirian
4-Mengucap selamat tinggal kepada ahli keluarga
5-Berdoa ketika bermusafir.
6-Segera pulang apabila urusan telah selesai.
(Sebenarnya banyak lagi kupasan menarik dan khusus tentang Melancong dalam Islam dalam Majalah alUstaz isu 20 iaitu "Stail Melancong Bersyariat")"


Just sharing sebanyak mana ilmu untuk manfaat bersama...aminnn

Berubahlah.....


Yang ni saya copy paste dari fb Ibu bapa cemerlang....ayatnya pendek sahaja..tapi cukup berkesan dan mantap....insya allah sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri...
Kalau ada orang bertanya, 
"Macam mana nak ubah diri kita?"

Jawapannya mudah sahaja. 
"Ubahlah cara kita memandang segala sesuatu, 
 usaha untuk bersihkan hati 
dan
 pemikiran kita
 dan
 baiki keyakinan kita kepada Pencipta segala sesuatu. 
Kerana kekotoran yang kita selalu nampak pada orang lain adalah sebenarnya kekotoran yang melekat pada diri kita sendiri."

Dunia tidak perlu berubah, 
yang perlu berubah ialah cara kita memandang dunia. 
Renung-renung kanlah, muga dapat memahaminya.

~ Ibubapa Cemerlang

Wednesday, November 27, 2013

Jaga tepi kain dan suka aibkan orang...oh dunia akhir zaman


Betul jugakkan...entah apalah manusia sekeliling yang nampak tentang diri kita....
konon mereka ini adalah manusia yang cukup sempurna untuk mengaudit diri orang lain....
padahal audit diri sendiri pun tidak pernah lunas..amacam tuh???
Dok sibuk mengata hal orang..sikit-sikit mesti ada ayat pro keluar macam ni contohnya...
                                                     'ehhhh si A tu kan...'
tidakpun gini..
                           'si A bahhhhh potpetpotpet...eiii kamurang tidak tau kah'
                            (propanya.....tukang sebar paling in a.k.a radio berjalan)

ataupun gini....
                                             'kamu bulum tau lagi si A tu....'
                                            (propanya...menjadi PEMBACA BERITA TV3 atau CNN paling latest punya berita..wahahaaaaa)

atau gini lagi....
                                          'ish kalau si A yang buat kerja ni...mesti begini tidak sempurna..malas sia...'
                                       (propa jugakkan ni manusia yang bercakap...konon dia paling pandai buat kerja   la     kunun dan paling berkualiti..ptttttttttt)

Bikin heran bin ajaib jugak...berpuluh tahun sikap / tabiat tidak pandai berubah.........

Jomlahhhhhhh....
Kita sesama mengaudit diri memasing...terutama diri sendiri...sudahkah kita menjadi insan yang paling hebat untuk mencari redha Allah SWT......
Silap-silap diri kita sendiri lagi banyak kurangnya dari orang yang kita potpetpotpet sampai terlilit lidah....


Dalam firasat saya dorang ni kan lebih suka tengok orang lain jatuh...sebab dorang jelesssssssss.....
Memangpun........
Tidakkah mereka takut dengan balasan Allah SWT?
Kalau memfitnah,doa orang yang difitnah tu makbul disisiNya...jadi hati-hati yaaaa....
Tidak pa laaa kan..kita doakan sahaja..semoga Allah membuka pintu hati mereka-mereka ini agar hati tu lebih bersih,positif,semoga bertaubat dengan Allah SWT.....semoga mereka diberi balasan,musibah dan petunjuk dariNya...


p/s:ubah-ubahlah sikap macik pacik oiiiii...umur dah tua......takut tak sempat la pulok.....kamurang tidak merasa bahagia tu dunia dan akhirat...percayalah janji Allah yang Maha Besar....muhasabah diri sendiri jugak....

Tuesday, November 26, 2013

Hujung Tahun Musim Kenduri Kahwin....



Boleh baca kah tidak apa yang Dr.Asri cakap tu?Heheheee...kesian jugak bakal pengantin kan banyak sangat kena 'SAKAT' time nikah...peluh-peluh jantan abis berkeluaran....belum lagi tangan ketar-ketar macam kena penyakit parkinson...nasiblah zaman tu dah daku n hubby dah lalui...





Saya suka dengan ulama ni....my fav ulama..sebab pandangan dan ilmu yang ada dapat kita terima dan cukup untuk umat Islam mengikuti amalan..bak kata Islam Itu Indah atau Islam Itu Mudah....

Jadi janganlah kita menyempitkan pemikiran dan luaskan pandangan tentang Islam..

Keran kita mengetahui bahawa Islam tidak pernah menyusahkan umat manusia.Carilah ilmu insya Allah kita merasakan kemanisan iman dalam Islam....aminnnn

psstt...yang berkahwin tu jangan susah hati ya..anggap sahaja cobaannnnn...heheeee

Sunday, November 17, 2013

ADuhai......Forever Alone ...N...Nobody Cares



Sajer jer  mau tayang gambar ni...sebab bila tengok dfb punya la lawak siot....bayangkanlah ingatkan adalah 'tukang suap'...rupa-rupanya gitu jadinya...hahaaaaaaa

Jadi jangan suspen dengan tajuk entry ari ni....sajerrr jerrr buat kongsi ketawa dengan uols.....




                                                                       >1


                                                                       >2


                                                                       >3



Tadaaaaaaaaaa.....hekheleeeee.....





sakit perut tawa awal pagi.......


pssssttt...jangan ditiru gaya keseorangan begitu......


Kredit To:fb OhMedia



Saturday, November 16, 2013

Panduan Untuk Diri......

Alangkah elok jika jika dapat mencontohi sfat Rasulullah SAW  yang luhur pekertinya......

dan sentiasalah mengaudit diri sendiri sebelum mengaudit diri orang lain...masya Allah....banyaknya aib diri sendiri dan kekurangan akan tetapi nak sibuk pulak dengan kekurangan diri orang lain....MUHASABAH DIRI....

semoga diri ini dan keluargaku dlindungi Allah S.W.T dan dijauhkan dari fitnah,dijauhkan dari tipudaya manusia dan godaan syaitan....aminnnnn ya Rabb...


Thursday, November 14, 2013

Copy paste from fb....

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".
by fb:Saiful Nang
 

Wednesday, November 6, 2013

Kek Pengantin Ada Cicak....yawwwwww

Kredit To Sinarharian.com.my

Baca berita ni dapat dari Sinar Harian.....yakssss rasa mau muntah bila makan kek perasa cicak....hahaaaaa..


TIKAM BATU - Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.

Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.

Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.

“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.

“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.

Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.

“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.

“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.

Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
 Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.

Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.

“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.

“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.

Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.

“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya.


Credits: sinarharian.com.my

Saturday, November 2, 2013

Allah Tidak Membebani HambaNya Melainkan..

Just muhasabah dan re-thinking about myself ....sesunggunya
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya'(2:286)

Insya Allah..Allah Maha mengetahui setakat mana kemampuan hamba-hambaNya dalm menangani kehidupan....



semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan hambaNya ini...aminnnn

Alhamdulillahhhhhh..syukran

Syukur Alhamdulillah...syukran jazillan...

I'm back after a few month coz i'm 4got my password n email to enter my blog....Ya Allah..Alhamdulillah Kau Permudahkan segalanya...Haaaahhhhh tu la banyak sangat email dan password...dah semakn tua agaknya...banyak lost memory...hahaaaaaa...Just joking...feel stress jugak memikir apakah email dan password yang diguna....belum jadik nenek tua dah pelupa....



Friday, April 15, 2011

Mahalnya Ikan Patin Di Pahang....

Baru-baru ni keluar berita pasal makan ikan patin di sebuah restoran dalam daerah Pahang dikenakan caj rm......huhhhh..boleh tahan jugak harganya...ni sekerat beritanya,terima kasih cari.com.my atas infonya...

TEMERLOH 11 April - Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan,beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur,” katanya.

Monday, August 4, 2008

Haiiii...Lama Tidak Update Blog



Lamanya tidak update blog ini...disebabkan 'telampau' sibuk kiri dan kanan akhirnya tidak terpeduli blog ku ini....sekarang ni baru tarik nafas...adalah dalam sebulan dah pindah rumah baru,tapi belum lagi siap berkemas..hahaha,penat la,nantilah esok-esok adalah saya upload gambar2nya..tunggu ya...