Nuffnang

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Kek Pengantin Ada Cicak....yawwwwww

Kredit To Sinarharian.com.my

Baca berita ni dapat dari Sinar Harian.....yakssss rasa mau muntah bila makan kek perasa cicak....hahaaaaa..


TIKAM BATU - Sebuah keluarga yang baru sahaja selesai menganjurkan majlis perkahwinan anak kelima Sabtu lalu, terkejut apabila mendapati kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis dimakan mengandungi seekor cicak.

Siti Hajar Rohani, 30, berkata, acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.

Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.

“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.

“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.

Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.

“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.

“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.

Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.
 Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.

Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.

“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.

“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.

Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.

“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya.


Credits: sinarharian.com.my

Sunday, August 21, 2011

Bayi Baru Lahir Ada Gigi....



NEWCASTLE, Britain - Tangisan seorang bayi beberapa minit selepas dia dilahirkan mengejutkan sepasang suami isteri apabila mereka melihat dia memiliki dua batang gigi kacip, lapor sebuah akhbar semalam.

Biasanya, gigi pertama hanya tumbuh apabila bayi mencapai usia di antara enam bulan hingga setahun.

Namun, Summer Whelan dilahirkan dengan dua gigi kacip yang lengkap pada geraham bawahnya.

Bayi perempuan milik Andy Whelan, 35 dan isterinya yang berusia 31 tahun, Karen itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital di sini, tenggara England pada 20 Julai lalu.

more info...@Kosmo Online

Friday, July 22, 2011

Minuman Malta Barbican Bukan Arak..

MALTA BARBICAN...


Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Saturday, June 25, 2011

Nak Salahkan Siapa Dalam Hal Ini...????..Jawapannya,semua orang tidak boleh dipercayai...

Rentetan perisstiwa ibubapa yang percaya kawan baik untuk menjaga anak,telah musnah apabila kawan baik yang dipercayai telah melarikan anaknya..sungguh sedih dan pilunya hati seorang ibu bila diperbuat begitu,akan tetapi bila difikir-fikirkan lagi sepatutnya sala seorang ibubapa bayi tersebut terutamanya sang ibu perlulah berkorban untuk menjaga bayi itu sendiri untuk mengelakkan perkara ini berlaku..

Hari ini berita di Berita Harian Online keluar lagi pasal ceta ni yang pasangan penjaga (yang melarikan bayi) tersebut marah dengan tindakan kawannya kerana membuat laporan polis dan meminta wang RM3,000 untuk mengembalikan anak pasangan terbabit...huhuu..sadis juga permintaan "PENCULIK n PEROMPAK" bayi tersebut...
ni berita nya saya ambik dari Berita Harian Online...

‘Serah RM3,000 jika mahu anak’
Oleh Amin Ridzuan Ishak

2011/06/25
Suami isteri telefon tuntut bayaran

BUTTERWORTH: Pasangan suami isteri yang dipercayai melarikan seorang bayi berusia tiga bulan di Taman Prai Jaya di sini, awal bulan ini, didakwa menuntut bayaran RM3,000 daripada seorang wanita jika mahu anaknya dikembalikan.

Ibu kepada Mohammad Fahrin Danial Abdullah yang dikenali sebagai Esah, 26, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pasangan suami isteri berkenaan, kelmarin, selepas akhbar ini melaporkan mengenai kes berkenaan.
“Lelaki itu memarahi saya kerana membuat laporan polis dan memberitahu media. Dia cakap dia tidak takut berdepan dengan semua itu kerana dirinya adalah bekas banduan.
“Mereka juga mengugut supaya saya membayar RM3,000 sekiranya mahu Mohammad Fahrin Danial kembali ke pangkuan saya. Saya buntu kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan mengenai kehilangan Mohammad Fahrin Danial yang dipercayai dibawa lari sepasang suami isteri berusia 25 dan 26 tahun yang juga rakan serumah Esah.

Esah berkata, dia kini hanya mengharapkan bantuan pihak polis untuk mendapatkan semula anaknya kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membayar pampasan yang diminta pasangan terbabit.

“Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Saya kini hanya membantu rakan menjual pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaan seharian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan kes berkenaan.


Kredit To:Berita Harian Online...

Friday, June 17, 2011

PERODUA Myvi Baru 2011...

Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta bersaiz kompak dengan ruang dalaman yang luas itu masih menekankan konsep gaya dan kemudahan seperti Myvi sebelum ini tetapi kemudahannya ditambah baik dari segi rupa yang lebih segar, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian fungsi terkini.

“Mengikut jejak langkah model Myvi, model terbaharu ini dilihat sebagai kereta rakyat kerana reka bentuknya yang inovatif, teknologi kejuruteraan dengan menggunakan material berkualiti tinggi dan harga jualan yang berpatutan.

“Boleh dikatakan model Myvi baharu ini memberikan nilai yang tinggi kepada pembeli,” katanya selepas majlis pelancaran model terkini Perodua di sini semalam.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Info Dari KOSMO online...




51 laman web kerajaan kena godam Oleh SUHANA MD. YUSOP dan LILY YEAN berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sebanyak 51 laman web milik agensi kerajaan digodam oleh penggodam yang tidak dikenali.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, sehingga awal pagi semalam, 41 daripada jumlah itu mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Menurutnya, serangan tersebut dikesan bermula pada pukul 11.30 malam kelmarin dan menjangkakan tempoh memulihkan kesemua laman web tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Pemantauan kami mendapati serangan semakin berkurangan menjelang pukul 4 pagi semalam (kelmarin) dan selepas membuat penilaian, kami menganggap kesan serangan itu terhadap pengguna di Malaysia adalah kecil," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

more info..baca Kosmo online..

Kredit To: KOSMO ONLINE..

Tuesday, May 17, 2011

Enjin AirBus Terbakar Lagi...Berita Kosmo....

SINGAPURA - Sebuah enjin pesawat gergasi Airbus A330-300 milik syarikat penerbangan Cathay Pasific yang dalam penerbangan ke Jakarta, Indonesia terbakar semalam.

Kebakaran itu menyebabkan pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi di sini sejurus selepas ia berlepas.

Bagaimanapun, kesemua 136 penumpang yang menaiki pesawat Airbus A330-300 itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan berkata, anggota-anggota perkhidmatan kecemasan berjaya memadam kebakaran pada salah satu enjin pesawat berkenaan.

"Disebabkan isu berkaitan enjin, pesawat itu berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi dan mendarat dengan selamat pada pukul 1.57 pagi," kata kenyataan itu.

Satu landasan di lapangan terbang yang menerima penumpang di antara 25 juta hingga 40 juta setahun terpaksa ditutup lebih satu jam disebabkan kejadian itu.

Jurugambar Reuters, Beawiharta yang menaiki pesawat itu memberitahu terdapat bunyi yang kuat 20 minit selepas ia berlepas.

Menurutnya, pesawat itu bergoyang dan dia menghidu bau terbakar.

Anak lelakinya, Pradipta, 15, yang melihat tingkap pesawat kemudian menjerit: "Saya lihat api!Saya lihat api!Adakah kita akan mati?"

Menurut jurugambar itu, terdapat penumpang yang berdoa meminta perlindungan daripada Tuhan.

Dia berkata, seorang jururawat kemudian memberitahu, satu enjin terbakar dan pesawat itu berpatah balik ke Singapura.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam Hong Kong.

Syarikat Cathay Pacific dan pembuat enjin pesawat terbabit, Rolls-Royce sedang menyiasat kejadian itu.

Menurut satu kenyataan syarikat penerbangan itu, pesawat itu menerima amaran dari enjin No.2 sejurus ia berlepas.

Kru-kru menutup enjin Rolls-Royce itu apabila mereka menerima amaran dan pendaratan kecemasan diisytiharkan," kata kenyataan tersebut.

Pada November tahun lalu, sebuah pesawat Airbus A380 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi kerana salah satu enjin pesawat meletup di udara. - Agensi

Kredit:Kosmo Online...

Wednesday, May 11, 2011

CUEPACS puas hati penilaian 360 darjah..Berita Harian,11 Mei 2011

Kongres mahu bincang semula pelarasan gaji, elaun

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada dasarnya berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan penilaian tahap kecekapan (PTK) menggunakan konsep 360 darjah yang diperjelaskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan hampir empat jam semalam.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata berasaskan perbincangan setakat ini, pihaknya mendapati ada perubahan berbanding PTK yang diguna pakai sebelum ini, tetapi mereka akan adakan perjumpaan lanjut dengan JPA.
“Buat masa sekarang, CUEPACS mencapai persefahaman dengan JPA untuk membincangkan isu ini secara tertutup dan kita akan kemukakan semua syor kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah) dalam perjumpaan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata, pihaknya akan membincangkan semula isu pelarasan gaji, Elaun Sara Hidup (COLA) dan elaun perumahan pada mesyuarat kesatuan di Lumut, Perak pada 26 dan 27 Mei ini bagi menentukan permohonan yang hendak dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, CUEPACS meminta kerajaan mengkaji kenaikan elaun perumahan sedia ada, terutama bagi kakitangan gred 1 hingga 40, iaitu daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk kakitangan gred 41 ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.
Bagi COLA pula, kesatuan itu menuntut bayaran sama rata RM300 berbanding amalan sekarang yang mana kakitangan awam di bandar besar dibayar RM300, bandar kecil (RM200), manakala RM100 dibayar kepada mereka di luar bandar.

Dari segi pelarasan gaji pula, Osman menggesa proses itu disegerakan kerana kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 kakitangan awam rendah bergaji kurang RM2,000 sebulan dilaporkan terpaksa membuat kerja kedua atau kerja sampingan bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/05/11

Sunday, May 8, 2011

Al-Quran, kain ela tidak hangus...Harian Metro 8 Mei 2011..

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Thursday, May 5, 2011

Berita Harian:Untuk Ibu-Ibu Di Malaysia.....

Sasaran untuk mengurangkan kadar kematian melahirkan anak


2011/05/05
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menyasar untuk mengurangkan kadar kematian akibat melahirkan anak kepada 11 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup menjelang 2015 selaras dengan Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai memandangkan kadar kematian ibu yang melahirkan di negara ini menunjukkan penurunan yang ketara sejak negara mencapai kemerdekaan iaitu 530 kes pada 1950 dan terkini 28 kes bagi setiap 100,000 kelahiran hidup.

"Kita adalah antara negara yang berjaya (mengurangkan kadar kematian). Dalam Mesyuarat Kesihatan Sedunia, negara dipuji kerana dapat menurunkan kadar kematian ibu dengan begitu drastik selepas merdeka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program berjalan kaki "The 5KM Putrajaya Walk" di Taman Wetland di sini, hari ini.

"Lebih ramai ibu-ibu yang melahirkan boleh diselamatkan sekiranya mereka tiba di hospital lebih awal. Kadang-kadang ada di antara mereka yang melahirkan anak di rumah, atau di luar bandar termasuk kawasan perkampungan Orang Asli," katanya.

Liow berkata, kadar kematian selamat di negara ini dapat ditingkatkan kepada 98.6 peratus, di mana kelahiran-kelahiran terbabit adalah dibantu sama ada oleh pakar perubatan atau bidan.

Bagi kadar kematian bayi pula, beliau berkata, seramai enam kes kematian bayi dicatatkan bagi setiap 1,000 kelahiran hidup, adalah antara kadar yang baik berbanding negara-negara lain.

Sementara itu, dalam ucapannya Liow berkata, Kementerian Kesihatan turut bercadang untuk menghantar delegasi bagi menyertai Kongres Persekutuan Bidan Antarabangsa di Durban, Afrika Selatan dari 19 hingga 23 Jun ini. - BERNAMA

Friday, April 29, 2011

Siaran Lengkap Perkahwinan Diraja

! Entertainment membawa penontonnya ke London pada hari ini, untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi majlis perkahwinan abad ini antara Putera William dan Kate Middleton.

Pada ketika kerabat diraja dan pemimpin dunia berhimpun di kota terkemuka itu untuk menyaksikan sejarah yang bakal tercipta, E! akan menyiarkan program perkahwinan itu sepanjang hari bermula jam 4 petang ini, secara eksklusif di Astro Saluran 712.
Liputan lengkap perkahwinan oleh E! bersambung pula keesokannya pada jam 7.50 malam dengan tayangan program Will and Kate: Road to the Alter, yang diacarakan Ryan Seacrest. Ia akan mengimbas semula acara terbabit daripada ketibaan tetamu terkenal hinggalah ke cerita mengenai perancangan seterusnya pasangan berkenaan.
Sejurus kemudian rancangan istimewa selama sejam, Fashion Police: Royal Wedding akan menemui penonton pada jam 8.40 malam. Ia dikendalikan oleh pengacara Joan Rivers, Kelly Osbourne, Giuliana Rancic dan George Kotsiopoulos. Mereka pastinya bercerita mengenai pilihan gaun pengantin Kate serta impak perkahwinan itu ke atas dunia fesyen.

Giuliana akan membuat liputan dari London bersama-sama personaliti televisyen United Kingdom, Dermot O'Leary, untuk membawakan berita terkini, cerita lebih terperinci dan kisah eksklusif menerusi program Live From the Royal Wedding.

Menyertai mereka ialah pakar diraja, Angela Rippon; penganalisis fesyen, Louise Roe dan Robbie Laughlin; serta pengacara E!, Catt Sadler, yang membuat lintas langsung dari Westminster Abbey.

Manakala pengacara Jason Kennedy pula akan membuat liputan daripada hab media stesen televisyen ini mengenai ulasan orang ramai di laman Facebook dan Twitter, serta menyaksikan bagaimana peminat golongan diraja di seluruh dunia meraikan hari bersejarah itu.
E! Online dan E! Mobile juga menyediakan liputan mengenai perkahwinan dua selebriti terbabit menerusi E! Online, dengan menyediakan berita terkini, peraduan atas talian Best Princess Ever, galeri foto lengkap, video berkaitan perkahwinan dan beberapa lagi bahan interaktif sebelum dan selepas acara berlangsung.

Kredit To:Berita Harian

Wednesday, April 27, 2011

BERITA HARIAN METRO...Dukung Isteri Tak Bernyawa...

Gempar se Malaysia dengar berita pasal ni tadi pagi...ni beritanya dari Harian Metro Online...

Dukung isteri tak bernyawa
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki pada mulanya dianggap wira apabila mendukung isterinya yang tidak sedarkan diri untuk mendapat rawatan di klinik di Bandar Baru Uda, di sini, kerana dikatakan akibat penyakit asma.

Namun, persepsi terhadap lelaki berusia lewat 20-an itu bertukar sejurus kemudian apabila dia gagal memberi penjelasan mengenai kesan jerut yang terdapat pada leher isterinya yang disahkan sudah meninggal dunia, sebelum melarikan diri.


Sumber polis berkata, ketika lelaki itu muncul di klinik berkenaan pada kira-kira jam 3 pagi semalam keadaannya memang agak mencurigakan kerana dia kelihatan seperti menggelabah.

“Malah dia bersungguh-sungguh meminta doktor memasang alat bantuan pernafasan kepada isterinya dengan harapan wanita akan kembali bernafas. Bagaimanapun usaha itu sia-sia kerana menurut doktor isterinya sudah meninggal dunia ketika di bawa ke klinik berkenaan,” katanya.


Sumber itu berkata, ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa, doktor menemui kesan jerutan pada leher wanita berkenaan dan sejurus dimaklumkan kepada lelaki itu, dia mula menggelabah dan keluar dengan alasan mahu menghubungi ahli keluarganya sebelum menghilangkan diri.


“Identiti lelaki dan wanita berkenaan tidak diketahui berikutan mereka tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika mendaftar dan ditambah pula, ketika itu keadaan agak kelam-kabut,” katanya.

Menurut sumber, kakitangan klinik itu kemudian menghubungi polis dan wanita berkenaan kemudian dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan kes disiasat.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup klinik berkenaan untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit,” katanya