Rentetan perisstiwa ibubapa yang percaya kawan baik untuk menjaga anak,telah musnah apabila kawan baik yang dipercayai telah melarikan anaknya..sungguh sedih dan pilunya hati seorang ibu bila diperbuat begitu,akan tetapi bila difikir-fikirkan lagi sepatutnya sala seorang ibubapa bayi tersebut terutamanya sang ibu perlulah berkorban untuk menjaga bayi itu sendiri untuk mengelakkan perkara ini berlaku..
Hari ini berita di Berita Harian Online keluar lagi pasal ceta ni yang pasangan penjaga (yang melarikan bayi) tersebut marah dengan tindakan kawannya kerana membuat laporan polis dan meminta wang RM3,000 untuk mengembalikan anak pasangan terbabit...huhuu..sadis juga permintaan "PENCULIK n PEROMPAK" bayi tersebut...
ni berita nya saya ambik dari Berita Harian Online...
‘Serah RM3,000 jika mahu anak’
Oleh Amin Ridzuan Ishak
2011/06/25
Suami isteri telefon tuntut bayaran
BUTTERWORTH: Pasangan suami isteri yang dipercayai melarikan seorang bayi berusia tiga bulan di Taman Prai Jaya di sini, awal bulan ini, didakwa menuntut bayaran RM3,000 daripada seorang wanita jika mahu anaknya dikembalikan.
Ibu kepada Mohammad Fahrin Danial Abdullah yang dikenali sebagai Esah, 26, berkata dia menerima panggilan telefon daripada pasangan suami isteri berkenaan, kelmarin, selepas akhbar ini melaporkan mengenai kes berkenaan.
“Lelaki itu memarahi saya kerana membuat laporan polis dan memberitahu media. Dia cakap dia tidak takut berdepan dengan semua itu kerana dirinya adalah bekas banduan.
“Mereka juga mengugut supaya saya membayar RM3,000 sekiranya mahu Mohammad Fahrin Danial kembali ke pangkuan saya. Saya buntu kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan mengenai kehilangan Mohammad Fahrin Danial yang dipercayai dibawa lari sepasang suami isteri berusia 25 dan 26 tahun yang juga rakan serumah Esah.
Esah berkata, dia kini hanya mengharapkan bantuan pihak polis untuk mendapatkan semula anaknya kerana tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membayar pampasan yang diminta pasangan terbabit.
“Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Saya kini hanya membantu rakan menjual pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaan seharian,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan kes berkenaan.
Kredit To:Berita Harian Online...
No comments:
Post a Comment