Nuffnang

Showing posts with label Tips Resepi / Masakan. Show all posts
Showing posts with label Tips Resepi / Masakan. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Minyak Zaitun Kurangkan Kolesterol Dalam Darah

Masyarakat Mediterranean contohnya menggunakan minyak zaitun  sebagai salah satu bahan penting di dalam diet mereka.Diet  mereka ini dikenali sebagai diet Mediterranean.
Diet ini kaya dengan bahan-bahan makanan sihat seperti sayur-sayuran,buah-buahan,biji-bijian dan lemak (sekitar 40% dari jumlah kalori menyeluruh).Salah satu sumber lemak tersebut adalah dari minyak zaitun.
Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan pola diet ini berisiko lebih rendah untuk mengalami penyakit jantung berbanding yang mengikut pola barat.
Di dalam sebuah penyelidikan,di dapati orang dewasa yang mengambil sekitar dua sudu makan olive oil sehari selama seminggu,memiliki kadar kolesterol yang lebih rendah serta kadar antioksidan yang lebih tinggi di dalam darah.
Malah juga membantu menghalang penyakit jantung koroner,meminimumkan risiko kanser disebabkan kandungan antioksidan yang tinggu di dalamnya,khususnya vitamin E dan juga membantu penyerapan kalsium di dalam tulang sehingga membantu mencegah osteoporosis.Juga jika minyak ini digunakan mengantikan mentega,anda boleh mengurangkan 52 kalori.

Terdapat 3 jenis minyak zaitun utama yang boleh anda gunakan:
1.Extra Virgin Olive Oil
Mempunyai kadar asid yang paling rendah dan mempunyai rasa dan aroma yang paling baik.Selain itu,minyak ini juga bekerja paling baik dalam menurunkan kadar kolesterol dan paling kaya antioksidan.
2.Olive Oil
Merupakan campuran minyak zaitun yang disulingkan dengan kandungan extra virgin olive oil
3.Light Olive Oil
Minyak ini sudah disuling dan mengandungi kalori yang sama dengan dua jenis yang tadi.

Sunday, August 26, 2012

Bawang Goreng Lebih Ranggup & Enak

I dapat ni info dari majalah Mingguan Wanita keluaran Jan-Feb  2011 last year...kekadang tu kita suka buat bawang goreng sendiri dari yang beli dikedai,lebih dijamin kebersihan dalam pennyediaan dan kita pun tahu takat mana,banyak mana nak simpan buat stok untuk dapur kita sendiri....so ni cara-caranya....

1.Kupas kulit bawang dan cuci bersih.Hiris bawang dengan saiz sederhana.

2.Masukkan tepung ke dalam bekas,tambahkan garam sedikit.

3.Campurkan air sedikit dan bancuh sehingga menjadi adunan sederhana pekat.

4.Ambil bawang tadi menggunakan penyepit aau garfu dan goreng di dalam minyak yang panas.Pastikan api tidak terlalu besar.

5.Goreng sehingga baang kelihatan kekuning-kuningan.Angkat dan tos minyak.

Tips:
1.Untuk menghasilkan bawang goreg ygang besar,pilihlah bawang kecil yang bersaiz sederhana.
2.Pastikan baang dihiris tidak terlalu tebal atau nipis.
3.Ketika membancuh tepung,pastikan adunan tidak terlalu cair.Biarkan sederhana pekat agar bawang goreng kekal rangup.
4.Bagi menambah kerangupan bawang goreng,boleh cuba tambahkan tepung rangup,lebih kurang satu sudu kecil.
5.Bawang goreng tidak tahan lama jika dibiarkan terdedah pada udara panas terlalu lama.Simpan di dala bekas berpenutup rapat dan simpan di tempat kering.