Nuffnang

Showing posts with label Tazkirah Islam. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Islam. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Mencari Keredhaan Allah Setiap Hari Kata Dr.Hj.Tengku Asmadi....


Salam Pagi Rabu....

Hari-hari hujan....cuaca pun sejukkkk jak...lembap,kalau fikir-fikir siok jugak sambung tidur tunggu sampai matahari naik(p/s kalau bujanglahhhhhh)...tapi bagi yang berkeluarga...hari-hari dah rutin dan masa sudah set dari buka mata jak..timetable tu dah bersusun..kihkihkihhh....gitula tanggungjawabkannnn..

Bila bukak fb tadi pagi..terselit la post status dari Dr.Hj.Tengku Asmadi tentang berpagi-pagi....
mudah-mudahan niat awal bangun pagi me hari-hari mendapat keredhaan dariNya..insya Allah...aminnnnn

So,me sharing the status post....untuk renungan bersama...

Orang yang berpagi-pagi keluar rumah dengan niat mencari redha Allah itu murah rezeki.

Syarat, CARI REDHA ALLAH.

Jadi, kena fikir:

Kalau curi tulang,
Kalau buang masa,
Kalau banyak sembang,
Kalau masuk ofis lambat,
Kalau duduk kantin lama,
Kalau harta pejabat macam harta sendiri,
Kalau guna telefon pejabat untuk urusan peribadi,
Kalau kerja tidak mencapai kualiti,
Dan bermacam kagi kalau ...

ADAKAH ALLAH REDHA?

Dr. Hj. Tengku Asmadi
www.facebook.com/drasmadi
www.tengkuasmadi.com

Tuesday, November 26, 2013

Hujung Tahun Musim Kenduri Kahwin....



Boleh baca kah tidak apa yang Dr.Asri cakap tu?Heheheee...kesian jugak bakal pengantin kan banyak sangat kena 'SAKAT' time nikah...peluh-peluh jantan abis berkeluaran....belum lagi tangan ketar-ketar macam kena penyakit parkinson...nasiblah zaman tu dah daku n hubby dah lalui...





Saya suka dengan ulama ni....my fav ulama..sebab pandangan dan ilmu yang ada dapat kita terima dan cukup untuk umat Islam mengikuti amalan..bak kata Islam Itu Indah atau Islam Itu Mudah....

Jadi janganlah kita menyempitkan pemikiran dan luaskan pandangan tentang Islam..

Keran kita mengetahui bahawa Islam tidak pernah menyusahkan umat manusia.Carilah ilmu insya Allah kita merasakan kemanisan iman dalam Islam....aminnnn

psstt...yang berkahwin tu jangan susah hati ya..anggap sahaja cobaannnnn...heheeee

Saturday, November 16, 2013

Panduan Untuk Diri......

Alangkah elok jika jika dapat mencontohi sfat Rasulullah SAW  yang luhur pekertinya......

dan sentiasalah mengaudit diri sendiri sebelum mengaudit diri orang lain...masya Allah....banyaknya aib diri sendiri dan kekurangan akan tetapi nak sibuk pulak dengan kekurangan diri orang lain....MUHASABAH DIRI....

semoga diri ini dan keluargaku dlindungi Allah S.W.T dan dijauhkan dari fitnah,dijauhkan dari tipudaya manusia dan godaan syaitan....aminnnnn ya Rabb...


Saturday, November 2, 2013

Allah Tidak Membebani HambaNya Melainkan..

Just muhasabah dan re-thinking about myself ....sesunggunya
'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya'(2:286)

Insya Allah..Allah Maha mengetahui setakat mana kemampuan hamba-hambaNya dalm menangani kehidupan....



semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan hambaNya ini...aminnnn

Sunday, September 2, 2012

Syukurlah dengan nikmat Allah....

Hidup di dunia ini manusia tidak akan bebas dari setiap ujian dari Allah,samada kita sedar ataupun tidak.Ujian-ujian yang diberikan samada dalam sedar atau tidak bergantung atas kehendakNya.Secara logiknya,tanpa semua nikmat dan musibah,tidak ada manusia yang bersabar,insaf dan menolong antara satu sama lain.Antara bentuk ujian yang Allah beri kepada kita ialah.....
1.Menerima hadiah tanpa meminta
Rasullullah SAW bersabda:Jika sesuatu(harta,wang,hadiah) diberikan kepadamu,yang mana kamu tidak berkehendak atau memintanya maka terimalah.Jika tidak,pedulikan ia.(Sahih Bukhari)
2.Hidangan Makanan
Jika mendapat undangan dari saudara sesama islam maka jangan diragui faktor halal atau haram hidangan tersebut.Semua ini bertujuan untuk tidak menyinggung perasaan tuan rumah
3.Mimpi baik
Jika kita mendapat mimpi yang baik,sebaik sahaja sedar dari mimpi anda perlulah sujud syukur kepada Allah sebagai tanda mensyukuri nikmat Nya...

Wednesday, August 22, 2012

Alhamdulillah...syukur atas nikmatNya... I dapat ni dari my facebook laman Islam Itu Indah....so kita sharing together la yer...insya allah bermanfaat untuk semua... Lafaz ucapan hari lebaran seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dalam meneladani sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya: “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” (Kitab Fath al-Bari) Justeru, mulai daripada syawal 1433h pada tahun ini, adalah tidak salah kita mulakan lafaz hari lebaran dengan ucapan indah yang bertepatan dengan anjuran sunnah Rasulullah S.A.W. Oleh itu..marilah kita bermaafan sesama kita...mudahan kita dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat...insya allah,aminnnn.... Salam semuaaa....