Saya saja share ni dapat dari fb...just sharing ilmu...untuk panduan kita dan para-para somi kita tu...hikhik.:)
ni linknya....Disini
PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung
hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda
lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh
kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari
awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak
anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga
sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.
Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan
sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau
boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best
dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu
datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat
dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin
sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control
kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam
bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang
simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat
macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi
mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik,
jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa
yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah
rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil
kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah
ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang
dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum
tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar
dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang
pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan
Tuhan”
Nuffnang
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Wednesday, January 15, 2014
Monday, December 30, 2013
Pesanan Dato' Dr. Hj.Fadzilah Kamsah pasanglah niat sebelum bekerja setiap hari
Just perkongsian ilmu dengan apa yang disampaikan dengan Dato' Dr.Hj.Fadzilah Kamsah yang baik kita amalkan sebelum melangkah keluar rumah...kan...selalu tu memang pasang niat nak bekerja sebagai ibadah dan sumber mencari rezeki.....bila ada selitan dan bagaimana untuk kita meraih pahala sepanjang seharian bekerja maka haruslah kita take note kannnn....insya allah...yang baik itu datangnya dari Allah dan yang jahat tu dari manusia itu sendiri.....Just muhasabah diri sendiri dan audit mana-mana yang kurang kann..ada hari ni dan esok lagi kita berada dalam tahun 2013 ni....check it out......:)
Ni la saya ambil dari fb Dato' Dr.Hj Fadzilah Kamsah....
As salamu'alaikum shbt yg mulia. Allah berikan ganjaran kpd setiap amalan kita berdasarkan kpd niat kita. Menurut guru saya, org yg tak pasang niat bila pergi kerja, akhir bulan akan dpt gaji & akhir thn mungkin dpt bonus. Tapi mrk tak dpt pahala!
Justeru, pastikan kita pasang niat2 yg murni bila nak pergi kerja.
Sbg perkongsian, antara niat saya bila nak pergi kerja setiap hari:
1. Nak cari rezki yg halal,
2. Nak cari ilmu yg berguna utk di fahami, di hayati, di amalkan, di sampaikan & mendoakan guru2 kita,
3. Nak kongsi ilmu dgn semua yg mahukan ilmu,
4. Nak senyum kpd semua org yg di temui,
5. Nak beri salam kpd semua org yg di temui,
6. Nak buang dosa dgn kerja kuat. Bila penat waktu ptg, maka kepenatan kita akan hapuskan semua dosa kecil (maksud Hadis),
7. Nak Allah sembuhkan penyakit-- bila dosa terampun, maka Allah akan sembuhkan penyakit!
8. Nak cari kawan baru,
9. Nak jumpa kawan lama,
10. Nak rangsang orang lain berubah,
11. Nak jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Bila kita pasang berberapa niat yg murni, Allah akan berikan pahala atas setiap niat, berikan ilham utk jayakan niat & beri kekuatan & semangat. Moga kita sentiasa pasang niat murni setiap kali nak pergi kerja & Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.
Kalau sesiapa yang belum add / like fanpage Dato Dr.Hj.Fadzilah Kamsah...boleh baca update status beliau disini yerr....
Klik Sini untuk Pautan Di atas

Thursday, December 26, 2013
Upgrade Diri Di Penghujung Tahun 2013...
Saya just share ilmu dari Datuk Dr.Maznah Hamid di laman facebook beliau yang sungguuh bermanfaat untuk semua orang terutama diri sendiri....
Maklumlah sepanjang sesaat,seminit,sejam ,30 hari,12 bulan macam-macam benda berlaku dalam hidup seharian
ada yang terkurang dan terlebih..so,hujung tahun tu renungan pencapaian samada semakin baik atau tidak,semakin meningkat kah tidak....
so just renungan dan muhasabah diri...insya allah...
‘UPGRADE’ NILAIAN DIRI MU
Bila dah penghujung tahun ni, mari sama-sama kita audit diri masing-masing. Sejauh mana pencapaian sahabat sepanjang tahun ini. Menurun..meningkat atau mendatar saja?
Setiap insan mempunyai nilaian diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-mana pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkan begitu menyakitkan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari oleh diri kita sendiri.
Bagaimana meningkatkan nilaian diri anda :
1.BINA KEYAKINAN DIRI .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ. Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya . Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.
2.DAMPINGI ORANG LAIN.
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang. Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .
3.BERTOLAK ANSUR DENGAN KESEMPURNAAN.
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin.
4.JAGA PERWATAKAN DIRI.
Perwatakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .
5.DAPATKAN KEREHATAN.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan .

Wednesday, November 13, 2013
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia Part 1(emas)
"TIADA DAYA UNTUK MENGHINDAR DARI KEDERHAKAAN DAN TIADA KEKUATAN UNTUK MELAKUKAN KETAATAN,KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH"
Just sharing with my fav book....tajuknya tuuuuu yg diatas..ambil gambar lagi.....heheeeee
1.Emas Pertama;Wanita Yang Melawan Penindasan
'Apa yang berlalu biarlah berlalu;
cita-cita adalah harapan yang belum pasti;
dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani
Sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.Jadi,renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini(Aisyah Radhiyallahu'anha)sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukminin.Kenapa Allah menadikannya model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan RasulNya dalam kehidupan?
Notes:
Disana ada suatu tempat di barisan
terdepan,tetapi menuntut anda untuk
menambah peningkatan dan kesempurnaan
dalam setiap hal yang anda amalkan.
2.Emas Kedua:Anda Mempunyai Segudang Nikmat
'SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN'
Kelembutan Allah betatapun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata terpejam
'....saudariku,sesungguhnya kesulitan itu pasti ada kemudahan,setelah titisan air mata pasti ada senyuman dan setelah malam pasti akan ada siang.Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlaku,pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap,segala masalah pasti teratasi dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah....
Notes:Esok akan merekah bunga yang harum baunya mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati
3.Emas Ketiga:Cukuplah kemuliaan anda dengan menjadi seorang muslimah
'ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI MEMBERIKAN KEMUDAHAN'
Jangan kau putus asa
kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu,dimanakah Allah dan takdirNya?
Sabda Nabi Muhammad :
'Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya,mengerjakan solat lima waktunya,memelihara kehormatannya,nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya.(Hadith riwayat Ahmad)
Notes:Bukan Emas Pertama yang mempercantikkan anda,melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda
psttt:untuk rujukan saya....insya allah juga utk anda....syukran alhamdulillahhh
Tuesday, November 5, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)