Saya saja share ni dapat dari fb...just sharing ilmu...untuk panduan kita dan para-para somi kita tu...hikhik.:)
ni linknya....Disini
PESANAN BUAT SUAMI - SILA SHARE UTK SUAMI ANDA
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung
hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga
kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda
lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh
kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari
awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak
anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan
isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga
sedangkan suami lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri.
Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan
sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau
boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best
dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu
datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat
dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin
sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control
kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali
mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam
bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang
simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat
macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.
10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi
mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik,
jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa
yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah
rumah awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil
kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah
ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang
dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum
tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar
dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang
pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan
Tuhan”
No comments:
Post a Comment