Nuffnang

Showing posts with label Talk. Show all posts
Showing posts with label Talk. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Upgrade Diri Di Penghujung Tahun 2013...

Saya just share ilmu dari Datuk Dr.Maznah Hamid di laman facebook beliau yang sungguuh bermanfaat untuk semua orang terutama diri sendiri....

Maklumlah sepanjang sesaat,seminit,sejam ,30 hari,12 bulan macam-macam benda berlaku dalam hidup seharian
 ada yang terkurang dan terlebih..so,hujung tahun tu renungan pencapaian samada semakin baik atau tidak,semakin meningkat kah tidak....

so just renungan dan muhasabah diri...insya allah...
 
‘UPGRADE’ NILAIAN DIRI MU

Bila dah penghujung tahun ni, mari sama-sama kita audit diri masing-masing. Sejauh mana pencapaian sahabat sepanjang tahun ini. Menurun..meningkat atau mendatar saja?

Setiap insan mempunyai nilaian diri atau maruah yang begitu di jaga supaya tidak dicemari oleh mana-mana pihak tidak bertangungjawab. Apabila harga diri tercemar kesan yang ditinggalkan begitu menyakitkan. Keadaan menjadi semakin parah jika harga diri dicemari oleh diri kita sendiri.

Bagaimana meningkatkan nilaian diri anda :

1.BINA KEYAKINAN DIRI .
Keyakinan diri bermula dari dalam diri seterusnya terbina di situ. Jadi setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah pun berada pada situasi seperti yang diharapkan. Yang pasti, ia berbentuk positif dan anda berjaya . Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya, bukan sekadar berangan-angan kosong saja.

2.DAMPINGI ORANG LAIN.
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain. Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang. Seterusnya berilah kerjasama semampunya yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletak kan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia .


 3.BERTOLAK ANSUR DENGAN KESEMPURNAAN.
Kesempurnaan boleh melumpuhkan diri dan merencatkan cita-cita untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Jadi, potensi diri seharusnya terlebih dulu dikenali pasti supaya matlamat anda terlaksana sebaik dan semampu mungkin.

4.JAGA PERWATAKAN DIRI.
Perwatakan diri menjadi satu faktor kritikal dalam pembinaan harga diri. Anda tidak perlu memperlihatkan diri yang kusut ketika berhadapan dengan masalah tetapi sebaliknya semakin mengemaskan diri ketika itu supaya perasaan anda tidak terus menekan diri .

5.DAPATKAN KEREHATAN.
Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merehatkan diri. Anda boleh bersenam, mendengar muzik, bersiar-siar dan sebagainya supaya fikiran dan perasaan mendapat ketenangan .

Saturday, November 30, 2013

Berubahlah.....


Yang ni saya copy paste dari fb Ibu bapa cemerlang....ayatnya pendek sahaja..tapi cukup berkesan dan mantap....insya allah sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri...
Kalau ada orang bertanya, 
"Macam mana nak ubah diri kita?"

Jawapannya mudah sahaja. 
"Ubahlah cara kita memandang segala sesuatu, 
 usaha untuk bersihkan hati 
dan
 pemikiran kita
 dan
 baiki keyakinan kita kepada Pencipta segala sesuatu. 
Kerana kekotoran yang kita selalu nampak pada orang lain adalah sebenarnya kekotoran yang melekat pada diri kita sendiri."

Dunia tidak perlu berubah, 
yang perlu berubah ialah cara kita memandang dunia. 
Renung-renung kanlah, muga dapat memahaminya.

~ Ibubapa Cemerlang

Thursday, November 14, 2013

Copy paste from fb....

PELUK ANAK ANDA WALAUPUN UPSR MEREKA COROT.

Tahniah untuk anak-anak yang berjaya mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Jangan risau jika tak cemerlang kerana itu hanya ukuran akademik sahaja. Saya juga murid corot dalam UPSR. Tetapi saya bangkit mendahului yang lain apabila saya mula mengetahui mengapa perlu saya pelajari sesuatu di sekolah dan mengenali minat sendiri.

Emak-emak dan ayah-ayah, jangan tekan anak untuk keputusan akademik yang cemerlang. Tekankanlah akhlaknya, nanti akademik itu akan mengikut.

Atuk-atuk dan nenek-nenek, cukup-cukuplah bertanyakan anak masing-masing apakah keputusan periksa cucu-cucu anda. Cukup-cukup juga membuat perbandingan antara cucu ini dengan cucu yang lain.

Cukuplah dalam perlumbaan ini. APakah tujuan peperiksaan? Untuk kenal kemampuan anak anda? atau untuk membanggakan diri bila anak anda jadi nombor satu?

Kita kenali kemampuan anak kita lebih dari peperiksaan mampu beritahu kita. Mengapa perlu pecah kepala untuk masuk ke perlumbaan mengejar terbanyak A atau kedudukan pertama?

Saya gusar bila sekolah tadika juga sudah mula ada exam sekarang ini. Bila saya berhubung dengan pengusaha tadika itu, mereka menjawab "Tadika kami memang asalnya tiada peperiksaan, tetapi ibu bapa yang minta peperiksaan untuk menilai keberkesanan sekolah dalam mendidik anak mereka".

Jika di negara maju seperti Finland (sistem pendidikan terbaik dunia ketika ini) guru mereka sendiri memberi laporan dan berbincang dengan ibu bapa akan prestasi anak. Tiada peperiksaan kecuali untuk kemasukan ke universiti sahaja.

Apabila tiada peperiksaan, maka tiadalah perlumbaan. Pernahkah anda lihat semangat marathon ada orang yang telah ke hadapan mahu memperlahankan larian untuk membantu peserta lain? Pasti tidak, semua mahu habiskan perlumbaan untuk hadiah. DAN HANYA ADA 1 HADIAH TEMPAT PERTAMA. Inilah sistem KOMPETITIF.

Saya lebih melihat kepada sistem KOPERATIF yang tidak berlumba tetapi semua murid akan memastikan rakan yang terlambat juga dibantu bersama dengan semangat berpasukan yang kuat. Dengan cara ini, anak balik rumah tidak sesak otak nak buka buku untuk menghafal. Apabila ada koperatif, akan ada perbincangan. Perbincangan adalah untuk pemahaman bukan penghafalan maka ANAK MENJADI ORANG FAHAM KONTEKS DARI MENGHAFAL TEKS.

Hari ini, jika anak anda pulang dengan sekeping slip keputusan yang tidak cantik, dakaplah anak anda dan peluklah mereka dengan erat lalu katakanlah

"It's ok, it's just an exam. I know you more than what exam can tell".
by fb:Saiful Nang
 

Thursday, February 28, 2008

Motivasi Pembangunan Diri(Semangat Setia Kawan)

Ramai di antara kita suka berkawan. Bagi saya, ada masa saya suka berkawan dan ada masa saya suka bersendiri.

Bagi memastikan diri Anda ada semangat membara dan motivasi tinggi, pilih kawan yang..

selalu menenangkan Anda di kala tertekan.
ketawa bersama dan menangis bersama.
ikhlas mendahulukan Anda lebih dari dirinya sendiri.
merendah diri, bersemangat dan pemaaf.
optimis dan ada matlamat hidup.
mendengar luahan hati dan setia mendengar luka lara Anda.
Tak percaya? Buat dulu, tengok hasilnya.

Love and friendship,

Shueqry

note : kat kk sekarang asyik hujan, kebetulan saya baru sembuh dari ulser di bibir. Seminggu nangis time makan nasik sebab tak tahan pedisnya, sakit!. Dalam 3 hari, saya terpaksa makan roti, bubur atau sup di waktu malam.

Thanks pada rakan-rakan pembaca yang rajin add YM saya, terima kasih. Sekarang saya on YM dari pagi sampai jam 6 petang. Kalau nak chat di Yahoo Messenger, add email saya di atas.

By:shueqry...