! Entertainment membawa penontonnya ke London pada hari ini, untuk menyaksikan dengan lebih dekat lagi majlis perkahwinan abad ini antara Putera William dan Kate Middleton.
Pada ketika kerabat diraja dan pemimpin dunia berhimpun di kota terkemuka itu untuk menyaksikan sejarah yang bakal tercipta, E! akan menyiarkan program perkahwinan itu sepanjang hari bermula jam 4 petang ini, secara eksklusif di Astro Saluran 712.
Liputan lengkap perkahwinan oleh E! bersambung pula keesokannya pada jam 7.50 malam dengan tayangan program Will and Kate: Road to the Alter, yang diacarakan Ryan Seacrest. Ia akan mengimbas semula acara terbabit daripada ketibaan tetamu terkenal hinggalah ke cerita mengenai perancangan seterusnya pasangan berkenaan.
Sejurus kemudian rancangan istimewa selama sejam, Fashion Police: Royal Wedding akan menemui penonton pada jam 8.40 malam. Ia dikendalikan oleh pengacara Joan Rivers, Kelly Osbourne, Giuliana Rancic dan George Kotsiopoulos. Mereka pastinya bercerita mengenai pilihan gaun pengantin Kate serta impak perkahwinan itu ke atas dunia fesyen.
Giuliana akan membuat liputan dari London bersama-sama personaliti televisyen United Kingdom, Dermot O'Leary, untuk membawakan berita terkini, cerita lebih terperinci dan kisah eksklusif menerusi program Live From the Royal Wedding.
Menyertai mereka ialah pakar diraja, Angela Rippon; penganalisis fesyen, Louise Roe dan Robbie Laughlin; serta pengacara E!, Catt Sadler, yang membuat lintas langsung dari Westminster Abbey.
Manakala pengacara Jason Kennedy pula akan membuat liputan daripada hab media stesen televisyen ini mengenai ulasan orang ramai di laman Facebook dan Twitter, serta menyaksikan bagaimana peminat golongan diraja di seluruh dunia meraikan hari bersejarah itu.
E! Online dan E! Mobile juga menyediakan liputan mengenai perkahwinan dua selebriti terbabit menerusi E! Online, dengan menyediakan berita terkini, peraduan atas talian Best Princess Ever, galeri foto lengkap, video berkaitan perkahwinan dan beberapa lagi bahan interaktif sebelum dan selepas acara berlangsung.
Kredit To:Berita Harian
No comments:
Post a Comment