Nuffnang

Wednesday, April 27, 2011

Perubatan Tradisional Dari Sudut Kajian Sains...

Petua-petua lama amalan nenek moyang ada yang dapat memulihkan sakit seperti demam.batuk,sakit perut dan sebagainya,malah ada yang serasi dengan badan manusia berbanding dengan bahan kimia atau dadah..Akan tetapi yang mana satu...

1.Halia
Petua Lama:Bagus Untuk Melegakan perut
Kajian Sains:Juga mampu menghilangkan rasa loya

2.Epal
Petua Lama:Makan sebiji epal sehari menjauhkan anda dari doktor
Kajian Sains:Pendapat ini dianggap keterlaluan,apa pun kulit epal adalah sumber terbaik guercetin,sejenis antioksidan dan didapati mampu menurunkan tahap tekanan darah,lelah,alahan dan serangan jantung.

3.Madu
Petua Lama:Mempercepatkan penyembuhan luka
Kajian Sains:Ya,luka kebakaran bertahap ringan sehingga sederhana (tetapi bukan jenis luka lain)pulih lebih cepat sekiranya anda menyapu madu di atas kulit terbakar tersebut.Mungkin kerana madu mencipta keadaan antibakteria yang lembap sambil membantu merangsang pembentukan tisu baru.

4.Tidur Dalam Bilik Berhawa Dingin
Petua Lama:Akan menyebabkan anda selsema
Kajian Sains:Ada kemungkinan pendapat ini betul.Penghawa dingin akan mengeringkan pelindung mucus sepanjang laluan nasal,yang memudahkan virus menjangkiti anda.Virus juga berkembang lebih pantas dalam hidung yang sejuk.

5.Makan Coklat
Petua Lama:Akan menyebabkan jerawat
Kajian Sains:Kemungkinan.Coklat mungkin merangsang pertumbuhan jerawat tetapi penyebab utama mungkin gula,susu dan pengisian berkrim.Bukan koko

Sumber:Majalah WANITA,Julai 2010.
Untuk Rujukan Bersama....

No comments: