Lawak 1:Kaunselor Yang Baik
Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.
Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.
Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.
Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…
“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”
Pelajar itu menjawab..
“Okey.. boleh saja…!”
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”
“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…
“… Saya adalah penjaga gol!”
Lawak 2: Sakai Kuala Lumpur
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….
” Pak, itu amenda pak?”
Bapak menjawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si Bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT
Lawak 3: Rolls Royce
Setelah menyimpan wang selama 20 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli keta idamannya…Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak $10 lagik..
“Tunggu Jap,” kata Zariff kepada jurujual
Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia… Tiba2 dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper…
“Encik! Tolong pinjamkan saya $10. Saya nak beli keta Rolls Royce,”kata Zariff kat mamat tu.
Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik… dia pun kata…..
“Nah! Amik $20 ni. Belikan saya satu!” kata mamat tu selamba…….
Lawak 4: Minyak Wangi Tumpah
Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.
Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buatle buka handbag dan cuba mencari sesuatu .
Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.
Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia
dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.
“Aduh cik..ngapa tempat ni basah ya”…
Jawab gadis tersebut “Ohh… tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada”.
Jadi Jawa tu pun keluarkan le saputangannya dan lap sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau-bau punya baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab..”Lo…Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya.”….. ~kantoi~
No comments:
Post a Comment