Nuffnang

Wednesday, February 18, 2009

Kita mau berjaya secara shortcut atau full version???

Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak.

Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!

Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal.

Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal.

Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!

Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada.

Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.

Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.

Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!

petikan email dari imotivasi hari ini...

No comments: