Ini makanan favourite kami sekeluarga...chicken chop
Breaded Chicken Chop
kepingan peha ayam dibuang tulang
sedikit paprika
sos lea n perrins
sedikit garam
lada hitam
sedkit tepung
telur dipukul sedikit
breadcrumbs
minyak utk menggoreng
marinate ayam dengan paprika, sos lea n perrin, garam, lada hitam n tepung utk beberapa jam.
celupkan ke dalam telur n roll dlm breadcrumbs..pastu leh goreng terendam sampai kekuningan
angkat n toskan..
[kalau nak guna marinate mcm teknik grilled pun leh gak utk gorengan terendam nih.. cuma jgn lupa celupkan telur n tepung kemudian baru goreng.]
Hidangan sampingan:
coleslaw
kentang goreng/baked in jacked/whipped potatoes n gravy
hirisan timun, salad n tomato
jagung rebus
Sos Cendawan
2 cawan campuran cendawan butang, cendawan tiram kelabu n cendawan shitake - dicincang halus
1 bawang besar - dipotong dadu
2 garlic - dicincang halus,
1 cawan air rebusan ayam
½ kotak kecil cream
garam & lada hitam
sedikit butter atau olive oil
Tumis bawang & bawang putih sampai layu kemudian saute (tumis) kesemua cendawan tadi, kalau agak kering, tambah butter sikit, jangan masukkan air since cendawan akan keluarkan air
Bila sudah agak wangi, masukkan chicken stock, biar mendidih kemudian masukkan cream.
Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n lada hitam secukup rasa
Sos Lada Hitam
1 bawang besar, didadu,
2 bawang putih dicincang
4-5 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu kecil tomato paste
1 cawan air rebusan tulang/daging
½ kotak atau lebih cream
garam dan sedikit gula
cara masak, sama macam mushroom sos, yg penting ialah kepekatan sos kalau suka pekat, banyakkan cream
No comments:
Post a Comment