Nuffnang

Thursday, May 19, 2011

Makanan Ringan Yang Sihat...

1.Kacang..
Segenggam kacang rebus atau badam dalam sehari tidak akan menggemukkan anda.Kacang kaya protein semulajadi dan ini boleh mengalas perut.Pilihlah kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.

2.Yogurt..
Dari segi rasa dan aroma,yogurt lebih enak dari susu.Kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemask dari dalam tubuh anda.

3.Telur..
Seringkali disalah ertikan sebagai makanan yang menggemukan.Sebenarnya jika bijak mengolah makanan berasaskan telur,ia bukanlah isu.Makanan ini kaya protein,rendah kalori dan membuatkan anda kenyang lebih lama.Olah makanan anda yang berasaskan telur tanpa minyak mahupun mentega.

4.Roti Gandum..
Roti gandum lebih baik dari roti putih.Ketepikan mee dan pasta segera yang terdapat dalam stok anda.Selain itu boleh juga gantikan dengan oat yang anda boleh makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3 minit.Ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang serta menyihatkan.

5.Avocado
Avocado sememangnya mempunyai lemak tetapi lemak yang baik yang membantu anda menjauhi kolesterol jahat serta baik untuk jantung.Pilihlah avocado segar.Ia boleh dimakan mentah atau ditambah madu jika ingin menikmati jusnya.

6.Cendawan
Plihan hidangan cendawan butang masak air yang dicampur dengan bawang bombay dan hirisan oregano adalah makanan yang rendah kalori,mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda...

Info dari:Mingguan Wanita April 2011

No comments: