Nuffnang

Wednesday, May 4, 2011

Menjana Minda si kecil....

5 cara menjana minda anak kecil...

1.Bercakap..
Mendengar dan bercakap dengan si kecil adalah dua perkara penting.Dengan itu otaknya akan terlatih untuk berfikir.Walaupun si kecil tidak memahami akan tetapi membantu si kecil berkata-kata.

2.Bacalah...
Menyediakan buku dan membaca bersama anak akan membantu memperkayakan bahasanya.Malah akan mempertingkatkan daya pemerhatian dan menjadikan si kecil seorang yang teliti.Membaca dilakukan pada waktu si kecil tidur,membaca sambil mempastikan ayat dan bunyi yang boleh menarik perhatian dan minat si kecil dengan buku.Hanya lakukakn dalam masa singkat sehari dalam 10 minit supaya dia tidak bosan...

3.Muzik..
Ia mampu memupuk minda si kecil dan menjadi sebahagian sistem pembelajaran kanak-kanak.Malah kajian terbaru telah membuktikan muzik dapat memantapkan perkembangan bahasa,hubungan bunyi-perkataan,keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan intelektual kanak-kanak..

4.Angka...
Akan memberikan keyakinan dalam diri kanak-kanak.Mulakan mengajar dalam kehidupan sehari-hari seperti ketika melangkah tangga..dengan mengira anak tangga dan batu bata dan terangkan kepada kanak-kanak..Ini akan menyeronokkkan kanak-kanak..

5.Rancangan Televisyen...
Rancangan tv yang baik akan memberi kesan yang baik kepada minda anak iaitu dari segi pembendaharaan kata,tumpuan,kefahaman dan sebutan perkataan.Akan tetapi jangan jadikan tv sebagai 'pengasuh' kepada anak-anak kerana ia tidak sesuai dijadikan contoh tanpa bimbingan daripada anda.Jelaskan kepada anak-anak unsur teladan,sikap baik dan buruk yang dipaparkan.Dengan ini anak akan memahami apa yang ditontonnya...

TIPS MUDAH....
1.Beri perhatian apabila anak bercakap.
2.Menyanyi sebelum tidur..cth menyanyi ABC
3.Menonton tv bersama dan bercakap mengenai rancangan itu.
4.Baca buku cerita,sebutkan dengan jelas
5.Biarkan anak memilih muzik yang disukai

More Info daripada:Pa & Ma,Mei 2011...

No comments: