Nuffnang

Thursday, December 13, 2007

Cerita Lawak

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke etiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat" "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat, "Saya bekerja di Seven-Eleven.

demam bola..

Komunikasi kejar penjahat...

PolisA: Bola satu ke bola dua, kami kehilangan kereta saspek, over.

PolisB: Bola dua ke bola satu, satu bola disimpan referree, bola kedua ditendang laju, tapi ditangkap oleh penjaga gol, over!

PolisA: Hoi!, Apahal main2 ni....over?

PolisB: Saspek dah kami tangkap, jgn risau....GOOOOOAAAALLL!

PolisA (dlm hati): Pening, kerja ngan dia ni!


TELATAH ANAK DAN IBU

anak: mak kenapa org semua diam
mak : (diam sahaja)
anak: mak kenaper semua org diam ajer
mak : (muka merah padam)
anak: mmmmmmmmaaaaaaakkkkkk!
mak : ish budak nie,kan org tengah sembahyang nie...batal solat aku

Seorang guru besar sekolah menengah rasa tension dengan trend pelajar2 perempuannya yang suka buat kesan lipstik pada cermin bilik air. Tiap2 hari satu kerja pulak amah sekolah tu nak bersihkan cermin toilet tu.

Satu hari, dia panggil semua student perempuan masuk toilet untuk breafing kebersihan. Dia pun suruh lah cik amah tunjukkan demo betapa susahnya menanggalkan kesan lipstik tu.

Memula, amah tu ambik mop lantai, pas tu celupkan dlm mangkuk tandas. Then mop yang basah tadi dilapkan terus kat cermin toilet. Proses diulang sampai semua kesan tanggal. Terbeliak mata student2 tu tengok kaedah pembersihan tadi.

Dan... itulah kali terakhir kesan lipstik tu kelihatan.

No comments: