Nuffnang

Saturday, December 22, 2007

Dua Hantu

Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana mereka mati..
HANTU 1: Bagaimana kau mati?
HANTU 2: Aku mati akhibat kesejukan...
HANTU 1: Macam mana rasanya mati dalam kesejukkan tu?
HANTU 2: Sebenarnya aku terkurung dalam peti ais..mula-mula aku cuma
menggigil lepas tu anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa dunia
aku gelap dan akhirnya..tapi aku rasa bersyukur kerana aku mati tanp banyak kesakitan....
HANTU 1: Ishhh...kesiannya kau...
HANTU 2: Kau pula, macam mana kau boleh mati?
HANTU 1: Aku kena serangan sakit jantung...
HANTU 2:Oooo..cam mana kau boleh kena serangan sakit jantung?
HANTU 1: Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku curang.Suatu hari aku balik rumah secara mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Aku tahu mesti isteri aku sedang bermesra dengan jantan lain...aku berlari masuk bilik tidur, cuma ada isteri aku...aku tahu mesti jantan tu bersembunyi kat mana-mana..aku lari masuk bilik air, tak de juga..kemudian aku berlari ke tingkat bawah, tenguk dalam setor, pun tak ada..aku lari naik tingkat atas semula, tenguk dalam alamari...sebab terlalu penat aku berlari lah aku kena sakit jantung..memang sakit dan akhirnya..
HANTU 2: Apasal kau tak tenguk dalam peti ais..kalau tak, kita berdua masih hidup lagi sekarang ni....

No comments: