Nuffnang

Wednesday, December 12, 2007

Karangan Budak Darjah 4.......................

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalambatang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi
jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang
feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar
menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf
dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu
menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar balik helikopter itu.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus
berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami
pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.

No comments: