Nuffnang

Wednesday, April 1, 2009

Panduan Mempertingkatkan Potensi Anak

ANAK adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga.

Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.

Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak.

Pakar dalam perilaku kanak-kanak, Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

1.Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.

2.Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan

3. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.

4.Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.

5. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

6.Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

7.Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.

8.Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.

9.Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

10.Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.

11. Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.

12. Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.

13.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

14Terimalah keadaan anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Sumber:Harian Metro

No comments: