5 jenis orang yang patut dijauhi
Jenis orang ketiga yang patut Anda jauhi adalah orang yang asyik bertangguh. Bukan sekali dua dia bertangguh, tapi dah banyak kali, dari dulu sampai le sekarang. Mengapa Anda patut jauhi orang camni? Kesan yang paling kerap berlaku, Anda akan susah dek sikapnya itu. Kekadang, Anda juga akan turut disalahkan sama jika sesuatu hal berlaku, atau sesuatu masalah timbul secara tiba-tiba.
Bukan bermakna kena jauhi habis, tapi jarang-jarangkan diri dekat dengannya. Aura positif Anda akan diracuni oleh sinar aura sikap bertangguh yang terbit dari badannya. Anda akan terikut-ikut, melainkan Anda ada pendirian sendiri dan tetap berdisiplin dalam apa jua yang Anda sedang usahakan.
Jika dia tidak bertangguh dengan cara bijak tapi asyik bertangguh tanpa membuat apa-apa nota peringatan (reminder) Anda kena hati-hati. Dalam dunia bisnes, orang camni adalah bakteria yang mungkin boleh menjangkiti sesiapa saja kerana cakapannya boleh mempengaruhi orang lain. Usahawan yang suka bertangguh, akan mempengaruhi usahawan lain supaya bertangguh sepertinya.
Sama juga dalam dunia pekerjaan (di mana ramai orang bekerja suka bertangguh). Seorang pekerja yang suka bertangguh akan mempengaruhi orang lain supaya bertangguh sepertinya. Alasannya, awal lagi, tak penting atau kerja tu boleh buat di masa lain, relaks dulu sekarang ini. Orang yang suka bertangguh maknanya memandang sesuatu yang penting sebagai tak penting. Jika orang sebegini ada berhampiran dengan Anda, hati-hati.
Orang kedua yang patut Anda jauhi adalah orang yang lebih banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya, kemahirannya dan harta benda yang dimiliki olehnya. Dia selalu bercakap besar dengan nada angkuh tapi tak semua yang dia cakap itu betul. Lebih banyak dia bercakap tentang kelebihan-kelebihan dirinya, lebih banyak kekurangannya terserlah. Kenal pasti 3 petanda kekotoran hati.
Sesiapapun tak suka berada hampir dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan dirinya, kerana itu tanda orang tersebut tidak menghormati orang yang bercakap dengannya atau orang-orang yang duduk berhampiran dengannua. Keangkuhan yang dipamerkan olehnya memberi petanda dia tidak harus dihormati, kerana dia tidak menghormati orang lain bahkan suka merendah-rendahkan orang lain.
Anda perlu jauhi orang camni kerana motivasi Anda akan hilang. Anda jadi tak bersemangat dalam apa jua yang Anda usahakan. Sampai ke satu tahap, Anda akan hilang keyakinan diri kerana fikiran Anda hanya memfokus pada kelebihan-kelebihan yang Anda dengar dari mulutnya.
Kesan lain, ia membuat Anda berfikiran negatif sebab Anda akan rasa sakit hati tiap kali memikirkan orang tersebut. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Nak kekalkan fikiran positif, jarangkan diri bergaul dengan orang yang banyak berkata tentang kehebatan-kehebatan dirinya dengan nada angkuh atau menulis sesuatu dengan nada yang sama.
Jenis orang kelima yang patut Anda jauhi adalah orang yang suka bermuka-muka atau orang yang tidak ada pendirian. Anda boleh berada di sampingnya, tapi lama-kelamaan dia akan mempengaruhi Anda. Lantas, Anda turut jadi orang yang tidak ada pendirian, sekejap itu, sekejap ini. Sekejap begitu, sekejap begini. Anda jadi tak ketentuan.
Kesannya pada diri Anda, Anda tak akan tahu area mana satu yang Anda nak berjaya dalam hidup. Anda akan jadi bercelaru, hilang fokus dan hilang momentum. Orang yang suka bermuka-muka adalah orang yang tak ada fokus, susah nak buat keputusan. Sekejap dia cakap itu, sekejap lagi dia cakap ini.
Jenis orang sebegini ada di tempat kerja bahkan di kalangan rakan-rakan Anda. Bila bercakap, sekejap dia sokong itu, sekejap dia sokong ini. Kemudian, sekejap lagi dia lawan cakap itu, dia lawan cakap ini. Perbuatannya itu akan menjangkit pada tindakannya.
Misalnya, ambil contoh dia nak cemerlang dalam pekerjaan.Dia nak skor performance tinggi bulan ni. Belum lagi matlamat tu berjaya dicapai, dia dah ubah fokus. Dia nak bukak bisnes part time, nak jadi usahawan cemerlang. Dia nak skor pulak dalam bidang perniagaan. Kesannya, matlamat nak capai performance tinggi dalam kerja dah terbarai, tertinggal gitu saja tak tercapai langsung.
Anda patut jauhi orang yang tidak ada pendirian kerana cakapan, perbuatan dan fikirannya akan mempengaruhi Anda senyap-senyap. Anda tak akan sedar, sebab ia nampak biasa bagi Anda. Untuk mengelak dari orang sebegini, pilihlah untuk Anda ada pendirian sendiri, matlamat sendiri. Elak untuk tidak terlalu terpangaruh dengan cakapan orang, kerana Anda akan terdirog untuk melupakan matlamat yang dah diset oleh Anda.
Anda berjaya, kurang berjaya atau tidak berjaya, semuanya bergantung pada keputusan Anda, tindakan Anda. Jadi, buatlah keputusan dengan bijak, ikut pendirian
No comments:
Post a Comment