Nuffnang

Tuesday, March 31, 2009

Fikiran Positif Kerjanya Membina

Kiriman Email iMotivasi untuk dikongsi bersama....

Fikiran positif memang mempengaruhi situasi-situasi dalam kehidupan kita. Jika pagi tu kita berfikiran positif, cergas, ceria dan kita berusaha kekalkannya sepanjang hari, maka sepanjang hari itu jugalah apa yang kita lakukan semua OK saja, hebat hasilnya.

Kajian sains mengakui bahawa minda yang berfikiran positif adalah lebih produktif dan lebih kreatif kerana energi yang terbit dari minda berarus positif membuat kita bertenaga sepanjang masa. Apatah lagi bila seseorang berada dalam emosi yang tenang maka bertambah-tambah produktif lagi jadinya.

Buat kerja hepi saja, turun gi kerja pun bersemangat, tetiba rasa seronok bekerja. Jika tiap hari leh camni, maka tak mustahil orang tu boleh muncul menjadi insan cemerlang.

Kesilapan kita ni adalah kurang menjaga fikiran positif yang dah terbina.. Betullah, fikiran negatif lebih senang bersarang dari fikiran yang positif. Sebabnya salah satu, kita dikelilingi orang-orang yang berfikiran negatf lagi menegatifkan.

Tapi ketahuilah, itu semua bergantung pada keputusan kita jugak. Kalo kita nak fikiran negatif menguasai kita, maka itulah yang akan jadi. Kalo nak fikiran positif menguasai kita, maka itu jugaklah yang akan terjadi. Sekali lagi, keputusan kita kena kuat, tak senang berubah-ubah. Fikiran positif kerja dia membina. Fikiran negatif keje dia memusnahkan.

No comments: